Friday, December 28, 2012

I Like You


I like you
you don't make me cry
I like you
you always make me smile

You slide across the moamma
we dance into a coma
I like you
and I don't even have to
I don't even have to try

I don't know what it is
you just say all the right things
I don't know what it is
about you

I like you
you kiss me hello
I like you
you never make me toast

You're taking such a long time
I'm having such a nice time
I like you
and I'd like to stay up all night
With you

*wink*

p/s: please jangan sakit wahai badan!
p/s/s: London in less than a month! :D

Saturday, December 22, 2012

Crepes In Ze House!

Salam,

Lately ni, every time buka Twitter, Instagram, mahupun Facebook, semuanya ada je pasal Crepe Durian. Maklumlah, kat Malaysia tengah musim durian. Harapanlah kat Egypt ni nak makan durian kan. So sebab tengok gambar macam tempting je crepe durian, so try lah buat BUT instead of durian, Auni just guna buahan yang ada kat sini je lah. Hahaha.

Bangun-bangun je tidur, pi mandi, terus gi dapur buat Crepe. Haha. Mari tengok jadi apa haaa.

Mango Crepe



 Oreo Crepe


 Strawberry Crepe


Di Sebalik Tabir pembikinan Crepe. Aicececece


 
Crepe siap! These for beloved housemates! :D


Haaaa camna rasa dia? Well. I am not a fan of whipped cream. So boleh lah. Pavlova and tiramisu pun kurang suka. Apatah lagi crepe yang memang berintikan whipped cream semata. TAPI I really enjoyed making it! Haa buat memang suka, makan tak. Haha. Housemates cakap sedap, and dia suka. So itu dah cukup. Siap ada lebih sebab makan sikit je, maka bagilah as hadiah birthday kat Anis jiran rumah atas lagi. Haha.


Pastu, sambil sambil buat crepe ni, ada lebih buah-buahan. So, sebab teringin tengok gambar Kak Cik kat Facebook, maka siaplah satu mangkuk besar colek buah! Hahaha. Sedap sebab pedas! Hehehe


Cuti weekend kali ni, memang penuh dengan makanan je hari-hari. Alahai -___-" Takpa, minggu ni je. MINGGU NI JE. Pasni kene jaga makan balik! Tapi....esok ada makan-makan Thanksgiving Party for Make Them Smile Project. Huwaaa, How? Kene lah makan kan? Rejeki jangan ditolak! Hahahaha

p/s: Though Dik Aina didn't got straight As in PMR, but this is not the end, dik. Focus SPM pulak pasni okay? So, enjoy your post-result phase ;)
p/s/s: Dulu takda lah takut bila dengar cerita hantu, tapi sekarang entah senang nak bayangkan time masuk tidur @.@
p/s/s/s: tak tau nak bawak apa untuk party esok.


Monday, December 3, 2012

6 Perkara Tentang Arab Mesir Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Hi all! ;)

Hari ni is my turn to present for clinical seminar. So, the seminar entitled Cultural Perspective in Psychiatry. Nervous? Tak lah. Ada sikit je, itu normal. But to present in front of friends yang memang dah kenal, so senang :)

Presentation tu mainly about how cultural background can affect the psychiatry field. But what I want to focus is not on the psychiatry part. I want to emphasize kat part CULTURAL. 

Bila teringat balik zaman first year, masa memula datang kat Egypt ni, agak terkena cultural shock sikit lah. Arab kat sini tak seperti yang kita lihat dalam TV. Jalan guna niqab selubung satu badan, cakap slow-slow, and pandang bawah je. Tak wahai rakyat sekalian, tidakkk. Nak tau dorang macam mana?

Jalan tolak-tolak tak kisah lah lelaki ke perempuan ke, pasang lagu memang memekak macam nak kasi satu negara dengar, tak masuk lagi part budak peminta sedekah yang kejar kita pukul bagai, yang lelaki suka nak verbal harassment kat perempuan Melayu, pastu penipu lagi mak aih memang bapak segala penipu. Lagi-lagi bab yang pasal duit. Hygiene? Ah tak payah cakap. -__-"

Meh bagi satu kisah benar untuk setiap kes.
1. Jalan tolak-tolak
Kalau nak masuk klinik outpatient for Orthopedics lah paling sengsara. Budak-budak yang pernah ke sana tahulah camna. Nak masuk elok-elok, dia pegi tolak kita, rempuh masuk suka hati. Sorry and excuse me? Ahhh kelaut. Jangan harap diorang nak cakap.

2. Pasang lagu memekak
Derita bermula apabila ada kedai baru nak buka. Masa malam pembukaan tu, harapanlah kau nak tidur dengan tenang. Pasti lagu dari kedai tu macam nak pecahkan tingkap bilik ha. Mula-mula elok dah, pasang asmaulhusna. Habis je asmaul husna, bermulalah episod stress anda.

3. Peminta sedekah
Ni baru je jadi tadi. Tengah happy-happy ni nak balik ke Universiti sebab nak photostat nota, sekali kena tampar dari belakang oleh sorang budak lelaki kecik ni. Pasal apa? Pasal taknak bagi dia duit. Masalahnya cik adik cik abang sekalian, kat sini, kalau bagi sekali, dorang akan datang berkali-kali. Lepas je dia tampar tu, dia kejar. Saya pusing 180 darjah, refleks tangan nak menampar balik tapi sebab ramai orang kat sekeliling dapat tunjuk jari telunjuk je and ketap bibir kat dia, bagi pandangan burung helang sikit ha. Terus lari. Mak dia mana? Mak dia lah yang suruh buat semua tu. Tu okay lagi, ada yang siap kena tarik baju tarik tudung semua. Pfft.

4. Verbal Harrassment
Tak sah kalau mana-mana perempuan Melayu tak pernah kena. This just happened last week. Tengah otw balik dari kelas dengan Aina. Tiba-tiba ada satu kereta colour dark blue lalu kat tepi. Pastu Aina bagitau. "Auni, tengok arab tu. Dah lah tua, pastu ada hati nak cakap amende ntah". Time tu tak perasan lagi, so just biarkan je lah. Pastu masa kitorang dah masuk kat lorong lain, tetiba ada dia lagi. Rupanya dia follow dari belakang. Tau dia cakap apa? "I want to lick your toes, I want to lick your feet". Gila tak gila? Pakcik, pakcik takde makanan dah ke apa?? Tak sempat nak balas balik, dia dah vrumm cecepat blah. Ayat "f*ck you" memang selalu sangat dah dengar. Budak kecik umur 8,9 tahun pun boleh cakap camtu bayangkan.

