Sunday, May 20, 2012

Satu Peringatan


Bismillah. Sebagai pembuka bicara.

Aku bukan seorang yang baik, jujur aku katakan. Banyak dosa yang telah aku buat, banyak. Kerana itu, aku sentiasa cuba perbaiki diri aku hari demi hari. Untuk aku tebus tiap dosa aku. Kerana itu norma manusia, sentiasa ingin menjadi seorang yang baik, di mata Allah dan di mata manusia. 

Hingga ada masanya, aku rasa lemah. Aku rasa tidak layak, memanjatkan kedua tangan aku, momohon pada Allah yang satu, untuk apa yang aku hajati. Aku kadang alpa, kadang lalai, dari jalan-Nya, tenggelam dalam kilau-kemilau dunia. Ya Allah...

Mungkin ada yang berkata, ahhh hipokritnya Auni, berlagak baik di belog, kadang-kadang di Twitter, cuba post itu ini tentang perkara sebegini. Manusia, kau boleh hukum aku apa mahumu. Aku tak ambil hati :) Kerana apa yang aku lakukan itu untuk peringatan diri aku sendiri, dan juga kawan-kawan aku di luar sana, kerana aku mahu kita sama-sama ke arah yang lebih baik. Manusia perlu sentiasa diingatkan. Kerana itulah turunnya Al-Quran untuk segenap manusia, kan? Sebagai peringatan kepada anak Adam, dari tersasar bersama syaitan yang dilaknatNya.

Ada masanya, ada perkara yang telah kita rancang sebaik mungkin, tetapi tuptup esoknya, tidak menjadi sepertimana yang diharapkan. Namun, ingatlah, tiada sesiapa yang perlu disalahkan. Kerana itulah rukun iman kita yang keenam, percaya kepada qada' dan qadar, yakni kita harus yakin pada ketentuan Allah. 


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


Mungkin kita cuba menyalahkan satu pihak, "alaaa kenapa macamni??". Tetapi baik buruknya satu ketetapan, yang mengetahui sebenar-benarnya rancangan terbaik, hanyalah Allah Taala, yang Maha Mengetahui. Dan boleh jadi hari ini sesuatu perkara itu buruk, tetapi esoknya sesuatu yang baik? Dan boleh jadi juga hari ini sesuatu yang baik, tetapi esoknya yang buruk. Maka jangan terlampau gembira atau bersedih. Kerana sebagaimana matahari dan bulan sentiasa bertukar, begitu juga kehidupan kita, sentiasa move on.

Dan ada sebabnya, kenapa Allah ingin menguji kita! Ini kerana yang pertama, mungkin kerana Dia ingin menguji sejauh mana kita teguh. Dan yang kedua yang pastinya, kerana Allah sayangkan kita. Jika kita bersabar, dan melaluinya dengan tenang dan masih berpegang pada-Nya, bukankah itu menambahkan timbangan pahala kita juga? Susungguhnya pahala itu pasti untuk mereka yang bersabar. Dan yang ketiga, sebenarnya, Allah rindukan kita. Allah rindu mendengar aduan kita, rintihan kita, menceritakan masalah kita kepadaNya.. Wallahualam.

Oh, dari segi percakapan pula, perkara ini menjadi satu pegangan untuk aku. Aku cuba istiqamah dalam mengamalkannya. Moga berterusan. 

Before you speak, let your words get through three gates.
1. Ask yourself, is it true?
2. Is it necessary?
3. Is it kind?

Tidak, aku tak layak ke syurga-Mu, Ya Allah, namun, tidak pula aku sanggup ke neraka-Mu. Kurniakan kami hidayah-Mu, Ya Allah, dan hidayah buat mereka yang kami kasihi. Amin.

 p/s: ini satu cubaan, yang pertama, buat kita.
p/s/s: Avengers is awesome. Nak tengok Battleship pulak. Hehe Thanks Aina!
 

No comments: