Hari ni bangun je dah lambat. 10.30am. Dah lah rumah bersepah
gila. Maklumlah, anak-anak kapal kat rumah ni ada 9 orang. Haaa maunya 9
orang tu buka sana buka sini sepah sana sepah sini. Lagi-lagi semalam
cuti hari Malaysia. Haha. Sebagai suri rumah sepenuh masa waktu cuti ni (pfft),
dengan malasnya dan gagahnya saya menolak selimut yang membaluti tubuh dengan mata separa sedar, dan terus mencapai kain tuala yang tergantung elok di belakang pintu bilik. Lantas pintu dibuka dan ... okay. Jangan risau. Saya tak buat novel kat sini. Hahaha.
Kisahnya, mandi pun apa pasal entah lama semacam pagi tadi. Agak-agaknya bermimpi dalam bilik air kot membayangkan diri seakan Pandelela Rinong? Tapi yang pasti setengah jam lah. Lepastu terus kemas rumah yang memang kapal tongkang terbungkang karam ha. Tapi berkat cuti 3 hari, tenaga maintain je cool. Mihmihmih.
Sampai je petang, seperti hari hari kebiasaan, mesti akan rasa bosan tak tahu nak buat apa. Lantas, disebabkan semangat yang berbaki, terus gi kedai beli tepung pulut, tepung gandum semua. Nak buat apa? Haaaaa nak buat kuih yang kat tajuk post ni lah.
Onde-onde atau buah melaka, saya pun tak tahu yang mana satu nama betul dia, but rasanya dua-dua sama je. Terus sediakan bahan, terus beraksi kat dapur.
Haaa siap ada nombor tu kat gambau! Haha jangan memain. And dah selamat dah pun masuk perut semuanya. Tak sampai 10 minit, 9 anak kapal beserta mak kapal pun makan. Bapak kapal je tak merasa. Bapak kapal kat Betong. Haha takpe Pak. Nanti along buatkan lagi. Tehehe
Dan inilah hasilnya.
Anak-anak kapal yang setia menunggu.
Time dok buat onde-onde ni tadi, teringat zaman berbelas-belas tahun dahulu. Time tu, bapak and mak baru je beberapa tahun bekerja sebagai cikgu, dan gaji pula time tu memang kecil. Nak menambah pendapatan keluarga, malam-malam and selepas subuh, mesti mak akan buat macam-macam kuih untuk dijual kat kantin. Antaranya onde-onde ni lah. And selalunya jugak kuih apam macam macam kaler dan bentuk, kuih kusui, and kuih gelang (donut). I still ingat lagi, duduk tepi mak yang tengah buat kuih, sambil main doh kuih gelang, sambil tangan sebelah lagi pegang botol susu. Kadang-kadang, sampai tertidur kat peha mak. Tsk. :') Besar kan pengorbanan mak? Dari dulu lagi, korbankan masa tenaga nak tolong sara keluarga. I love you Mak! :*
p/s: esok ada satu projek lagi. Nantikan. Wehuuu!
p/s/s: blackberry masih tak ada berita. nasib baik ada twitter and skype :(
p/s/s/s: lagi 2 minggu nak balik. alaaaaa alaa alaaaa
No comments:
Post a Comment