Tuesday, October 26, 2010

Jom Lari Lari Keliling Piramid @ Egypt Race Run for Cure : Breast Cancer

Welcome welcome welcome (gaya sebutan orang arab) everyone to Egypt Race for Cure at..... jeng jeng jeng...PYRAMIDS OF GIZA, EGYPT! wahahaha. ye la. saye tahu. masuk tahun tiga kat mesir ni baru nak jejak kaki kat piramid. WAH!

kejadian ni berlaku pada 23 Oktober 2010. wah. macam intro cerita hantu pulak -.-" so here are some photos taken during the race. it's a running race, running ye. dalam bahasa malaysia nya BERLARI. dan masalahnya, tada satu gambar pun yang menunjukkan kami berlari. AHAHAHA penat tau kami lari sampai tatau mana starting point mana finishing line nya. HAHAHA. hebat en? en? (padahal datang lambat ketika orang lain dah lame start baru nak nampak muka. pastu bukan berlari padahal mengambil gambar di situ sini >.<






gambar terakhir atas ni adalah salah seorang daripada survivor of the breast cancer. alhamdulillah :) rasa nak hug jeeeeee ^_^

nak lagi banyak gambar? haaa..meh meh kelik kelik kat link link di bawah bawah ini ini. (ape kejadahnya tulis berganda ganda. tengok. tulis lagi)

di facebook aina
di facebook illmie
di belog kucai
di facebook nazeera

kalau anda kawan dengan mereka, anda akan dapat gambar yang menarik tau. sebab mereka ini ada kamera dslr..haa... kawanlah dengan mereka! hehehe apa-apa pun, selain baju free dan juga makanan free, saya juga telah dapat selesema+batuk+demam FREE. terima kasih lah ye giza.. HOHO.sekarang suara pulak dah macam ramli sarip.pergh. konpem pasni ramli sarip tak dapat cari makan -.-"
p/s : saya nak krib chokolatah :(
p/s/s : ignore.that's the best we can do.
p/s/s/s : see where this will be going. okay? we pray for the best, insyaAllah. prove to me that what i'm doing is right.


Friday, October 22, 2010

seriously..








susah kita nak jumpa orang yang sayangkan kita betul-betul, kan? i want to give my all to someone who appreciate me and sayang saya dengan seikhlasnya. because i'll spend my whole life for him. and yes,i want to make sure it's not for the wrong one.



bagi aku masa.





p/s : perhaps by you letting me know why i should get back to you help me a little bit.
p/s/s : or maybe this is the way ALLAH wanna show me something...

Tuesday, October 19, 2010

Pelan Pembunuhan Cik dan Abang Ti.

kalau cik dan abang ti ni secomel hamster bernama tubby tapelah jugak. ni, mak aih. kaler kelabu, besau. lagi sorang, berbulu. hitam. pengotor. yuck! penat jek bersihkan dapur. sekali.....tu dia cik dan abang ti datang menyerang lagi! kali ini dengan semangat, mereka mereka itu gigit plastik dan kotak yang dah gune untuk tutup lobang lobang berkenaan. cis cis cisdale betul. -.-" siap letak racun tikus kat atas cheddar cheese pun dia selambe jek catwalk tepi tu, tak terusik langsung pulak tu.haish.pandai pulak.

makanya,lahirlah.... PELAN PEMBUNUHAN CIK DAN ABANG TI. tadaaa! dirancang bersama dengan Leftenan Aina Alia Rahim ye, ketika presentation tadi.huahuahua ;)

untuk gambaran pelan yang lebih jelas dan mengancam, sila kelik kat gambau ye. siap nak campur racun dalam tuna kot. tuna yang pedas, sebab tikus ni masa kami tinggalkan rumah ni 3 bulan, dapur bersepah dengan cili kering. tu feberet die kot, sebab tu cheese yang hebat tu pun die main kenyit mata jek.ceh.memilih! tuan rumah ni pun makan apa yang ada, ni nak pening pikir nak bagi makan ape untuk bagi korang meninggal.ceh ceh. tikus mesir ni makan ape eceli????
p/s : penatnye beli barang hari ni. nak aiskrim tapi asek tak terbeli je! :(


Monday, October 18, 2010

Lari



aku ingin berlari.
berlari bukan maknanya aku pergi.
atau takut atau pengecut.
aku mahu dunia tahu.
aku masih mampu berdiri.
meski luka masih berbisa.
aku berlari kerana mahu bernafas.
agar aku masih bernafas.
dan tetap bernafas.
walau ke mana tiada pasti
tapi satu aku tahu
tetap ada bulan dan mentari
esok hari
:)
p/s : dapat call free to sume etisalat's number. sape nak saya call? HEHE

Sunday, October 17, 2010

terima kasih anan

baru habis install microsoft office 2010 dengan bantuan sedara anan. pergh.post ini memang khas kot.haha. memang banyak dugaan -.-". walaupun macam takdelah settle 100% tapi bolehlah bukak. tengok ape happen pasni. HAHA. james bond..james bond...

objectives need to be done. boleh tolong buatkan ini untuk saya? sangat mengantuk sekarang. please keep me awake >.<. oh.terima kasih michael buble dan bruno mars.dan glee juga.
p/s : kenyang gila. tak larat nak bercakap.burp.

Saturday, October 16, 2010

my favourite pick. what's yours?

latar belakang: lagu pergilah ayu, fabulous cats (ade orang suruh dengar -.-")
masa : 11.24pm GMT +2
tempat : dalam bilik, panas.haih.


"...Don’t fight
Don’t hide
Those stars in your eyes (in your eyes)
Let em’ shine tonight
Let em’ shine tonight
Hang on
Hang in
For the ride of your life
It’s gonna be alright
Hold on tight..."
-david archuleta,something 'bout love-

"... i might have to wait, i'll never give up
i guess it's half timing, and the other half's luck
wherever you are, whenever it's right
you'll come out of nowhere and into my life..."
-michaelbuble,haven't met you yet-

"...it's time to trust my instincts,
close my eyes and leap,
it's time to try defying gravity,
i think i'll try defying gravity,
kiss me goodbye and i'm defying gravity,
and you wont bring me down..."
-gleecast,defying gravity-

"...Working hard to get my fill
Everybody wants a thrill
Paying anything to roll the dice
Just one more time
Some will win, some will lose
Some were born to sing the blues
Oh the movie never ends
It goes on and on and on and on.."
-gleecast,don't stop believing-

"...andai hari esok, langit akan runtuh,
tabahlah menjunjung bersamaku,
andai hari esok dunia kan gelora
takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu..."
-adira,ku ada kamu-

menyanyi sambil makan pizza supreme,minum,dan erk..dandan gile tetibe ade lecture notes tepi tu.aiya.haha

p/s : burp -.-" banyaknye saya makan hari ini.
p/s/s : maaf housemate2ku. anda akan dengar 4 lagu ini sampailah saya bosan ;)P

Friday, October 15, 2010

hari yang bagaikan makan kari ayam warna biru



ade satu perkataan je nak describe kan hari ini.

SANGAT PENAT!

oh. tu dua perkataan kan -.-"

but somehow, i feel this day started dengan sangat beautifully gile. Bangun pukul 7 pagi tadi sebab nak pekena roti canai and teh tarik kat GMN Restoran. After habiskan nasi lemak (okai, tak habiskan pun eceli) and those roti canai and smashing teh tarik (sila perasan bahawa belum ada scene mandi diketengahkan yang mana menunjukkan keluar makan breakfast ketika masih belum mandi.erk), kemas-kemas bilik webcam dengan zanza then baru gi mandi.heeeeeeeeeeeeeeeeeee

