Thursday, September 20, 2012

Bingka Labu dan Ahlong

Kenapa dengan bingka labu dan ahlong? Oh sebab hari ni saya buat bingka labu, dan saya nak cerita juga pasal ahlong. Tapi apa kaitan antara keduanya tak ada lah pulak, tapi kalau ahlong tu gi makan bingka labu, possibility macam ada. Okay merepek. -_____-" Haa, bukan  A L O N G, ALONG! Bukan-bukan. Ini ahlong yang bagi pinjam duit, interest merepek, dan kalau tak dapat bayar, potong kepala maaa. Lu pandai pinjam, lu pandai bayarr maa. Jangan lu pinjam, lu lali lali aa, lu solok solok, takmau bayar ma! Ni apa pasal wa cakap cina wa pun tatau maaaaaaaaaaaaaaa. (-_-")

Okay, kita usha dulu bingka labu yang saya buat untuk minum petang tadi. Relaks dulu sebelum kita ke hal serius. Nah, ambik air teh ni. Jemput makan.


Dan.....inilah hasilnya setelah dibako bakooo bakooooo *echo*


Okay. Sekian. Mari bercerita pasal ahlong pulak. Bukan sekali dua kita dihidangkan (eceh kemain ayat berbunga, 'dihidangkan' cecececececece) dengan cerita orang yang tak dapat bayar balik duit yang dipinjam dari ahlong, keluarga mereka diburu, kereta dibakar, rumah dikepong. Sampai takut nak balik rumah ha. Hidup pun dalam ketakutan. Ini bukan cerita main-main. Ini cerita betul!!! (3 tanda seru saya letak. kalau tak nampak penegasan dia kat situ, tak tahulah)  Even dalam tv dan drama pun kita ada tengok kan? 

Tapi yang mendatangkan kehairanan bin kepelikan adalah, masih ada yang meminjam dengan ahlong. Tapi cik adik, cik abang, cik kakak, makcik, pakcik semua, ada satu je kebaikan meminjam dari ahlong ni. DUIT SEGERA TANPA PERLU BANYAK DOKUMEN. Tapi, mak aih, lepastu haaa berjela senarai keburukan dia.

1. Pinjam RM 2000 (contohnya), interest sehari RM 50 (contohnya). Bila kena bayar, berlipat kali ganda naiknya.
2. Keluarga sentiasa dalam ketakutan di mana-mana, sebab takut diserang ahli ahlong.
3. Kehidupan tak aman, sebab dalam ketakutan.
4. Bila kehidupan tak aman, keluarga porak peranda., kerja pun entah ke mana.
5. And the list goes on and on.... Pepaham je lah long consequences nya.

Jadi awak semua, TOLONG SANGAT-SANGAT. Seterdesak manapun anda, (habis cikgu bm marah kang pepandai tubuh ayat baru. hakhak), sila JANGAN SESEKALI MEMINJAM DARI AHLONG. Ada banyak cara lain untuk cari duit. Kalau rasa memang dah tak ada cara tu, just satu je kena beringat. Meminjam dari ahlong IS NEVER AN ANSWER. Banyak kisah yang saya dengar dari orang yang saya kenali yang meminjam dari ahlong. Bukan sahaja mereka yang susah sampai kena lari dari kampung sebab ahlong kejar. Dan ada yang datang tunggu kat rumah dan tempat kerja. Jadi, berjimatlah dan sentiasa rancang perbelanjaan anda. Lebihkan keperluan dari kehendak. Biar bersusah sekarang, jangan susah kemudian. Kalau agak-agak nak pinjam duit ahlong sebab nak buat kenduri/hantaran, tak payah lah. Niat memang dah baik dah tu, tapi cara salah. Oh kenapa bagi contoh hantaran? Sebab 2,3 hari ni dok trending kat twitter pasal nilai hantaran tinggi. Kenapa trending, jangan tanya saya.

Btw, ada orang cakap belog ni dah macam belog makanan dah. Haha. Bukan apa, petang-petang bosan takde kerja, masuklah dapur buat kuih. Tu yang 3 hari straight ni post pasal kuih je. Haha!

p/s: haih. ni yang rasa nak beli handphone baru je terus ni *macam banyak duit. pfft*
p/s/s: Comellah pulak si mekanik kapal ni. Hiks.

No comments: