Sunday, March 28, 2010

Nak Tau Rahsia Bunga?











Actually, setiap bunge ada meaning die.
Since egypt is now having spring season, meh kite tengok bunga-bunga.
kalo rajin, gi carik :)
So, tanpa membuang masa dengan menulis intro panjang-panjang
JOM tengok the 10 Most Romantic Flowers
*haa yang nak bagi kat sesape, ley ar rujuk-rujuk ek :) *

1. IRIS

Primary Meanings: Faith, Hope, Wisdom, Courage, Admiration
Nota Kaki Saya : ni bunge ape ni? lagu Awie Iris penahla dengar.takpun iris kat mate..


2. SUNFLOWER

Primary Meanings: Adoration, Loyalty, Longevity
Nota Kaki Saya : Dulu kan, suka makan kuaci sambil tengok AF :)P


3. WILDFLOWER

Primary Meanings: Whimsical, spontaneous, and thoughtful
Nota Kaki Saya : Suka tengok bunga ni dipetik fresh2, pastu letak dalam basket.

4. LILAC

Primary Meanings: Youthful, Innocence
Nota Kaki Saya : Comelnya bunge ni!! Asal tak penah nampak?


5. CARNATION

Primary Meanings: Fascination, Distinction. Love
Nota Kaki Saya : Laa..name bunga ni carnation ke? Selalu just tanya " Ya Ammu, dih bikam?" dalam BM --> "Pakcik, ni bape ek harga die?"

6. ORCHIDS

Primary Meanings: Love, beauty, luxury, strength
Nota Kaki Saya : Mak suka bunga orkid :)

7. LILY

Primary Meanings: Friendship, Devotion
Nota Kaki Saya : Oh..ni ke ghupe si lily..hoho

8. TULIPS

Primary Meanings: Perfect love
Nota Kaki Saya : Oh sangat suka kalau ada beberapa tulip yang lain-lain kaler, and tie them with a big ribbon..cute! :)

9. DAISY

Primary Meanings: Innocence, Purity, Cheerfulness
Nota Kaki Saya : Oh, i have a pic with daisies! sangat ciut sungguh ok bunge-bunge tu sume! :)



10. ROSE

Primary Meanings: Love, Romance
Nota Kaki Saya : perempuan selalu dikaitkan ngan mawar. and dont forget, it's BERDURI! watchout! ^_^
*segenih je sekuntum kat kedai bunge area Blok C tu*

p/s : sangat tade keje nak post pasal bunge budak ni tau. HAHA
p/s/s : ampun azza. ampun feeza
p/s/s/s : what we need is TALK. just talk.
p/s/s/s/s : grrr..12 hari lagi nak midsem..
p/s/s/s/s/s : sumber : 10 Most Romantic Flowers For Girls <--click here


Saturday, March 27, 2010

Random Update Tentang Bintang Hati Saya






*ok,kenapa lately suke gune perkataan update? haha*

Bintang Hati Saya,
Bapak, Mak, Bang Yan, Alyaa, Ena, Eca, Eisham, Syahir, Ezhan, Arisya

1. Abang dah dapat lesen motosikal. Sementara tunggu nak masuk U bulan 6 nanti, die keje kat Singapore Chicken Rice starting esok. Sebab tu la die pun kene ade lesen motosikal. Bang, along ley dapat free tak if along balik nanti?? YEAY!

2. Ena dah balik ke Sabah after cuti midsem ni. So far, die happy je kat sana. And yeah she do loves her school. ngahaha. Oh wait... die dah clash ngan balak die. Si Ena yang dump. Alasan die? Die busy. Walaweyyy! :P

3. Alyaa PMR this year. Along harap you do your best. Your honeymoon year da habis. Ingat! Restu mak bapak yang paling penting. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan mak bapak.

4. Now, phone rumah dah kat dalam bilik tidur mak bapak. Sebabnye si Eisham tu sikit-sikit nak call bapak nak komplen itu ini. Si Syahir tanak mandi, call. Si Ezhan tanak kongsi mainan, call. Si Alyaa marah kat dia, call. mane tak bil telefon naik duhai panglimaku??
*gile la. zaman auni kecik2 dolu pun tau fon yang ley isi air tu je.gantung kat leher.huahua*

5. Arisya dah pandai jalan. DAH PANDAI JALAN OK?! ;( *i missed her first step too*

6. Eca, along rindu nak main 'hotel-hotel', 'restoran-restoran', 'fesyen-fesyen', with you... :'(

setakat itu sahaja laporan dari saya. Oh wait, 12 April ni midsem kitorang. Adeih2. Sem 4 ni gile ar susah. Pray for our success ok semua?