5. Hygiene
Dah jadi culture dorang, mandi bukan everyday. Lagi-lagi time winter. Ada satu kisah ni, diceritakan oleh kawan saya sendiri, baba rumah dia mandi sekali seminggu je kot. Bayangkan macam mana bau diorang.. Taknak sambung.

6. Penipu
Part ni memang. kalau korang naive sangat, senang sangat lah nak kena tipu. Harga LE50, dorang cakap LE100. Lagi-lagi kalau dia dengar kita cakap bahasa English, lagi suka dia nak tipu. Sebab tu kalau nak datang sini, sesiapa lah, better bawak kawan yang pandai berbahasa Arab Mesir ye. 

Tapi, TAK SEMUA ARAB MACAM ATAS NI. Ada yang baik, contohnya kisah Aja yang hilang LE750, lepastu ada seorang lelaki arab jumpa and buat annoucement tanya siapa ada hilang duit contact dia. So alhamdulillah, Aja dah dapat balik dah duit dia tu. Lagi satu kisah, mama rumah kami. Mama rumah kami ni memang baik sangat. Kalau datang je rumah dia, tak pernah balik dengan tangan atau perut kosong. Ada je benda dia hidang and bagi. And kawan-kawan Arab sekelas dengan kitorang pun ramai yang baik. Yang tak berkira kalau nak share notes or buat kerja kumpulan. 

Sementara tunggu nak present

Memang culture Arab ni berbeza sangat-sangat dengan culture kita orang Timur. Orang timur memang terkenal dengan politeness, cakap pun slow-slow, setiap benda cakap thank you. Sampaikan cikgu kelas kitorang cakap dia pun terkejut masa first time tengok orang Malaysia sebab calm sangat. Ingatkan depressed ke apa. Pfft. Hahahaha.

Apa-apapun, ada satu pepatah (eceh pepatah) haha yang kak senior pernah cakap masa first year dulu; Cari lah permata dalam debu pepasir Mesir. Betul tu. Biarlah seteruk mana pun diorang, pandanglah dan carilah yang baik. Tanah Mesir ni memang tanah Firaun, tapi ia juga tanah Nabi Musa a.s.. InshaAllah, banyak je benda baik yang kita dapat daripada orang Arab itu sendiri. Bab yang tak baik tu jadikan je lah sempadan. Especially part buang sampah merata-rata!! Grr.

p/s:  nak kurus!
p/s/s: Terasa.
p/s/s/s: sejukk burr


Sunday, December 2, 2012

Happy 22nd Birthday Zati and Belated 22nd Birthday Aina!

The small celebration was held last Thursday since birthday Zati is on 30th November. Finally, budak yang paling kecik kat dalam rumah ni cecah jugak umur 22 nya. Hahaha. Pasni, Wani pulak yang akan awal-awal dapat title 23 tahun dalam rumah ni. Maklumlah. Kak longggg kekekeke.

So, the party was a surprise for the birthday girl Zati, but actually, me and Wani dah discussed beforehand so akan buat surprise kat Aina jugak since birthday dia dah lepas and tak sambut sesama sebab time tu kat Malaysia. Maklumlah, siapa suruh dia lahir 31 Ogos? Nak anak merdeka sangat. Haha!

AND THE SURPRISE WAS SUCCESSFUL! Zati tak tahu, and even Aina pun tak tahu. Kawan-kawan kat sini memang boleh diharap kalau nak buat surprise. Tak pernah bocor rahsia. Haha Aina pi surprisekan Zati, last-last dia pun kena surprise kan jugak. Double surprise lah kununnya. Ha gituu. And yes, we had a great night after all!

Ada video masa surprisekan Zati, but unfortunately masa nak surprisekan Aina, lupa nak tekan record button. Clever enough, huh? Haha. But, again, unfortunately entah kenapa nak try upload kat sini, tapi asyik ada error. -___-" So, jangan berduka, here are some pictures taken during that night! :)

Ze birthday girls!

Omnomnomnom semua tak pandang kiri kanan dah

Gua punya anak -anak ikan *nada taiko*

el bitzaaaaaa

cik-cik kepochi Mansoura

Si gemuk yang kuat makan aum!

with ze lovely housemates !

Thanks all for coming!!

Oh btw, buat yang tak tahu, Zati, Aina and Wani yang terdapat dalam cerita ini adalah housemates saya yang paling cool dan macho! Hahahaha tengoklah kawan sape muahaha. Thank you Rai, Dora, Kelly, Syira, Tasha, and Tia yang datang memeriahkan small celebration of these two birthday girls!

To Zati and Aina,
Happy 22nd korang! Many happy returns! Guna hadiah tu bebaik, jangan simpan je dalam almari yeee. Kalau simpan je, siap! Grrr. Haha may Allah bless you and berjaya dunia akhirat. Sayang korang habis-habisan! *hugs*

Loves;

p/s: Takziah atas pemergian datuk Fazlieza Merican , Ahmad Merican, Jumaat lepas. Moga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
p/s/s: Rest well, Ir!
p/s/s/s: Psychiatry round sangat relax. Wehuwehu

Wednesday, November 28, 2012

Welcome Winter. LITERALLY.

Masa awal-awal November hari tu, semua dok tweet lah status FB semua post, "Bila nak winter ni?". Haaaa tak masuk lagi semua nak mintak hujan. Maklumlah, hujan kat sini maksudnya dah officially masuk musim baru. Ade je hujan turun, terus ramai lah yang tweet semua, "Welcome winter". Paling selalu sekali, "Winter is coming". Tak pun, "Winter is here". Kemainnnn. Tapi winter tak start start jugak. haha! Well, saya pun salah seorang daripadanya jugak. Hahaha.

