Saturday, June 12, 2010

Exam Dah Habis. Apa Patut Saya Buat?

"Ok, time's up." FUH! Itu adalah ayat yang paling saya gemari. Oh tidak. Bukan kerana saya dapat jawab dengan betul dan sah-sah kau punya jawapan dapat 100% betul wahai Auni, tetapi kerana exam dah habis! Hoyeah! *buat tarian pusing-pusing tangan kat depan, pinggag gelek* Oh, semester 4 akhirnya berakhir. Seriusly saya ingin luahkan, ini adalah sem yang paling mencabar keimanan dan ketahanan emosi jua fizikal jua mental antara keempat-empat semester ini.

Bahagianya saya tengok semua orang senyum keluar dari tempat exam tadi. Keluar-keluar tu, soalan-soalan yang biasa ditanya seperti, "eh, pharmacology nak buat drug dilution tu camne ek?" ataupun, "internal carotid artery bagi branch kat mana?", diganti dengan, " eh, ko balik bila? flight bape ari bulan?" dan " bile ko nak gi beli sourvenir bagai? aku ingat nak beli kurma 10 kotak ar" WAH. Hoyeah!

So sekarang ni, dah tadek exam. dah tadek ape yang perlu dibaca. dah tade nota perlu dihafal. Hm, nak buat apa ek?

1.Tengok Movie Sambil Peluk Toddy Biar Mata Lebam Berjaga Sampai Subuh
Ada harddisc yang penuh dengan berbagai macam movie yang tak pernah ku nodai. Amboi ayat. HAHA. Tapi tatau la nak tengok ape. sebab semua cita lama and macam.....boring je tajuk die. Takkan nak tengok lagi cita Slumdog Millionaire yang dah 64kali ulang *ok.saya tipu*. Takkan nak tengok lagi cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham yang da 75 kali saya menangis? *saya tipu lagi*. Takkan nak tengok lagi cite upin dan ipin yang berapa kali dah ulang? *ni saya tak tipu.uhuk2.malu :") * Sape ade cite best? Mari kite exchange ngan upin ipin ;)P

2. Buat Karipap Pusing Yang Garing Kulitnya Tanpa Kedutan
Dulu berjaya buat karipap kosong. Ni nak try karipap pusing. Jap, check list. Amik kehadiran. Ehem. TEPUNG! *ada* GARAM! *ada* MINYAK!*ada* KARI! *ada* KENTANG!*erk..?* Alaaaaa..kentang tadek. Nak beli duit tengah tade ni. MARA tak masukkan agi lam bank.wuhuu. Ala ala alaaaaaaaaaaa :( Alamatnya, kena tunggu duit masuk la...hmm

3. Menyanyi Jangan Hiraukan Pakcik Bawah Yang Turut Menari Bak Dalam Cerita Muzikal
Dah prepare dah macam-macam lagu nak nyanyi. Tapi....ala, kejap jek best nyanyi tu. Dah sejam lebih, start la haus la, lapar la, ngantuk la, sakit belakang la, sakit kaki la, sakit mata la *apa kaitan?*. boring gak pastu.gagaga~

4. Main Yahoo!Games Sally's Spa Yang Menyebabkan Anda Ingin Membuka Spa Juga
Sape yang tatau games ni, sila gunakan khidmat encik google yang sentiasa membantu. Maaflah abang-abang kat luar. Saya tak main DOTA.uhuhu.Tapi, masalahnye kan....games ni dah selalu sangatttttttttt dah habiskan. Siap every level dapat title EXPERT ohkay? Boring dah. NEXT! *muke berlagak*

5. Jalan-Jalan Buang Bosan
Tadek duit. Sekian. NEXT!

6. Kemas Bilik Sampai Licin
Everyday bilik kemas. Nak kemas ape lagi? HAHA. Hmm, mungkin buku-buku sem ni yang perlu dipack masuk kotak. Ok. Dipertimbangkan.

7. Makan Kat Kedai Fastfood Yang Baru Bukak Depan Stadium Universiti Tu
Tadek duit. Sekian. NEXT!

8. Jadi Ibarat Seorang Suri Rumah Berjaya
Vakum, mop, sental dapur, cuci toilet, cuci baju, lipat baju, sidai baju, alamak, cam terbalik, sidai baju pastu lipat baju..ha ni betul.hehe. hm okeh. err dipertimbangkan.... *masih berfikir lagi-lagi bab cuci toilet*

9. Tidur
that's the easiest thing, but boring.....zzzzZzzzz

10. __________



but apa-apa pun, cuti itu best! *apa kaitan buaian atas ni? tapelah. layankan aje*. Lalalala~

p/s : i like it when i feel i am someone in someone's world :) Thanks icecreamm! ^_^
p/s/s : doakan kitorang semua lulus, so that semua boleh naik Sem 5!! amin~

2 comments:

shinichi said...

lepas xm esok akan baca balik list ni, skrg like jer :D

aunishbini said...

ahahahahaha! wokeh, beres ;P