after mandi and makan 2 keping roti yang telah diratakan dengan cokelat, makanya terus memulakan operasi besar-besaran mencuci dapur! hoyeah! lepas ni dah boleh start masakkkk!!! *imagine tangan kanan i diangkat ke udara*. untuk makluman anda semua, dapur kitorang sangat penuh dengan kotoran yang tidak dikehendaki sebab rumah ditinggalkan selama 3 bulan ini rupa-rupanya telah ditakluki oleh Cik dan Abang Ti yang tidak bertauliah! ARGH! habis sepah nak mamp*** dapur ohkay? ;/ grrrrrr. bila dah habis cuci semua, siap cuci dengan dettol agi, sekali fuhhhhhhh penat satu badan *pengsan-pengsan*

but ku kira panas sampai petang, rupanya hujan di tengahari (betul kan idiom ni?) Dahlah penat, lapar pulak tu, siap terbayang tomyam thai + telur dadar + sotong goreng + nasi putih setengah + teh o ais limau masa dalam perjalanan ke kedai makan, sekali -.-"......... ade nasi ayam je malam ni!!! so terpaksa lah ke kedai makan lain second choice, order ikan balado (ikan sambal). Masih bersemangat ni masa dapat air, sekali bila akak tu datang bawak ikan balado, erkk... sambal ikan tu kaler hijau mayonis???? terus tadek selera. bagi i, macam makan kari ayam kaler biru. aiya (^.^")


penat tau i kalerkan biru kat kari ni.huahua =.="

tapi sebab dah lapar makan je.tak puas pun. tapi kenyang. dalam teksi rasa nak menjerit (<--- haha emo gile!). tapi gagahkan jugak muka untuk mengukir senyuman. HUAHUHUA. So, tomorrow cuti. heaven lah jugak malam ni.hehehehe. k then. my last word. love thyself! ;)

p/s : dear angels around me, thanks! ;)
p/s/s : sheeeewww! hehehehe


Tuesday, October 12, 2010

jetlag? anda mampu mengubahnya.




ape perasaan anda kalau anda sepatutnya bangun tapi anda tetap tidur walaupun anda dah berazam dan sentiasa tidak melupakan petua berpesan kepada bantal agar mengejutkan pada satu-satu masa tetapi end up anda masih juga tertidur ketika itu padahal ada benda yang perlu anda selesaikan dan bila anda bangun anda rasa macam anda nak meraung satu bilik tapi apabila anda sedar masa tak boleh nak patah balik anda mengambil teddy bear anda (atau bantal, bagi mereka yang tiada teddy bear) menekup kepala anda menyelimutkan badan anda dalam selimut yang aman damai dan mengiring ke kiri dan terus kembali ke alam tidur dan anda pasti keesokkan paginya anda akan berasa geram kerana tak bangun semalam dan end up anda hanya mampu berharap hari ini anda takkan mengulangi perkara yang sama tetapi anda tak dapat menahannya daripada terjadi dan hari ini tetap berlaku perkara yang sama juga dan anda tertanya-tanya sampai bila benda ini akan berlaku?

ya.itulah bahana jetlag.sekian,terima kasih.

p/s : if just that dream comes true...

Sunday, October 10, 2010

tiada apa yang lagi bosan melainkan post ini

tajuk pun dah bosan. ape lagi harinya. haha..okeh.jom kite kupas hal ini satu persatu. bangun pagi tadi pukul 6, makan mushroom soup vono, pastu masuk kelas pukul 9am. kelas praktikal anatomy di mana kami belajar tentang perut. ya, perut. semangat ni datang kelas,mata segar bugar bagaikan baru dicurah air.nota pun cantik je semacam.kemas, sopan santun, lemah lembut..

