Thursday, February 14, 2013

Dari Mata Seorang Perogol

Walaupun kisah pasal London Trip belum habis ditulis, tapi nak menyelit di kesempatan ini untuk share something yang sangat sangat benting (baca : penting - sebab gaya Arab sebut P sebagai B. ok abaikan)

Some of you may read this article in Facebook, being shared by your friends. Jadi ni kiranya untuk yang tak terbaca lagi. Dan ini ditulis semula mengikut gaya bahasa saya. Haha sebab yang article tu dalam English. saya nak guna bahasa ibunda kontemporari. Aicehh hahaha!

Okay, bentingg ni bentingg! TAKE NOTE YE BEREMBUAN! Sebab ni semua dari interview yang dibuat dalam kalangan perogol-perogol itu sendiri. Dan dengan bantuan daripada model-model yang ditempah khas dari Google. Hihihi

Dari Mata Seorang Perogol

1. Benda pertama yang perogol tengok ialah HAIRSTYLES. Dorang ni lebih menyukai perempuan yang ber"ponytail" dan "bun"! Begitu juga yang style-style "braid" dan hairstyle lain yang sonang dorang nak terkam. Juga, mereka menyukai gegadis berambut panjang dan kurang gemar yang berambut pendek. Botak apatah lagi.


2. Perkara kedua, setentunya PAKAIAN. Lagi nipis, lagi suka, sebab lagi senang nak bukak! Kalau pakai selapis dua tu ha, bukak aje. And mostly mereka bawak gunting untuk potong. Kalau yang pakai lapis-lapis tu, dorang tak gemar, susah nak bukak layer demi layer. Payah nau bila nak siap ha.

3. Mereka usha perempuan yang sambil jalan tu lenggang lenggok bercakap kat phone, whatsapp, bbm ke, tengah carik barang kat purse ke, atau apa sahaja lah yang dorang buat masa jalan tu, sebab they are off guard. Maka, gedebush, attack time!

4. Tempat paling selalu kena ialah parking lots kat grocery store/ shopping malls.

5. Kedua, jatuh kepada... parking lots/garage office!

6. Dan ketiga, in public restrooms. Lagi-lagi yang takda orang sangat tu.

7. Senang cerita, main point mereka-mereka ini, nak cari perempuan yang SENANG ditangkap, dan boleh bawak ke tempat lain CECEPAT so takde orang perasan! Diulangi, perempuan yang SENANG ditangkap dan boleh bawa lari CECEPAT.

8. Jadi, kalau anda wahai berembuan sekalian, cuba melawan dengan apa erti sekali pun, mereka akan get discouraged sebab lawan lawan tumbuk tumbuk tendang tendang jerit jerit tu pun dah mengambil banyak masa dorang, and dorang akan sedar yang tak guna try tangkap korang sebab leceh.

9. Mereka kata, mereka tak akan prefer pilih perempuan yang bawak payung, atau objek yang sewaktu dengannya yang boleh digunakan dari jarak yang agak besar untuk menentang mereka. (Ingat point mereka? SENANG)



10. Kunci err agak tak praktikal sebab nak cucuk cucuk dorang guna kunci memerlukan jarak yang dekat. 

ANDA HARUS INGAT:

1. Kalau rerasa cam ada orang ikut dari belakang tu, jangan syok sendiri ingat dorang tu peminat korang. Pusing belakang, tengok muka diorang tepat-tepat, dan buat-buat tanya, macam "Eh, awak, pukul berapa ye sekarang", atau buat-buat ramah sikit macam, " Eee sejuknyaaa. Sekarang ni memang selalu hujan kan". Jangan cuba menggoda pulak. Parah. Sikit-sikit sudah. Haha. Point kat sini, yang penting awak dah kenal muka dia and boleh identify them in a line-up, and now you lose appeal as a target.

2. Seandainya ada seseorang datang ke arah anda, keluarkan tangan anda dan jerit sepenuh hati "STOPPP" or "STAY AWAY!". Atau dalam mana-mana bahasa yang anda mahu. Most of the rapists said, they'd leave a woman alone kalau dia jerit atau tunjukkan yang dia tak takut nak lawan balik. Ingat, mereka nak carik EASY TARGET.

3. Kalau ada bawak pepper spray, inilah masanya beraksi! Keluarkan pepper spray anda dan jeritlah "I HAVE PEPPER SPRAY!"

4.  Kalau kena grab tu, yes, women physically memang can't beat them with strength, but hey, you can do it by outsmarting them! Kalau kena grab kat pinggang dari belakang, try CUBIT ketiak dia atau paha dia KUAT-KUAT, sekuat yang mungkin! Perempuan kan suka main cubit-cubit manja, tapi kali ni jangan manja, BIAR GANAS! Ada kes ni, lelaki tu cuba rogol dia, perempuan ni cubit ketiak dia sampai terkoyak.

5. Lepas tu, always go kat "that part" of the man. Tendang je kuat-kuat. Anda mungkin fikir, "Nanti mesti dia makin marah", but the thing is, the rapists said they want a woman yang takkan mendatangkan banyak masalah kat mereka.


6. Jika dia naikkan tangan dia, grab dua jari nya, dan bengkokkan ke belakang sebanyak yang mungkin dengan tenaga sekuat mungkin untuk push them down!

7. Sepertimana yang kita selalu dinasihati, always be aware of your surrounding, bawak someone untuk teman anda, dan andainya anda perasan sesiapa cam pelik pelik sikit tu, jangan biarkan je perasaan tu. Go with your insticts! Yup, perempuan memang dianugerahkan dengan instict yang kuat. Trust me.

DAN INGATLAH INI JUGA...