But now, winter is REALLY here. I cannot sleep without my comforter. I cannot take my bath without hot water. And I cannot walk out without any sweater at night. Yup, kat Egypt pun ada winter. Walaupun it's not as cold as in Europe countries and there is no snow at all (except in Sinai sometimes), but it really is cold here. About 14 degrees at day, and night sometimes even 3 or 4 degrees peak. Macam bawah aircond gitu. Save bajet nak pasang aircond. Gitu. Hahaha. *love mother earth sikit* Ah. Sudahlah. Padahal kau tak cukup duit Auni oi nak pasang aircond semua bagai *pura-pura baling snow kat diri sendiri*

So, here I am. Enjoying my winter :) Not the rain. Awal-awal je macam amazed tak pernah tengok hujan bila hujan jatuh di bumi Mesir ni. "Yeayyyy it's rainingg" takpun, "Alhamdulillah, hujannn yeayyyy!". Yup, typical Mansourians tweets (including me. Bahahaha). Lepastu, dalam minggu lepas lah jugak, semua status and tweets berubah wajah 180 degree gitu. "Ohhh please don't rain :(" and "Jangan hujan pleasee. Nak sidai baju". Nampak tak? Nampak tak? Haaaaa Ahahaha. Yes, I personally love it when Egypt's hitting winter but please, i don't like the rain either. Lecak, basah, seluar kotor, cannot sidai sidai baju. Even nak keluar pun terbatas -___-"

Yes, it's now at the end of November. Gonna enter my fav month of the year : DECEMBER! Yesss December bebehhhh :)

p/s: lagi 4 hari nak habiskan. Hehehe
p//s/s: 6 hours apart. And pack schedule. You take care :*
p/s/s/s: neurosurgery and psychiatry round pulak.

Thursday, November 22, 2012

I Knew You Were Trouble (cover)




My current addiction!! Dok nyanyi siang malam hahahaha. Okay layankan ajee! :P


I'm loving this Taylor Swift's RED Album! I love all the songs! 
YEAH!

 
 p/s: untunglah kat Malaysiaa
p/s/s: mari masak nasi ayam
p/s/s/s: round exam this sunday! pray for us :)
p/s/s/s/s: Ceasefire in Gaza. Hope the peace lasts long..



Monday, November 19, 2012

Tomorrow You'll Be Free


Bermula dari hari pertama tahun hijrah 1434 tempoh hari, bumi Gaza kembali diserang. Tak perlulah saya bercerita panjang tentang ini kerana rasanya semua sudah maklum apa yang terjadi di sana. Rasa lemah kerana tak mampu berbuat apa, namun kita masih ada doa. Doa adalah senjata kita. 

Apa salahnya ambil seminit selepas solat fardu untuk mendoakan mereka di sana?
Apa salahnya ambil seminit dari 24 jam anda untuk mendoakan kanak-kanak yang belum pasti bisa membuka mata esoknya?
Apa salahnya ambil seminit dari gelak tawa kita untuk mendoakan mereka yang menangis hiba?
Apa salahnya ambil seminit dari keselesaan kita untuk mendoakan mereka yang cuba mempertahan keluarga dan agama?

Apa salahnya bukan? :) Mari.

فإن تولوا فقل حسبي الله لا إله إلا هو، عليه توكلت
وهو رب العرش العظيم
اللهم انصر إخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك



This isn't all about religion. This is about humanity.

p/s: cepat pulak minggu ni berlalu. next week got ortho & rheumato round exam
p/s/s: semoga kaki cepat sembuh!
p/s/s/s: rindu ezhan dan arisya


Tuesday, November 13, 2012

Sejenak Bersama Cik Purse Merah


Mula-mula ingat nak bongkar rahsia ada apa dalam handbag, tapi rasanya macam ada pada satu hari di kala zaman dahulu kala, dah buat dah post pasal tu. Hahaha. Maka, dikecilkan lagi skop nya. 

So, ladies and gentlemen *drumroll ketuk meja*, I present to you......MY PURSE! Hahaha okay gelabah gila nak buat annoucement cenggitu. Pfft. Layankan aje. Okbai. Zasssssssssss!


Tadaaa! Yes, these are what inside my purse. Haaa ye lah. Ni lah dia. Apa kau ingat aku nak letak bom or nuclear code dalam ni? Maaflah kalau menghampakan. Ehhhhh jangan memain, bukan sesenang okay perempuan nak bagi tunjuk semua dalam purse dia. Nah hambik. Muahaha!

p/s: craving for something sweettttt :s
p/s/s: konon je tunggu bawah uni. haha
p/s/s/s: moga dipermudahkan segala urusan :)

Monday, November 12, 2012

25 Jam Sehari

"...Aku menyayangimu
Juga aku... mencintaimu 8 hari seminggu
Semakin mendekatiku.. seperti kamu
Pun menemani 25 jam sehariii ooo!.."

Tu diaaaaaa. Miahaha! Haaa for me, it was one of the sweetest lyrics. Mano tak cair oi kalau ayat bebunga cenggini gitu. Maunya ketaq lutut ceq. Haha kemain! Tapi apa yang nak diketengahkan pada post kali ni, is not about this song! TET!

Manusia diberi 24 jam sehari. SAMA RATA. Tak kisahlah kalau kau tu anak raja ke, anak menteri ke, pelajar ke, pekerja ke, duk kat celah dunia mana ke, atau berselubung dalam selimut manjang ke (maklumlah dah masuk winter kekekeke), you got 24 HOURS per day. Not less, not more. SAME.

But lately, I do think I don't have much time to do all what I wanna do.  Perhaps because of the winter, where night is longer than day. That's why. KOT. mari kita letak satu contoh ye tuan tuan dan puan puan. Sometimes, there are some places I want to go but disebabkan malam datang awal, so I have to postpone it. Sebab kat sini, malam bahaya ooooo. Jangan memain Mansoura ni tengah hangat pasal kisah ragut, sexual harassment, dan yang sewaktu dengannya. But seriously, balik kelas yang dari pukul 9am pun dah pukul 3pm. Balik masak makan semua, sekali.."ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBARRR" Haaaa Maghrib memanggil gituews. Ye, pukul 5pm dah Maghrib dah cik kak oii. Mana tak rasa rushing je buat semua kerja.

Sometimes I wish I have more hours in a day, at least for me, myself to have some rest. To sit and breath. But I think it is not that. It is about how I adapt with it, and manage it wisely. Because, 25 JAM SEHARI never happens.


p/s: made 15 pieces of kuih keria for him. But none can be given to him. Ye lah, nak kirim guna skype dapatlah pulak kan. Hakhak
p/s/s: there are ups and downs in everything
p/s/s/s: maybe some oxygen?


Monday, November 5, 2012

Memori Tingkatan 5

Hey semua!