*sekadar gambar hiasan. ada kaitan dengan yang hidup :P*


p/s : penat da. tunggu pas 3 bulan plak ok? :)
p/s/s : nak hotchoc + krib lagiiii!!
p/s/s/s : icdl? attachment? tiket balik?
p/s/s/s/s : oh wait... <--thanks pian! HAHAHA :P
p/s/s/s/s/s : aina, cepat-cepatlah bek demam... :(


Friday, March 26, 2010

Thanks Tau Awak :)





Awak.
Thanks for the pillows
Thanks for the hug
Thanks for the soothing mantra ;P *shuhhhhh*
Thanks for the kribs syokolatah *kreb cokelat ler.hee~*
Thanks for the hotchoc
Thanks for the mainan interaksi
Thanks for the ice cream vanilla + nescafe
Thanks for the date biscuits
Thanks for kedai asir yang tutup pule tadi

Thanks ok?
Really appreciate these

^_^

p/s : never enough
p/s/s : esok kelas satu je? dahlah sejam.ceh. baik cuti je terus.huhu
p/s/s/s : if u think u prob is big enough, there's someone with bigger prob out there



Thursday, March 25, 2010

Dari Handphone Nokiaku, terimalah....Triple Ladies!

ni video masa kami practice for audition talent show ari tu. huahua. name pun saje nak enjoy, so, main hentam sajelah.heee~
terima laaaaa Atie, Azza dan Auni!

location memekak : umah atie, depan kuliah tibb
masa : petang-petang masa sume org nak tido.

mule-mule nak bagi nama Triple A tapi cam battery plak la an. so, bagi la tukar sikit nah amek! triple ladiesssssssss!







p/s : terus-terang
p/s/s : need u..
p/s/s/s : pisang goreng :)


Align Center

Sunday, March 21, 2010

Updated Yang Takdelah Updated Mana Pun





dah lama gila tak update blog. ye la, seminggu ni,balik umah je dah tengah-tengah malam. settle itu ini. alhamdulillah last event, annual dinner GMMSC dah settle last friday. Oh ye, gambar-gambar akan diupload kemudian sebab tade bawak camera pun ari tu. tumpang-tumpang kamera orang. hehe.tapi, nah amek lah satu if nak tengok at last nye, pakai baju ape setelah meronta memekik merangkak mencarik baju. yang lain, later okeyh bebeh? :)

here's me with nurul at the right. yeah, she's taller actually but sebab kesiankan I so die turunkan sikit kakinya itu.ngahaha~ adeih2.. So, as you can see, finally, i'm wearing just this simple white lace dress with black thigh, boots, jacket and selendang with black clutch. simple je ^_^

omongan rawak randomized bla bla bla untuk hari ini :

1. AHHHH! Bila duit mara nak masuk?? dah nak habis bulan 3 dah ni. duit nak bayar itu ini amatlah diperlukannnnnnn! MARAAAAAAAAAAAA!!!!

2. we, the women, are just like that. we hardly to say what we want to say. coz sometimes we want you, the guys, to say it first.

3.
I don't care if you call and wake me up in the middle of the night just to talk. I love you and that's what matters :) -fiza azwaniz

4. GOSH! dah nak masuk case 5 and i'm still not finish revising case 3 and 4 nye lects! argh-banyak gila tertunggak! *cam comel sebut tertunggak. heee tertunggak tertunggak tertunggak.. :)

5. hari ni sangat mengidam nak makan NASI GORENG IKAN MASIN PATTAYA PEDAS and pekena teh tarik satu sekali. perghhh..bila dapat rasa makan benda ni ek?

6. nak tengok alice in wonderland yang 3D tu, but duit tadak..ahhh! no money no talk bebeh!

