Friday, February 26, 2010

Ni Untuk Kau Si Penghakim


Salah ke kalau jatuh?
Salah ke kalau tersungkur?
Jatuhnya, mereka bangun semula
Tersungkurnya, mereka bangkit semula

Tapi manusia tetap sama
Menghakimi sesama manusia bagai kau tiada cela
Jatuh dianggap kalah
Tersungkur dianggap lemah
Dan bangun dan bangkit mereka, bagai tiada maknanya.
Persepsi masih tiada beda

Tapi satu kau mesti ingat wahai penghakim
yang jatuh pernah merasa sakit
maka mahu sentiasa bangun dan terus bangun
yang tersungkur pernah merasa pedih
maka mahu sentiasa bangkit dan tetap bangkit
kekuatan makin teguh, keazaman makin utuh
Kau yang belum merasa, usah berbangga
Ketentuan-Nya ini yang pasti
Tidak akan sentiasa di atas, tidak akan sentiasa di bawah

Tepuk dada, tanya selera
Sudah puaskah kau menghakimi mereka?
Bezakan sokongan dan ejekan
Apa salahnya meminjam pandang
Agar kau lebih jelas

Jangan berani menyatakan kenyataan
Jika tiada pengertian sebenar


p/s : salam maulidur rasul
p/s/s : should we say it the first one? :)
p/s/s /s: ena..ena... haih~ along harap dik ena tak kena culture shock sangat ek?
p/s/s/s/s: sejuk gila! (~_~)


2 comments:

Aina Alia bt Rahim said...

makcik! nak hadiahh!!:D
makcik, sane sejuk ag sgt2 ke? br pk nk balik pki bikini je HAHAHA

aunishbini said...

asal plak nak hadiah? hadiah saye la oii.JANGAN LUPA!
tade ar sejuk sgt. sbb 2 hari ni ujan. tu yg panas. ari ni ok dah. pakai ar bikini. sy bawak rotan. bahaha! XD