Hari ni, dah masuk hari kelima dalam bulan November 2012. And hari ni jugak adik-adik Form 5 kita seat for their SPM. Ohoiii teringat lagi kot zaman-zaman Form 5 dulu kot. Haha kalau nak diingat balik, zaman Form 5 tu lah paling banyakkkkkkkkkk kenangan manis, Bukan sahaja sebab kitorang Form 5 ni yang menduduki status sosial paling tinggi dalam sekolah (ehem) tetapi juga sebab menyedari it was the last year of zaman persekolahan buat kami,  maka setiap detik itu amat bermakna acecececece. Haha!

Antara memori terindah (mak aih kemain ayat terindah dia ni) ialah dengan Nadira Ahmad Termizi or time tu kitorang panggil dia Nazi. Malam-malam, lepas light off je, kitorang tunggu jap, pastu bila line dah clear, warden dah senyap, haaa mulalah kitorang menjalankan operasi SUPER SUPPER. haha. bukak almari, buat mushroom soup, gi ambik air panas kat water cooler. Pastu cicah dengan biskut Jacobs, dan makan sambil berborak di bawah sinaran lampu corridor. Haa gituu. Borak sakan haa. Ahehehe. Rindu lah dengan Nazi. Entah apa lah cerita dia sekarang, lama tak jumpa :)

Satu lagi perkara yang best pasal Form 5 ialah roommates yang sangat best. Disebabkan kami kiranya ada jawatan dalam sekolah, jadi bolehlah duduk room. Satu room ada 4 orang. Dapat meja study sendiri and sebab paling best untuk duduk room ialah, tak payah nak pack pack reramai. So, time tu room Auni ada Auni, Nazi (sila rujuk perenggan atas hehe), Faraw (nama sebenar Farawahidah) dan Bee (nama sebenar Harlina. Mana kaitan harlina dengan bee tu, jangan tanya. entah taktau haha). Jadi kitorang berempat ni memang sangat kamceng. Saling gossip, saling bergaduh pastu baik balik, saling share makanan kalau ada yang sedap (yang tak sedap pun sembat je masuk mulut), share problem, share macam-macam lagi lah. Time tu Faraw dengan Bee dah ada boyfriends so 'longkang' sebelah sana geng ada boyfriend. Longkang Auni dengan Nazi area yang takda boyfriends. Kemain memalam borak dalam selimut budak dua orang tu dengan boyfriend masing masing. Auni dengan Nazi cam biasa, cool je layan mushroom soup kami. Haa insiden paling diingat sekali time takutkan Faraw dengan telekung. Hahaha gelak besar! Ohh pastu saling berbalas nyanyian kat shower. Haha and satu benda yang taknak admit is ada buat bet dengan Faraw, siapa yang ada boyfriend dulu, orang yang takda tu kena belanja one whole day. Bet tu, sebab Faraw ada dulu, sampai sekarang Auni buat taktau je. TOLONG JANGAN INGATKAN FARAW. hahaha!

Selain kenangan dengan kawan-kawan, kenangan minggu exam SPM pun manis! Pagi-pagi ada special breakfast okay untuk kitorang semua. Kalau tak salah, ada tambahan cereal and air susu. Lepastu time break antara exam, dapat roti bun dengan air yoghurt Bliss tu berbotol botol hangkut masuk bilik (sebab bilik Auni dekat dengan hall, maka aktiviti membawa botol air yoghurt bliss adalah rutin kami sebilik). Even time tu pun, warden cikgu adik adik semua tak kacau kitorang. Kiranya macam untouchable lah. Hahaha. Pastu, beratur reramai depan dewan, baca doa, salam cikgu subjects, mintak maaf dengan one whole sekolah kat surau time Maghrib, adik angkat belanja makan, dapat banner adik-adik angkat gantung kat depan blok asrama nak kasi naik semangat, ahhh time tu memang sangat best kalau nak dikenang. 

'Spirit Batch' time tu memang membara and kuat, sebab kitorang satu batch, bukan hanya nak berjaya sengsorang, tapi nak angkat semua supaya semua berjaya. That's how I learnt what is the REAL FRIENDSHIP is all about. Kalau ada masalah, kami semua tak biarkan, kami akan cari solusi bersama. Walaupun dalam batch, ada group and geng geng sendiri, but semua tu tak jadi penghalang. Memang ada masanya bergaduh sesama batch, bergaduh dengan kawan, tak tegur, mengumpat, cakap belakang (namapun sekolah perempuan, tak sah tak jadi camni), tapi sampai je kat dewan SPM, semuanya letak belakang. 

Habis je SPM, rindu tu tak payah cakap lah. And masing-masing mula menyelusuri jalan sendiri. Ada yang dah kahwin dah, even ada yang dah nak ada anak dah. Ada yang bakal berkahwin jugak, and ada yang dah bertunang dan merancang untuk kahwin. Ada yang dah grad, ada yang dah kerja, ada yang masih belajar (Auni lah tu), dan ada yang punya bisnes sendiri. Sekarang nak tau life kengkawan, semua usha facebook or twitter or skype je lah. Jumpa pun jarang, tapi sentiasa dekat di hati! 

*Gambar saya dan kengkawan masa reunion batch time Ramadhan hari tu. Taken from Fiza Azwaniz's album :)*

Apa-apapun, to all sisters of Phoenix 0307, don't matter wherever you are and whatever you do, I wish all the best to all of you. The memories never fade away and may our friendship last forever. May Allah bless all of us.


Jengjengjeng dengan beraninya saya mengeluarkan gambar masa Form 5! Tembam gilossssss!! Haha ha ye lah, yang paling kiri tu lahhh. -____-"


p/s: Ya Allah, Kau permudahkanlah Alyaa Nadzirah binti Shbini untuk menjawab peperiksaan SPM nya dengan tenang dan cemerlang. Amin. :) 
p/s/s: hari-hari dah mula mendung, tapi winter macam belum betul-betul hadir lagi.
p/s/s/s: sweetheart

 

Friday, November 2, 2012

Tipulah



Tipulah kalau lautan sentiasa tenang tanpa ombak
Tipulah kalau hari sentiasa panas tanpa hujan
Tipulah kalau angin sentiasa sepoi tanpa kencang
Namun
Selagi kaki gagah berlari
Selagi tangan mampu menadah
Akan ku tetap berlari bersama
Dan mengenggam erat tanpa lelah
Merentas ombak
Meredah hujan
Mengharung kencang
InshaAllah, selagi saya masih saya.


#9.19pm.