7. tak suke tak suke tak suke tak suke tembammmmmm!!!!! :'(

8. bilik dah ubah koordinasi perabot2 sume (macamlah ko ade perabot berlambak gedabak)..suke2! :)

9. talent show. i adore you rubu' firah. seyes, next talent show kite masuk ye azza? kite buat Ya Amm, Firah Kaman! haha. Sape nak join band kami? :D

10. sape ade gambar2 ku yang terselit dalam kamera mereka, tagkan kat facebook ek? memohon simpati neh..huhu

p/s : appreciate them before you realised that someday u lose them..
p/s/s : sejuk gila gila! arghh!
p/s/s/s : memekak plak kucing bawah ni..nak mengawan senyap2 la..
p/s/s/s/s : orang lain dah ade yang nak book ticket dah. me?


Tuesday, March 16, 2010

Seyesli, Nak Pakai Ape ni?







SEYESLI! nak ada wardrobe yang penuh dengan baju cantik-cantik! whoaaaa~~ tayah susah-susah fikir nak pakai baju ape.

SEYESLI! nak ada duit banyak-banyak. Gi shopping spree, ape yang berkenan main ambik je. tinggal kuar duit je. tayah risau.

SEYESLI!

SEYESLI!

ni hari jumaat ni dah nak annual dinner, hari ini, yakni dah nak masuk rabu, masih lagi tade baju nak pakai!!!
OWH-tidakkkkkkkkkkkkkk!!!

jeles woh tengok dorang yang dah beli dresses cantik2, dah ade yang sewa baju kat butik pengantin..hum..Me? yeah..till now still tatau nak pakai ape. Memang ade je baju, tapi ade je yang tak kena. If pakai ni, kena ada ni. If pakai tu, kene beli tu bla bla bla. Yes, judge us people. We, the ladies, never had enough dresses. and shoes too. oh yeah, handbag jugak tau..hehe :)


p/s: doakan la dapat baju sesuwai for annual dinner ni
p/s/s : sakit-sakit badan + LEBAM! lebam kene cubit OK??!
p/s/s/s : esok dah rabu ke????????? WHAT??

Saturday, March 13, 2010

Shoulder to Lean On






p/s : ye, saye tau. entri post blog makin pendek. ni semua sebab makin banyak benda kena handle. insyaAllah, will try to find one sweet day. rindu nak main-main ngan keyboard laptop lame-lame. heeeee~
p/s/s : buang jauh-jauh
p/s/s/s : pbl oh pbl..adeih2..
p/s/s/s/s : kenyang.thanks mi hongkong! :)

Wednesday, March 10, 2010

Abang, Good Luck Tau ! :)

Bang Yan dearest,

All the best for result SPM ni. Along sentiasa doakan abang, walaupun jauh.
Abang jangan risau, apa-apa pun yang abang dapat esok, along masih, tetap dan sentiasa bersama abang. Ok? You know along always be there for you, in every single tear and smile.
I know Allah always has the best plan for you. You know why? Coz you are my superb lil bro!
Heee~ -and yeah, coz I'm your awesome sister! hahaha ^_^
So, just have faith, bang. Dont you worry. I always pray for you every sec.
My dear abang, my friend, my gaduh-gaduh mate

BEST WISHES.


Tuesday, March 9, 2010

How to Find 'Chemistry' Through Eyes


p/s : Dr Adel Bondok tu professor neuroanatomy kitorang.die yang cakap macam ni masa lecture tadi. so,kire cam from medical opinion la kan.Betul tau. Die terangkan tadi kenapa and macam mane.. huhu. cube korang buat. berjaya nanti, bitau!
p/s/s : cakap pasal mata, teringat gamba Sharba ni which is the most famous cover of National Geographic Mag.
p/s/s/s : nanti nak try la. kene banyak main mate la pasni :P
p/s/s/s/s : honesty. that's it.
p/s/s/s/s/s : now, u can ask me anything here! <--click laa.


8 Mac Itu Birthday Sabby


p/s :lambat sikit upload gambar :)
p/s/s : semalam makan kat Ocean (kedai makan baru), pastu makan lagi kat Fondy. Aiyark!
p/s/s/s : may all your wishes come true ye sabby! and cepat2lah kahwen! huahua :P
p/s/s/s/s : you


Sunday, March 7, 2010

If Only


p/s : just watched this movie. sape penah tengok cite ni, tau lah betapa sweettttt gileeeeeeeeee cite ni! seyes suke! :) SANGAT ok?
p/s/s : if only i had one day left on earth, i would spend it with you -samantha
p/s/s/s : i trust u. and trust me too :)

Friday, March 5, 2010

Please Sponsor My Dress. Thank You.



