Wednesday, September 19, 2012

Alahai Si Seri Muka

Hari ni, seperti yang telah di sneak preview kat post semalam, kita akan buat satu lagi projek iaitu Kuih Seri Muka. Hari ni kita straight forward je. Takdak intro pepanjang dah. Takda belok sana sini. Takda melalut ke laut. And post kali ni, ada resepi, khas buat Zan Zahidah Zainal yang berada di Ostolia, dengan ucapan, selamat bergraduasi hujung tahun ini. 


Bahan A
2 cawan beras pulut
2 1/2 cawan santan cair
1 sudu teh garam

Bahan B (dari kiri)
2 sudu tepung kastard
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan (saya guna pes pandan je)
1 sudu teh pewarna hijau

Cara-cara
1. Rendam beras pulut beberapa jam.
2. Campurkan santan dan garam ke dalam beras, dan masukkan ke dalam bekas kukusan.
3. Kukus sehingga masak
4. Apabila sudah masak, keluarkan dari bekas kukusan.
5. Mampatkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik bersaiz 8 inci.
6. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas.
7. Kacau semua bahan sehingga sebati. Kemudian tapis.
8. Panaskan adunan sehingga suam-suam kuku.
9.  Tuangkan adunan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
10. Kukus selama 30 minit. Sejukkan dan hidangkan. Siap!!

Dan jengjengjengg inilah hasilnya! Senangkannnn?? Haaa


Haa time buat si seri muka ni ada kisah dia jugak. Sebab tu lah tajuk post ni ada perkataan "Alahai". Hahaha. Cerita dia camna? Sabaqq sabaq. nak cerita lah ni. 

Time second kukus tu, kan hanya perlu kukus selama 30 minit, lepas tu bila ceq check balik selepas 30 minit, ceq tokojut beruk, beruk pun tak tokojut cam ceq. MASIH CAIR. Ini hal ehwal kecemasan sudah ni. Berdebar dah hati ceq haaa. Ceq buang rasa panik, ceq tutup and kukus lagi 30 minit. Tapi lepas 30 minit tu lagi, MASIH CAIR JUGA. Ahh terbayang kekecewaan anak-anak kapal (sila rujuk post semalam) kalau diorang tak dapat makan seri muka ni. Lepastu, ceq nekad nak tambah tepung custard. Ceq pi cedok ha air tu, sekali keras kat bawah. Ceq cedok lah lagi. Rupanya dah masak je pun, tapi sebab santan ceq tu pekat sangat lagi lagi santan tu ceq dah bekukan sehari, pasal tu lah dia berlemak semacam. And yang cair tu adalah minyak dari santan tu. Haihhh buat debaq ceq ja naaaa. Haa maka menjadilah seri muka ceq ni. Alahaiii si seri mukaa ( nak jugak selit tu perkataan alahai. pft) -_____-". Sekian. Oh by the way, pasal apa ceq jadik oghang utagha hari ni??

Selamat mencuba, Zan!

p/s: esok tak sure lagi nak buat apa. tengoklah camna.
p/s/s: 6 pieces for 6th month :)
p/s/s/s: handphone oh handphone! :'(

4 comments:

Arham Md Ali said...

Mak aih Auni, dah jadi blog masakan dah skang? Passing sket dow.

aunishbini said...

Hahaha. Ni sebab petang-petang bosan. Taktahu nak buat apa, buat je lah kuih ha. Boleh-boleh. Meh sini. Haha

koshary said...

ceq pi check ayaq acaq oihhh :D

Zan Zahidah said...

alahai mano lak aih den nak carik pes pandan kek melben ni haa? takpo2. timo kaseh laa yo. hihi.