Monday, October 29, 2012

salam eid adha :)

salam buat semua! :) i am posting through my phone btw. ahhhhh takde feel sungguh. :( lama dah tak post benda kat blog ni. rindu nak cerita banyak. tapi memandangkan internet since hari sampai egypt tu memang macam itik pulang petang, eh ke tak pulang pulang. pfft. jadi, tersisih sikt lah dah blog ni. ape ape pun, alhamdulillah sihat je kat sini bertambah sihat adelah. hahaha. mane tak nya, dari raya pertama sampai sekarang tak putus putus terima jemputan open house. ni jap lagi ni nak gi open house kawan aina sorang ni. selamat dinner. mwehehehe. dah lah semalam masa hamuan MAWAR siap tapau untuk dinner bagai. haha. tahun ni macam tahun tahun tahun lepas. meriahnya tetap sama. rasa bersyukur sebab dapat merasa eidul adha di tempat orang. sebab to tell u the truth, here in egypt, eid adha is thousand times merrier than in malaysia and eid fitri. sembelih lapah merewang masak semua tu, ha kami student student sendiri yang buat. mana nak dapat pengalaman macam tu. hehe. eh okay lah. penat dok taip panjang guna phone. i wish internet would come back alive sooner. happy eid adha semuaaaaa! :)

Friday, October 12, 2012

Hey



Hey
Happy 23rd Birthday
May Allah bless you and many happy returns.
All the best in wherever you are and whatever you do.

I just wish we don't have to be like strangers anymore

 p/s: You take care. I already forgave you long time ago :)
 

Thursday, September 20, 2012

Bingka Labu dan Ahlong

Kenapa dengan bingka labu dan ahlong? Oh sebab hari ni saya buat bingka labu, dan saya nak cerita juga pasal ahlong. Tapi apa kaitan antara keduanya tak ada lah pulak, tapi kalau ahlong tu gi makan bingka labu, possibility macam ada. Okay merepek. -_____-" Haa, bukan  A L O N G, ALONG! Bukan-bukan. Ini ahlong yang bagi pinjam duit, interest merepek, dan kalau tak dapat bayar, potong kepala maaa. Lu pandai pinjam, lu pandai bayarr maa. Jangan lu pinjam, lu lali lali aa, lu solok solok, takmau bayar ma! Ni apa pasal wa cakap cina wa pun tatau maaaaaaaaaaaaaaa. (-_-")

Okay, kita usha dulu bingka labu yang saya buat untuk minum petang tadi. Relaks dulu sebelum kita ke hal serius. Nah, ambik air teh ni. Jemput makan.


Dan.....inilah hasilnya setelah dibako bakooo bakooooo *echo*


Okay. Sekian. Mari bercerita pasal ahlong pulak. Bukan sekali dua kita dihidangkan (eceh kemain ayat berbunga, 'dihidangkan' cecececececece) dengan cerita orang yang tak dapat bayar balik duit yang dipinjam dari ahlong, keluarga mereka diburu, kereta dibakar, rumah dikepong. Sampai takut nak balik rumah ha. Hidup pun dalam ketakutan. Ini bukan cerita main-main. Ini cerita betul!!! (3 tanda seru saya letak. kalau tak nampak penegasan dia kat situ, tak tahulah)  Even dalam tv dan drama pun kita ada tengok kan? 

Tapi yang mendatangkan kehairanan bin kepelikan adalah, masih ada yang meminjam dengan ahlong. Tapi cik adik, cik abang, cik kakak, makcik, pakcik semua, ada satu je kebaikan meminjam dari ahlong ni. DUIT SEGERA TANPA PERLU BANYAK DOKUMEN. Tapi, mak aih, lepastu haaa berjela senarai keburukan dia.

1. Pinjam RM 2000 (contohnya), interest sehari RM 50 (contohnya). Bila kena bayar, berlipat kali ganda naiknya.
2. Keluarga sentiasa dalam ketakutan di mana-mana, sebab takut diserang ahli ahlong.
3. Kehidupan tak aman, sebab dalam ketakutan.
4. Bila kehidupan tak aman, keluarga porak peranda., kerja pun entah ke mana.
5. And the list goes on and on.... Pepaham je lah long consequences nya.

Jadi awak semua, TOLONG SANGAT-SANGAT. Seterdesak manapun anda, (habis cikgu bm marah kang pepandai tubuh ayat baru. hakhak), sila JANGAN SESEKALI MEMINJAM DARI AHLONG. Ada banyak cara lain untuk cari duit. Kalau rasa memang dah tak ada cara tu, just satu je kena beringat. Meminjam dari ahlong IS NEVER AN ANSWER. Banyak kisah yang saya dengar dari orang yang saya kenali yang meminjam dari ahlong. Bukan sahaja mereka yang susah sampai kena lari dari kampung sebab ahlong kejar. Dan ada yang datang tunggu kat rumah dan tempat kerja. Jadi, berjimatlah dan sentiasa rancang perbelanjaan anda. Lebihkan keperluan dari kehendak. Biar bersusah sekarang, jangan susah kemudian. Kalau agak-agak nak pinjam duit ahlong sebab nak buat kenduri/hantaran, tak payah lah. Niat memang dah baik dah tu, tapi cara salah. Oh kenapa bagi contoh hantaran? Sebab 2,3 hari ni dok trending kat twitter pasal nilai hantaran tinggi. Kenapa trending, jangan tanya saya.

Btw, ada orang cakap belog ni dah macam belog makanan dah. Haha. Bukan apa, petang-petang bosan takde kerja, masuklah dapur buat kuih. Tu yang 3 hari straight ni post pasal kuih je. Haha!

p/s: haih. ni yang rasa nak beli handphone baru je terus ni *macam banyak duit. pfft*
p/s/s: Comellah pulak si mekanik kapal ni. Hiks.

Wednesday, September 19, 2012

Alahai Si Seri Muka

Hari ni, seperti yang telah di sneak preview kat post semalam, kita akan buat satu lagi projek iaitu Kuih Seri Muka. Hari ni kita straight forward je. Takdak intro pepanjang dah. Takda belok sana sini. Takda melalut ke laut. And post kali ni, ada resepi, khas buat Zan Zahidah Zainal yang berada di Ostolia, dengan ucapan, selamat bergraduasi hujung tahun ini. 