masuk kelas tengahari pukul 12, belajar tentang digestion and absorption of protein ha amek kau mata yang segar bugar kini diganti dengan ibarat melangut di tepian gantang. duduk tak pandai nak tegak dah kejap kejap turun naik turun naik pandang depan belakang senyum senyum kambing usha usha orang pastu barulah duduk diam. mintak mintak adalah jugak yang masuk otak. pastu, straight kelas praktikal histology pulak. adeih, melukis dengan pen? jangan harap nak cantik (hukeleh ayat. macam kau lukis dengan pensel konfem cantik bagai bidadari pulak). kaler biru, birulah. tapi yang taley nak tolong dah, yang patut kaler merah pun biru jugak sebab ade satu je pen. pen kaler biru. sungguh patut dikasihani.ish.

lepas kelas, baru segar mata balik gi shopping kat wekala tir'ah, nak beli barang keperluan hidup seperti sabun cuci dan air susu. ketika sedang leka indah dibuai kenikmatan tingkap membelibelah (window shopping), terdengar lah suara adik-adik junior lelaki first year yang baru masuk sedang membeli belah.

" eh, can opener ade tak?"

adelah dalam 5 orang berduyun jalan sama-sama. ala, baru lagi memang macam tu, nanti-nanti tengoklah, bukan ngan housemate dah, ngan awek la, takpun sorang-sorang. eceh, dah pandai survive la. teringat masa zaman first year dulu, cari wekala punyelah pening kat mana, rupanya jalan nak gi sana belakang umah je. tet!

lepas habis belibelah, gi makan. yeah! setentunya nasi putih setengah + tomyam thai + telur dadar dan bertemankan ice lemon tea. ngap! burp! alhamdulillah...abang nan, thank you bagi diskaun! HAHAHA :)

gumukkan diri.miahaha

dah kenyang dah makan perut terisi hati happy, ape lagi, balik rumah lahh, and now terbaring atas katil, lenguh-lenguh agi satu badan.hahaha. boring kan? sape suruh korang bace?

p/s : help him, ya Allah. help us. syukran.

Saturday, October 9, 2010

maaflah illmie rozlan, 100 days tak jugak jadi 100 days

Andainya anda mengikuti perkembangan belog ini, pasti anda tahu mengenai projek 100 days of summer yang kunun-kununnya kene buatlah post setiap hari selama 100 days mase cuti ari tu. (nak tahu lebih lanjut tentangnya, kelik sini). Tapi, semestinya, jika anda memang mengikuti perkembangan belog ini, anda pasti tahu bahawa post itu tak pernah mencecah seratus pun! sampai days keberapa entah. malas nak selongkar balik. huahuahuahua!

jadi maaflah illmie rozlan, tengok, siap ade menyelah selit lagi nama kat nama post tu ha. ala..macam tatau je, anda pun tak habiskan 100days tu jugak en? hahaha. juga kepada Aina dan Kucai yang turut sama menyertai dan turut sama turun padang dalam tidak menghabiskannya. HAHAHA.

okey.boleh tak saya nak cerita pasal apa yang happen hari ini kat post ini walaupun sebenarnya post kali ini bertujuan memohon kemaafan kepada illmie rozlan? boleh?

Jom memyimpang! layan zassss!

bangun pagi tadi pukul 6 pagi. perhatian, perkataan sebelah ini sengaja diboldkan dan bukan kerana tidak sengaja atau tertekan ctrl+b, kerana.....BAPAK! MAK! ALONG BANGUN AWAL PAGI TADI!! (menjerit-jerit macam taknak mengaku bersalah semasa soalsiasat polis). Pergh. Dahlah semalam penat, tapi managed to bangun awal jugak. salute giler lah. tak pasal puji diri sendiri. Kelas pukul 12.30 tengahari, tapi sebab TERsemangat datang kelas awal, singgah jap kat Metro, beli Dettol Spray. nak tengok? meh.meh..

*gambar-gambar kali ini memperkenalkan 2 teddy bear saya sebagau model sambilan yang comel lagi jelita, CIKO (biru) dan TODDY!(merah jambuuu).

