Sunday, June 10, 2012

Terima


Ada kata-kata indah berbicara
Hidup ini tiada pemadam
Apa yang lepas, lepas
Takkan dapat kita ubah
Kendati satu perkataan

Andai noktah yang tertulis, noktahlah ia.
Andai koma yang tertulis, komalah ia.
Andai kata soal yang tertulis, kata soal lah ia.

Namun apa jua tertulis sebelumnya
Itu jalan cerita Yang Maha Kuasa
Yang terbaik untuk kita
Mahu atau tidak
Ia sebahagian daripada kita
Sekarang.

Berapa kali aku harus menafikannya
Berapa kali aku harus lari darinya
Berapa kali aku harus menjauhinya
Namun aku silap selama ini
Bukan itu yang patut aku lakukan
Bukan
Bukan itu caranya
Cuma satu jalan
Untuk terus melangkah
Untuk terus lupa kesakitan dulu
Untuk terus hilangkan kepahitan dulu
Dan terus mengarang kisah ini
Meneruskan layar cerita Ilahi

TERIMA
kisah lampau aku sendiri
kerana jilid-jilid lalu itulah yang menjadikan siapa aku pada hari ini.
:)
 p/s: I still remember that pain.
p/s/s : Esok exam midterm paediatrics. Doakan!
p/s/s/s : Thanks :)

2 comments:

Ras Amierra said...

gud luck azie..mok ole2 boleh? ^_^

aunishbini said...

Hahaha boleh boleh! Kelak rah Sarawak lak claim, okayy?