Bahan A
2 cawan beras pulut
2 1/2 cawan santan cair
1 sudu teh garam

Bahan B (dari kiri)
2 sudu tepung kastard
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan (saya guna pes pandan je)
1 sudu teh pewarna hijau

Cara-cara
1. Rendam beras pulut beberapa jam.
2. Campurkan santan dan garam ke dalam beras, dan masukkan ke dalam bekas kukusan.
3. Kukus sehingga masak
4. Apabila sudah masak, keluarkan dari bekas kukusan.
5. Mampatkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik bersaiz 8 inci.
6. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas.
7. Kacau semua bahan sehingga sebati. Kemudian tapis.
8. Panaskan adunan sehingga suam-suam kuku.
9.  Tuangkan adunan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
10. Kukus selama 30 minit. Sejukkan dan hidangkan. Siap!!

Dan jengjengjengg inilah hasilnya! Senangkannnn?? Haaa


Haa time buat si seri muka ni ada kisah dia jugak. Sebab tu lah tajuk post ni ada perkataan "Alahai". Hahaha. Cerita dia camna? Sabaqq sabaq. nak cerita lah ni. 

Time second kukus tu, kan hanya perlu kukus selama 30 minit, lepas tu bila ceq check balik selepas 30 minit, ceq tokojut beruk, beruk pun tak tokojut cam ceq. MASIH CAIR. Ini hal ehwal kecemasan sudah ni. Berdebar dah hati ceq haaa. Ceq buang rasa panik, ceq tutup and kukus lagi 30 minit. Tapi lepas 30 minit tu lagi, MASIH CAIR JUGA. Ahh terbayang kekecewaan anak-anak kapal (sila rujuk post semalam) kalau diorang tak dapat makan seri muka ni. Lepastu, ceq nekad nak tambah tepung custard. Ceq pi cedok ha air tu, sekali keras kat bawah. Ceq cedok lah lagi. Rupanya dah masak je pun, tapi sebab santan ceq tu pekat sangat lagi lagi santan tu ceq dah bekukan sehari, pasal tu lah dia berlemak semacam. And yang cair tu adalah minyak dari santan tu. Haihhh buat debaq ceq ja naaaa. Haa maka menjadilah seri muka ceq ni. Alahaiii si seri mukaa ( nak jugak selit tu perkataan alahai. pft) -_____-". Sekian. Oh by the way, pasal apa ceq jadik oghang utagha hari ni??

Selamat mencuba, Zan!

p/s: esok tak sure lagi nak buat apa. tengoklah camna.
p/s/s: 6 pieces for 6th month :)
p/s/s/s: handphone oh handphone! :'(

Tuesday, September 18, 2012

Of Onde-Onde / Buah Melaka

Hari ni bangun je dah lambat. 10.30am. Dah lah rumah bersepah gila. Maklumlah, anak-anak kapal kat rumah ni ada 9 orang. Haaa maunya 9 orang tu buka sana buka sini sepah sana sepah sini. Lagi-lagi semalam cuti hari Malaysia. Haha. Sebagai suri rumah sepenuh masa waktu cuti ni (pfft), dengan malasnya dan gagahnya saya menolak selimut yang membaluti tubuh dengan mata separa sedar, dan terus mencapai kain tuala yang tergantung elok di belakang pintu bilik. Lantas pintu dibuka dan ... okay. Jangan risau. Saya tak buat novel kat sini. Hahaha.

Kisahnya, mandi pun apa pasal entah lama semacam pagi tadi. Agak-agaknya bermimpi dalam bilik air kot membayangkan diri seakan Pandelela Rinong? Tapi yang pasti setengah jam lah. Lepastu terus kemas rumah yang memang kapal tongkang terbungkang karam ha. Tapi berkat cuti 3 hari, tenaga maintain je cool. Mihmihmih. 

Sampai je petang, seperti hari hari kebiasaan, mesti akan rasa bosan tak tahu nak buat apa. Lantas, disebabkan semangat yang berbaki, terus gi kedai beli tepung pulut, tepung gandum semua. Nak buat apa? Haaaaa nak buat kuih yang kat tajuk post ni lah.

Onde-onde atau buah melaka, saya pun tak tahu yang mana satu nama betul dia, but rasanya dua-dua sama je. Terus sediakan bahan, terus beraksi kat dapur. 


Haaa siap ada nombor tu kat gambau! Haha jangan memain. And dah selamat dah pun masuk perut semuanya. Tak sampai 10 minit, 9 anak kapal beserta mak kapal pun makan. Bapak kapal je tak merasa. Bapak kapal kat Betong. Haha takpe Pak. Nanti along buatkan lagi. Tehehe



Dan inilah hasilnya. 


Anak-anak kapal yang setia menunggu.


Time dok buat onde-onde ni tadi, teringat zaman berbelas-belas tahun dahulu. Time tu, bapak and mak baru je beberapa tahun bekerja sebagai cikgu, dan gaji pula time tu memang kecil. Nak menambah pendapatan keluarga, malam-malam and selepas subuh, mesti mak akan buat macam-macam kuih untuk dijual kat kantin. Antaranya onde-onde ni lah. And selalunya jugak kuih apam macam macam kaler dan bentuk, kuih kusui, and kuih gelang (donut).  I still ingat lagi, duduk tepi mak yang tengah buat kuih, sambil main doh kuih gelang, sambil tangan sebelah lagi pegang botol susu. Kadang-kadang, sampai tertidur kat peha mak. Tsk. :') Besar kan pengorbanan mak? Dari dulu lagi, korbankan masa tenaga nak tolong sara keluarga. I love you Mak! :*

p/s: esok ada satu projek lagi. Nantikan. Wehuuu!
p/s/s: blackberry masih tak ada berita. nasib baik ada twitter and skype :(
p/s/s/s: lagi 2 minggu nak balik. alaaaaa alaa alaaaa




Sunday, September 16, 2012

Sweet September


1. A Mee Kolok Die-Hard Fan

His first time in Sarawak.  For more info and pics, sila lawati laman belog beliau di link sebelah kanan ini. Aah, yang IR SUPERMAN tu. Hahaha. But apa-apapun, sangat sangat bersyukur dengan 4 days 3 nights trip ini, sebab segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar, more than my expectation. And hey, thanks for coming sweetheart ;) Jangan terkenangkan mi kolok sangat. Pfft.




