Sunday, May 6, 2012

Pengalaman, kautlah sebanyak mana.

Hey people :)

Haha ok ini lawak. Mestilah people. Takkan para binatang pandai buka internet. Kfine. Lawak tak jadi. -___-"


Sebelum tu, izinkan saya wish untuk kesekian kalinya untuk my dearest friend di bumi kangaroo, ZAN ZAHIDAH ZAINAL, yang kini sudah tua setahun, semalam!! 5th May 2012!!!


Ini Shida dan saya. Shida sekarang di bumi UK, dan saya, ehem, di bumi unta ini. Sweet tak kitorang, Zan? HAHAHA! Right after taking this pic, Zan yang berGMT sangat berbeza dari kami, akhirnya bangun dari tidur, dan yeayyy "Happy Birthday" song from us! LOVE YOU ZAN.

Ok, iklan. -__-"
Jum bernada serius!

Maka hari ini, ingin saya kupaskan tentang satu perkara dalam hidup yang sesiapa punyainya, sangat KAYA. Cuba teka?


Na ah. Bukan duit.


Tapi PENGALAMAN.

Atau, experience dalam bahasa omputihnya.  Sesiapa yang punya pengalaman, dialah yang paling kaya. Serious. Tak caya jugak? Ok cuba awak bayangkan, kalaulah dia ada USD 1mil, tapi tak punya pengalaman untuk menguruskan duit dia, so duit dia lambat laun akan terbazir macam tu je. Berbanding dengan orang yang berpengalaman. Dengan adanya pelbagai pengalaman, dari susah, dia akan mampu menjadi senang. Dia pandai untuk mencari celah-celah mana untuk kumpul duit, dan sebagainya. 

Ok. Saya bukan nak bercerita pasal duit kat sini. Saya nak bercerita pasal pentingnya pengalaman. Oh my, this post is getting bored!

Okay, pernah dengar tentang, "yang dah lepas tu, biarkan" ? Ada benarnya okay frasa ini. Ok, lihat, kalau awak masih membaca pada halaman yang sama, bagaimana awak nak membaca halaman seterusnya? Dapat tak message dia kat sini, dapat tak?? Hehehe. Mungkin akan tiba satu masa awak akan rasa sangat menyesal dan ingin mengubah apa yang terjadi, tapi awak, itu semua di luar kuasa awak. Awak kena sedar yang itu. Dan menyalahkan takdir ALLAH itu tak elok , umpamanya kita meragui perancangan Allah yang Maha Sempurna. 

Sabar, awak. Sabar. Saya faham, awak akan cakap, "It is easier to said than done". And yes, i am 200% agree with you! Tapi awak, awak kena faham satu, letak pergantungan awak kepada Allah, dan awak akan nampak 1001 jalan yang telah Allah sediakan untuk awak. Percayalah kepada saya. Saya tau, mungkin ada antara pengalaman awak tu, saya tak berpengalaman lagi, tapi percayalah, percayalah, tak rugi awak memandang ke hadapan. Pandang ke belakang sesekali boleh, tapi jangan lama-lama. Nanti awak tak nampak pintu di depan awak. Okay?

Dan satu lagi, selagi ada masa ini, kautlah sebanyak mana pengalaman yang ada. Awak korek, gali, cari selagi mana awak mampu.  Tak rugi mencuba. Lagi banyak awak mencuba, lagi banyak awak tahu. Mana benar, mana salah, dan mana satu yang akan memandu awak bilamana suatu hari nanti awak perlukannya.

Open your heart to all possibilities, then you'll find the them.




Love,
p/s: seka lah air mata awak. Tak ada yang perlu ditangisi dah, ok BK? :)

4 comments:

Zan Zahidah said...

정말 고마워요!! 너무 보고싶어, 사랑해!

eh. copp. lupa nak tanya hari tu. shida pakai ipad ke tu?

aunishbini said...

난 널 너무 그리워 너무 사랑해!

Pfft. Kena guna google translate tahu??? HAHAHA!

Aah, shida pakai iPad, meletopsletops okay shida sekarang. Hahaha!

Zan Zahidah said...

hahaha. saya tak yah pakai google pun =p

gila ah. kena beli ipad gak laa macam ni.

aunishbini said...

Hahahaha! Kannnnnnn

Kemain shida sekarang tauuu haaaaa! Kalah kita!