1. Tip from Tae Kwan Do :  ELBOW is the strongest point on your body. Kalau anda berada dalam jarak yang dekat untuk menggunakkannya, tujukan sekuat mungkin siku anda!


2. Seandainya dia mintak duit/purse/barang berharga daripada anda, JANGAN BAGI KAT TANGAN DIA! Tapi, baling jauh sikit. Sebab mungkin dia more interested in your money or purse than you, and dia akan ambik duit/purse anda. Then? LARI LELAJU LAJUU LAJUUU KE ARAH LAIN! Jangan terpacak pulak ye. Hehe

3. Kalau anda dimasukkan ke dalam bonet kereta, tendang sekuatnya lampu belakang kereta yang merah tu dari dalam, and keluarkan tangan anda through it, and lambai lambai lambai! Driver takkan nampak, tapi orang lain mungkin akan nampak! This has saved lives.

4. Dah nama perempuan kan, suka sangat lenggang kangkung. Masuk kereta, nak check list lah, check resit lah. JANGAN BUAT INI! Sebab mereka akan mengambil kesempatan ini untuk masuk through passenger sit, and put a gun to your head! Jadi, AS SOON AS YOU CLOSE THE DOORS, LEAVE.

5. Few notes sebelum nak masuk kereta kat parking lot or garaj:

     a) Be aware. Tengok sekeliling kereta, dalam kereta, kerusi belakang. Sebab mungkin ada yang menyorok masuk. ( Do this too before riding a taxi/cab)

     b) If your car is parked next to a big van, masuk dari pintu yang bukan disebelahnya. Sebab most serial killers attack dengan menarik perempuan ke dalam van time nak masuk kereta.

     c) Kalau time nak masuk kereta tu nampak ada seorang lelaki duduk diam je dia dekat dengan kereta korang, you better get back to the mall, and dapatkan guard/polis untuk walk you out. IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)

     d) ALWAYS take elevator instead of stairwell. Tak kisahlah kalau nak exercise ke, tapi nak exercise, gi taman petang-petang. Ni tentang keselamatan, sebab one of the perfect crime spots is yeah, stairwells.
 Nampak tak dorang bahagia naik lift?

7. Kalau orang tu ada pistol, and you are not under his control, ALWAYS RUN! Diorang akan hit you (a running target) 4 in 100 times; and inshaAllah walaupun kena, it most likely will not be a vital organ. So, RUN!

8. Lagi satu, perempuan senang nak bersimpati. Tapi harus bijak dalam bersimpati! It may get you raped, or killed! Satu kes ni, a serial killer, always played on sympathies. Dia jalan pakai tongkat, tempang, dan minta tolong untuk bawakkan dia ke keretanya, pastu BAM! Dia culik mangsanya.

Dan satu pesanan saya, sebagai seorang Islam, bacalah ayat Kursi ke mana-mana. Doa keluar rumah tu amalkan selalu. Kita tak berseorangan. Malaikat kiri kanan kita ada, jadi selalulah mohon pertolongan Allah. Dan berwaspada selalu!

Bukan apa, sebab perkara macam ni pun pernah terjadi kepada saya. Time tu, kat City Stars, Cairo. Kat Ground Floor tu ada Spinneys which is a supermarket. Jadi time tu, tengah jalan kat depan Spinneys, ada seorang lelaki. Saya dengan kawan saya time tu rasa lain macam, sebab dia macam ikut je kitorang dari belakang. Ke kanan, dia ke kanan. Ke kiri, dia ke kiri. And terperasan dia macam tengok-tengok kitorang. Pastu, mundar mandir kat situ, tengok kitorang lagi. Pastu, kitorang buat buat biasa and jalan dengan kadar lebih laju sedikit, pergi kat guard Spinneys tu, terus tak nampak dah kelibat dia. Ada jugak kisah masa on the way balik kelas nak pergi makan kat satu kedai ni, ni lagi menakutkan sebab dia ikut dengan jarak yang agak dekat SAMPAI KE DALAM KEDAI MAKAN. Saya nampak macam dia nak pegang buntut kawan saya time tengah queue order makanan, so saya 'trip' kaki kawan saya biar terjatuh kat saya, then saya bisik kat dia, cepat cepat naik atas sebab laki tu nak buat something. Luckily, Arab tak faham Melayu. Lepas je saya order, terus lari cecepat naik atas.

Malang datang tak berbau. Jadi selalu aware dengan keadaan sekeliling. HARUS AWARE. Jangan bahagia pandang straight je. Ingat, they always looking for woman yang off guard, sebab EASY TARGET and BOLEH BAWAK LARI CECEPAT.

  Dan, buatlah muka ada-hati-nak-kacau-kat-kak-long-kawasan sikit.

Erk.
Okbai.



p/s: 2 MTS projects for this months! Woot!
p/s/s: Untunglah orang tu tengok live Liverpool kat stadium
p/s/s/s: Alhamdulillah for Sem 9's result :) Let's focus Sem 10!
p/s/s/s/s: thanks to Ajay Paliwal's article!

6 comments:

acapVee said...

tumpang lalu ye kakak kawasan. LOL

aunishbini said...

@Acap
Ha, bagus budak ni mintak izin. Baru akak kawasan bagi muka ayu sikit camni. Haha

nabila azmi said...

tahniah^__^..

thanks sharing tipsss....

Mel said...

Tahniah. tips yang berguna untuk saya

aunishbini said...

@Nabila
Haha welcome! Lagi-lagi kat Egypt ni kan, pakcik dia bukan leh caya sangat. Kehkeh



aunishbini said...

@Muzamel,
-____-" Itulah. Memang berguna untuk gadis cantik hijabster macam awak! :P