2. Beach Escape

We went to Pandan Beach, Lundu for 2 days 1 night. And walaupun ni entah kali ke berapa picnic-picnic enjoy mandi manda kat pantai, still masih best! Haha. Walaupun beberapa kejadian terjadi seperti kening si Syahir luka kena tiles, and kunci bilik tertinggal dalam bilik sampaikan kena kopak tingkap, still, the trip was awhhhh-some! :)


September did treated me well, until just now. My blackberry cannot be charged. Aaaa nak taknak kena hantar repair esok. Been trying about an hour and half, bukak tutup tekan connect laptop semua, still no change. Dahlah terhilangkan 4 crystals from pendant si Muzamel bagi. And bapak too, his hypertension getting worse. Hmm.

Apa-apapun, I still have less than 3 weeks to be spent here in Malaysia, so will looking forward what September holds for me.

 Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Malaysia!


p/s: sometimes, confuse dengan diri sendiri sampai tahap tak kenal.
p/s/s: Sorry..
p/s/s/s: Tolonglah sembuh encik handphone.

Wednesday, August 29, 2012

Mimpi

Bercerita pasal mimpi ni, banyak sangat mimpi yang saya alami. Dari genre seram, romantik, aksi, dan segala genre yang wujud atas cakerawala ni. Serius. And most of the time, siap hafal lagi jalan cerita mimpi saya tu macam mana, walaupun ada part yang agak blur-blur. And sometimes, I do wonder do people dream oftenly like me? Or my imagination is too high? :o

Mimpi #1

Aku ada misi untuk meng'download' satu software ke badan aku sendiri, dan software itu mampu menyebabkan diri orang yang download tu kuat. Masalahnya di sini ialah apabila software itu ada dalam Samsung Galaxy Tab yang aku tak pasti berapakah incinya, milik seorang lelaki. 

Pelbagai cara aku lakukan seperti memecah masuk bagaikan Catwoman, beraksi seperti Angelina Jolie dalam cerita Salt, dan ada masanya aku telah mampu mencapai tab tersebut, tetapi malangnya terlepas apabila ada orang lain yang merampasnya daripada aku. Kenapa? Sebab semua orang nak tab tu. And akhirnya bla bla bla tab tu kembali kat tangan si pemilik tu. Jangan tanya di mana aku belajar seni memecah masuk itu. Tapi aku rasa mungkin ada dalam genetik aku seperti Alice? Haa. 

Fikir punya fikir, aku akhirnya memutuskan untuk menyamar menjadi pembantu rumah si lelaki itu. Yang menjadi complicatednya di sini ialah apabila kami saling jatuh cinta antara satu sama lain. (Nampak tak permainannya di sini?). Aku serba salah, tapi aku masih perlu settlekan misi aku, mendapatkan software tersebut. One day, aku dapat peluang mendekati tab tersebut, dan akhirnya berjaya meng'download'kannya ke dalam badan aku, tanpa sesiapa pun perasan.

Tapi perasaan serba salah semakin menebal, and aku ambil keputusan untuk beritahu aku sebenarnya bukanlah pembantu rumah. Sebab aku taknak hubungan kitorang ni ada rahsia di antaranya. Aku nak berterus terang. Tapi jadi satu masalah lagi, kalau aku berterus terang, dia mesti tak suka aku dah, and mesti dia tinggalkan aku. But one day, aku tabahkan hati, aku cuba bagitau. Beberapa percubaan aku buat, aku tak tersampai hati. And nekad for the last time, aku berdepan dengan dia. Aku buka mulut and then....................aku terjaga dari tidur. Pfft. 


Mimpi #2

Di tempat tersebut, ada dua lift. Dari luar, lift itu kelihatan sepertimana lift biasa yang anda jumpa, namun aku tak pernah menyangka hari tersebut merupakan hari lift luar biasa buat aku.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam mimpi itu, aku dibawa naik ke aras yang aku mahu. Keseorangan. Entah bagaimana, buka sahaja pintu lift itu, aku ter'transported' ke 50 tahun yang lepas. Aku tiba di satu classroom, di mana di dalamnya ada kawan-kawan aku yang masih muda (aku pun tak tahu bila masa aku ada kawan yang berumur 50 tahun ke atas, tapi layankan aje lah). Masa tu, aku bertemu mereka dalam kehidupan mereka yang lalu, sebelum kami pernah berjumpa. 

Ada antaranya kawan yang aku sudah lama lost contact, dan ada yang memang aku rapat sampai sekarang. Aku terangkan satu-satu kepada mereka apa yang akan jadi pada mereka 50 tahun akan datang. Salah seorangnya ialah Aina. Ye, Aina housemate aku tu ler. Aku jumpa je dia, aku terus peluk dia sambill menangis and cakap, "Thank you sebab jadi bestfriend aku".

Setelah beberapa lama aku di sana, aku nak balik ke masa sekarang. Aku try masuk balik lift tu, tapi timing asyik tak kena sebab ada 2 syarat akalu nak being transported by that lift. 1. Ada masa tertentu sahaja. 2. Harus ada saya seorang sahaja dalam lift tersebut. Masa tertentu itu boleh datang apabila dibacakan mantera khas namun aku terlupa! Maka aku harus 'try and error' untuk mendapatkan masa tertentu tu. Aku cuba, cuba dan cuba! Tapi tak berjaya! Aku cuba lagi dan lagi dan lagi! Dan tiba-tiba..............aku terjaga dari tidur. Pfft. Rasanya berjayalah kot. -___-"

Mimpi #3

Aku berada di kawasan bersalji sambil menonton perlawanan hoki. Aku bersama seorang lelaki yang agak tinggi and sangat sweet. Disebabkan aku sejuk, dia ambil tangan aku, dan menggosok tangannya. Nak bagi heat lah kot. And then, balik sahaja ke rumah, ada seorang lelaki lain. Dia bagi aku warm milk, and dia sanggup tunggu kat luar, semata-mata nak jaga persekitaran rumah, nak pastikan aku selamat. Selamat dari siapa atau apa, itu aku tak tahu. Yang pasti perasaan aku happy, tapi aku tak tahu siapa aku dalam mimpi tu. And then aku bangun. Kbai.

Itulah beberapa mimpi yang aku mimpi untuk 3 hari yang lepas. Tak perlu tafsirkan. Hahaha. Apa-apa pun, mimpi tu kan permainan tidur. Tu yang jadikan mimpi tu best. Haha. But here some facts about dreams:

1. Strangers yang anda lihat dalam mimpi sebenarnya anda pernah lihat mereka in real life at least once before this.
2. People who emerge in your dream are most likely because they are missing you.
3. Mimpi berwarna setelah wujudnya televisyen berwarna.
4. Otak anda ketika tidur adalah lebih aktif berbanding ketika anda menonton tv

And kadang-kadang tu, bila mimpi hantu, kalau terjaga, aku akan berjaga beberapa minit untuk aku lupakan mimpi tu sebelum sambung tidur, kot-kot mimpi balik nanti. Tak pasal kembali berpeluh!

