Monday, November 5, 2012

Memori Tingkatan 5

Hey semua!

Hari ni, dah masuk hari kelima dalam bulan November 2012. And hari ni jugak adik-adik Form 5 kita seat for their SPM. Ohoiii teringat lagi kot zaman-zaman Form 5 dulu kot. Haha kalau nak diingat balik, zaman Form 5 tu lah paling banyakkkkkkkkkk kenangan manis, Bukan sahaja sebab kitorang Form 5 ni yang menduduki status sosial paling tinggi dalam sekolah (ehem) tetapi juga sebab menyedari it was the last year of zaman persekolahan buat kami,  maka setiap detik itu amat bermakna acecececece. Haha!

Antara memori terindah (mak aih kemain ayat terindah dia ni) ialah dengan Nadira Ahmad Termizi or time tu kitorang panggil dia Nazi. Malam-malam, lepas light off je, kitorang tunggu jap, pastu bila line dah clear, warden dah senyap, haaa mulalah kitorang menjalankan operasi SUPER SUPPER. haha. bukak almari, buat mushroom soup, gi ambik air panas kat water cooler. Pastu cicah dengan biskut Jacobs, dan makan sambil berborak di bawah sinaran lampu corridor. Haa gituu. Borak sakan haa. Ahehehe. Rindu lah dengan Nazi. Entah apa lah cerita dia sekarang, lama tak jumpa :)

Satu lagi perkara yang best pasal Form 5 ialah roommates yang sangat best. Disebabkan kami kiranya ada jawatan dalam sekolah, jadi bolehlah duduk room. Satu room ada 4 orang. Dapat meja study sendiri and sebab paling best untuk duduk room ialah, tak payah nak pack pack reramai. So, time tu room Auni ada Auni, Nazi (sila rujuk perenggan atas hehe), Faraw (nama sebenar Farawahidah) dan Bee (nama sebenar Harlina. Mana kaitan harlina dengan bee tu, jangan tanya. entah taktau haha). Jadi kitorang berempat ni memang sangat kamceng. Saling gossip, saling bergaduh pastu baik balik, saling share makanan kalau ada yang sedap (yang tak sedap pun sembat je masuk mulut), share problem, share macam-macam lagi lah. Time tu Faraw dengan Bee dah ada boyfriends so 'longkang' sebelah sana geng ada boyfriend. Longkang Auni dengan Nazi area yang takda boyfriends. Kemain memalam borak dalam selimut budak dua orang tu dengan boyfriend masing masing. Auni dengan Nazi cam biasa, cool je layan mushroom soup kami. Haa insiden paling diingat sekali time takutkan Faraw dengan telekung. Hahaha gelak besar! Ohh pastu saling berbalas nyanyian kat shower. Haha and satu benda yang taknak admit is ada buat bet dengan Faraw, siapa yang ada boyfriend dulu, orang yang takda tu kena belanja one whole day. Bet tu, sebab Faraw ada dulu, sampai sekarang Auni buat taktau je. TOLONG JANGAN INGATKAN FARAW. hahaha!

Selain kenangan dengan kawan-kawan, kenangan minggu exam SPM pun manis! Pagi-pagi ada special breakfast okay untuk kitorang semua. Kalau tak salah, ada tambahan cereal and air susu. Lepastu time break antara exam, dapat roti bun dengan air yoghurt Bliss tu berbotol botol hangkut masuk bilik (sebab bilik Auni dekat dengan hall, maka aktiviti membawa botol air yoghurt bliss adalah rutin kami sebilik). Even time tu pun, warden cikgu adik adik semua tak kacau kitorang. Kiranya macam untouchable lah. Hahaha. Pastu, beratur reramai depan dewan, baca doa, salam cikgu subjects, mintak maaf dengan one whole sekolah kat surau time Maghrib, adik angkat belanja makan, dapat banner adik-adik angkat gantung kat depan blok asrama nak kasi naik semangat, ahhh time tu memang sangat best kalau nak dikenang. 

'Spirit Batch' time tu memang membara and kuat, sebab kitorang satu batch, bukan hanya nak berjaya sengsorang, tapi nak angkat semua supaya semua berjaya. That's how I learnt what is the REAL FRIENDSHIP is all about. Kalau ada masalah, kami semua tak biarkan, kami akan cari solusi bersama. Walaupun dalam batch, ada group and geng geng sendiri, but semua tu tak jadi penghalang. Memang ada masanya bergaduh sesama batch, bergaduh dengan kawan, tak tegur, mengumpat, cakap belakang (namapun sekolah perempuan, tak sah tak jadi camni), tapi sampai je kat dewan SPM, semuanya letak belakang. 

Habis je SPM, rindu tu tak payah cakap lah. And masing-masing mula menyelusuri jalan sendiri. Ada yang dah kahwin dah, even ada yang dah nak ada anak dah. Ada yang bakal berkahwin jugak, and ada yang dah bertunang dan merancang untuk kahwin. Ada yang dah grad, ada yang dah kerja, ada yang masih belajar (Auni lah tu), dan ada yang punya bisnes sendiri. Sekarang nak tau life kengkawan, semua usha facebook or twitter or skype je lah. Jumpa pun jarang, tapi sentiasa dekat di hati! 

*Gambar saya dan kengkawan masa reunion batch time Ramadhan hari tu. Taken from Fiza Azwaniz's album :)*

Apa-apapun, to all sisters of Phoenix 0307, don't matter wherever you are and whatever you do, I wish all the best to all of you. The memories never fade away and may our friendship last forever. May Allah bless all of us.


Jengjengjeng dengan beraninya saya mengeluarkan gambar masa Form 5! Tembam gilossssss!! Haha ha ye lah, yang paling kiri tu lahhh. -____-"


p/s: Ya Allah, Kau permudahkanlah Alyaa Nadzirah binti Shbini untuk menjawab peperiksaan SPM nya dengan tenang dan cemerlang. Amin. :) 
p/s/s: hari-hari dah mula mendung, tapi winter macam belum betul-betul hadir lagi.
p/s/s/s: sweetheart

 

2 comments:

Mel said...

nasib baik bukan photoshop. phew..

aunishbini said...

Hahahahaha! Cis! Dah lah tiru tajuk :P