Ape yang syok sangat ngan dettol spray ni?haaa..sebab...it kills 99.9% germs in seconds! kills viruses, bacteria, mould and mildew on surfaces, eliminates odour causing germs! (ayat ini fotokopi dari tin dettol itu sendiri.harap maklum.)

dan juga, seperti orang tua-tua dulu cakap, malang tidak berbau , almari pakaian yang saya beli dari TESCO Malaysia okey, dah roboh. mungkin kerana terlalu banyak baju (tet!) atau mungkin kerana bahan-bahannya tidak tahan, tetapi apa yang pasti ajalnya sudah tiba dan ia sudah disemadikan di dalam beg plastik bersama timbunan sampah yang lain.sedih tidak terkata namun kehidupan perlu diteruskan oleh itu saya telah bertemu dengan penggantinya, iaitu... jeng..jengg..jengggg!

yahuuuu, almari 5 tingkat! penat kot angkat benda alah ni!!!!!!! sakit satu badan. grrr.

jadi, begitulah kisahnya hari ini. oh, lagi satu, internet dah ada! (ye la, kalau tak, takkannye kau dapat membebel banyak macam ni hari ini.ish). Rumah belum kemas sepenuhnya terutama bahagian dapur, maka minggu ini bakal menyaksikan kebarangkatan saya dan kawan serumah saya ke mana-mana restoran di Mansoura ini. My favourite food untuk minggu ini : nasi setengah + tomyam thai + telur dadar. sila belanja saya. terima kasih.


p/s : tak jumpa buku cantik. malas nak buat nota.


Friday, October 8, 2010

secara langsung dari Doha International Airport

Jam di luar menunjukkan 9am waktu di negara Qatar ini, bermakna pukul 2 di negara yang telah 12jam ditinggalkan, Malaysia. Perasaan? Kali ini, perasaan dah boleh dikawal sikit, mungkin kerana dah terbiasa, namun tipulah kalau air mata itu dapat dibendung. emosi pulak.. teheeee.

kaki digagahkan untuk melangkah masuk ke dalam flight Qatar Airways pukul 2.55am, dari KLIA, dengan keadaan yang kurang sihat, dan sebaik sahaja duduk, amek selimut, amek bantal, vedebushh tidurrrr. ahh..nikmat. sekali terjaga dah 6 jam tidur! tinggal lagi 2 jam aje lagi nak sampai Qatar. dah lah bangun tidur terus dapat food. tak ke syok macam tu?

sampai kat Doha sejam awal dari estimated time, makanya mata yang masih mengantuk ni dipaksa jugak menjamah pemandangan Doha International Airport yang tampak sesak. sampai-sampai, terus online, skype dengan bapak jap, then gi makan breakfast french fries and vegie samosa yang airport dah sediakan PERCUMA (perlu ke caps lock kan perkataan tu?) Alhamdulillah, dah bertambah elok sikit keadaan badan yang agak lemah.

Kalau nak ikutkan, nak aje dilambatkan lagi tarikh penerbangan balik ni, sebab asek pening, muntah, and macam-macam lagi. nasib baik barang dah packing awal. taklah menyusahkan mak bapak sangat. beberapa jam before flight dari Sarawak nasib baik berkesempatan ke klinik, mintak ubat-ubat yang berkenaan. Tapi mengenangkan impossible sangatlah nak tukar tiket last-last minute, melainkan beli tiket baru, jalan je laaaaahhh..

so, here i am now, sitting in internet cubicle, with my lappy, waiting for next flight to Cairo at 1.50pm masa Doha, thanking Allah for giving me strength untuk terus bertahan agar masih dapat meneruskan sisa-sisa perjalanan pulang. Hopefully segala urusan dimudahkan.

oh ya, anda perasan tak, kenapa ayat-ayat yang digunakan dalam post kali ini er..pelik sikit?

hugs and kisses from Doha,
Auni Shbini