Ha mimpi korang apa pulak?


p/s: kalau aku bukukan mimpi-mimpi aku ni, boleh buat buku dah rasanya.
p/s/s: lagi 2 hari. Can't wait for him!! He is coming
p/s/s/s: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin semua! :)

Saturday, August 4, 2012

Happy Birthday My Superman ♥




Dearest Mohd Muzamel,

The fact that I am not there, on this very special day, bringing you a cake, singing 'Happy Birthday' song with a wide smile in front of you, ask you to blow out the candles, and whisper to your ear, "happy birthday, awak", do make me sad. Plus the fact you are busy tonight with KULN at Muar, which when I called you to at 12am, I hardly hear what you say, making me even more sad. Yes, South China Sea does envy us. Haha. 

But, don't you worry. Because inshaAllah, when 'that' time has come, I will. :)

From the start until now, I never feel our relationship is a long distance one. Perhaps, it is because you never make it feel like one. You always there from the moment I opened 'the door' for you. Though sometimes, there are some issues, trust me, you are a kind of person yang so easy to bawa berbincang, and to talk to. And I have to admit, you are sooooooo good at detecting apa-apa yang tak kena with me. Marah ke sedih ke apa-apa lah. Though I said nothing. Sabar dengar cerita merepek saya, layan drama sebabak saya, semuanyalah! Haha. 

So here again the wishes, I wanna shout it out loud. HAPPY BIRTHDAYYYYYY SWEETHEARTTTT! :) May all happiness be with you! May all your dreams come true! Have a blast birthday! 
And sayang, thanks for being born into my life.

Love you,

Your doc ;)

p/s:  Alhamdulillah Ya Allah. For all of these :) Alhamdulillah.

Friday, July 27, 2012

Berubah


Malam berganti siang
Mentari berganti rembulan
Sebagaimana ia sentiasa berubah
Begitu juga manusia
Yang tak kalah

Jangan pernah berjanji
Kalaunya ia bukan yang pasti
Jangan pernah berikrar
Kalaunya ia bukan yang benar
Kerana penghujungnya nanti
Cuma hanya memberi harapan tinggi
Dan bila bukan itu yang terjadi
Naifnya diri akan disakiti

Air sungai sentiasa mengalir
Dari hulu membawa ke hilir
Sebagaimana ia sentiasa berubah
Begitu juga manusia
Yang tak kalah


p/s: ilham datang
p/s/s: ......... *blank*

Tuesday, July 24, 2012

Some Updates

Oh ya. Saya dah di Malaysia. Sudah 2 minggu. 

Ramadhan kali ini rasa berbeza dari sebelumnya. Ramadhan lepas, menjaga arwah nenek yang terlantar sakit adalah satu pengalaman. Semoga nenek tenang di sana. Al-Fatihah :)

Ramadhan kali ini, memang rasa berbeza. Dalaman dan luaran. Dalaman, hanya Allah yang tahu betapa tenangnya Ramadhan kali ini, berbanding tahun sebelumnya. Kali ini tiap kali usai sembahyang fardu, aku minta pada Allah, moga diberikan ketenangan dan kebahagian dalam keluarga aku. Kedua ibu-bapaku, adik-beradikku, dan tidak lupa pada diri aku sendiri. Lagi-lagi dengan beberapa perubahan besar yang telah berlaku dalam keluarga aku. Bapak semakin selalu travel kerana kerjanya sebagai pensyarah sekarang memerlukannya ke sana ke mari. Setiap weekend je boleh jumpa dia. Kalau takde kerja luar, barulah boleh jumpa masa weekdays. Dengan mak yang semakin busy dengan mengajar di tuisyen 3 kali seminggu, yang menuntut banyak tenaga daripadanya. Semuanya kerana ingin mencari nafkah dan rezeki buat adik beradik bersembilan ini. 

Tak kurang juga adik beradik yang semakin membesar. Eyan yang bakal masuk pengajian degree di UNIMAS dalam bidang seni halus September ini. Alyaa dengan SPM nya tahun ini, dan Ainaa dengan PMR. Yang kecil-kecil tu semua semakin nakal -___-"

2 minggu berada di Malaysia belum ada sebarang progress yang boleh dibanggakan. Cuma rutin biasa yang diulangi setiap hari. Bangun pagi, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas dapur, dan yang sewaktu dengannya. Haha. Lepas tu, dalam pukul 1pm ke atas, barulah free sikit. Tengok TV, baring, tengok TV, baring. I know it sound sooo boring kan? Hahaha but the fact is, I enjoyed it. At least for this past 2 weeks lah. Feeling nak jalan-jalan and do something still belum hadir dalam perasaan *ecewah*. Perhaps we shall see for the next coming week? Actually dah ada beberapa plan that I had planned before, but tunggu dulu. I still wanna lazing around, and enjoying do nothing, after quite hectic months I had before.

Oh oh by the way. Alhamdulillah, I passed my final exam. So now, I am officially a 5th year med student! Thanks for all the prayers! :) :)

Okay agak tersasar dah post ini. Haha. Ok bab luaran pulak, hmm..ada beberapa jerawat di muka yang menghantui! Hahaha. Tension sungguh, mendarat je kat bumi Malaysia, agaknya kulit muka kena culture shock lah kot, terus terpampang ambikkaw 2,3 jerawat. Haih. Selain tu, tangan masih sakit sikit, yeah I never told you before, but I had this small accident kat Egypt last month, when I hit eh no.. a motorcycle hit me. Hohoho. But nothing serious, just well, a whole new experience for me. Kena langgar. Kehkehkeh :P

Sebenarnya, nak confess satu benda ni.
Kenapa post ni macam bernada serius semacam?????????


Selamat berpuasa anyway! Salam Ramadhan 1433
XOXO
  p/s : First time tarawih kat Masjid Desa Ilmu. Best jugak. hehe
p/s/s: tulis belog ni ikut mood actually. Kalau tengah serius, serius lah jadinya. haha
p/s/s/s : Somehow, something has changed.