This is the first annual dinner of GMMSC which will be held on 19th March 2010. Sekarang ni, cerita yang nak dibincangkan bukan pasal nak pergi ke tanak sebab as an exco of GMMSC, of course la kene pegi.

masalah seantero dunia sekarang ni is tade baju nak pakai! tade yang sesuai. adeih-adeih. hum. tengoklah baju apa yang ada. asalkan pakai baju ye dok?


and the latest news, from LE 150, now the fee reduced to only LE 88!!!!
cepat wey cepat!! 200 seats jeee!!!


menyokong kenyataan nenek azza di blog nya kenapa kena pergi, hal ini kerana (dan ingin juga saya tokok tambah);

1. makanan grandddd dooowwwwhhhh!!! kat hotel lima bintang bintang bintang bintang bintang!
2. makanan sedap.takkan tanak?? (makan itu...makan ini....makan-makan..makan angin juge)
3. ade performance oleh artis misteriii...*mata dibesarkan menunjukkan kemisteriann*
4. lucky draw..ne tau anda bertuah? haaaa..
5. mystery gift to all yeahh..bagi yang unlucky tu, korang takkan balik ngan tangan kosong punyelaaahhh.
6. mingle with others..takkan nak terperuk kat rumah je tak jumpa masyarakat?
7. penyampaian for tokoh-tokoh akademik *konpem bukan saye*
7. king and queen of the night..*ni konpem bukan gak*. baju cantik-cantik pun tarak. YES! I need a sponsor! rizalman ke, jimmy choo ke...=) *banyak cantik muka kau!*

so sesape yang sudi nak sponsor baju, kasih sayang anda amatlah saya hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan million trillion terima kasih yang tak terhingga dari hujung rambut ke hujung kaki.*mate begenang.*

p/s : pakcik gas tanak antar gas kat umah dah! menci! huaaaaa :'(
p/s/s : 'ter'malas nak gi 2nd part conference. end up tidur sampai tengahari.huahua. SC Mega pun tak terpergi.
p/s/s/s : ke pasar membeli barangan dapur (rase cam dah besar plak...)
p/s/s/s/s : dah pandai da ek? hehehee


Thursday, March 4, 2010

only HE knows








i never know. no one knows. because only HE knows. what i know for the time being, yes, it is. And insyaAllah, it is. and if one day, i lose it, at least i know. it made me happy once :)


p/s : 13th egypt-france medicine conference 1st day tadi. esok sambung last. belum habis part 1 tadi, da cabut lari ngan kak didi.wakakaka~
p/s/s : akhirnyaaaa! yeahh cookies menjadi! *bangga diri sejenak. ye ar. 3 hari berturut-turut try. baru dapat petang tadi.ngeh3*


Wednesday, March 3, 2010

Karutan Marutan









dewfh3232$#%C%$#@vyc4y^&Q$#@$X!#@#@!#r35V%&dscrf!!




p/s : dah lama tak call. masa asyik tak mengizinkan. nanti will find time to call.
p/s/s: jangan terseliuh lagi ok? :)
p/s/s : GAS HABIS! Ceshhhhhh!
p/s/s/s : escape from reality.

Monday, March 1, 2010

Cuba Korang Ingat Balik




Masa kecik, sume nampak senang. Ko nak main? Gi main. Macam dunia ni playground semata. Nothing to be worried about. I wish i never grew up. (especially my size also..haishh-tembam!). But then, life must go on. Tadenye ko umur 7 tahun sampai bila-bila. But, seriously, masa tu tak sabar nak jadi besar. Tengok akak-akak pakai cantik-cantik, nak jugak ikut. Apa lagi, makeup mak lah jadi sasaran. ngeee~

Ade certain benda yang memang I DO MISS SO MUCH masa kecik-kecik dulu. Cube check. Korang experience tak bende alah ni? Ni especially to those yang lahir 1990 and below la.


Keluar-keluar rumah nak gi kelas pagi tadi tanya Wani.
"Wani, ingat tak mainan yang pancing-pancing ikan yang mulut die bukak tutup bukak tutup..ala..yang pancing guna magnet tu..."

Yes. I had one masa kecik-kecik dulu. Sangat bahagia tersenyum ceria kalau tengok adik dapat tangkap sikit je. Rasakan kau! Sapa suruh amek jeli along dalam peti sejuk! <--pembalasan dendam. And kalau adik tangkap ikan lagi banyak, cakap kat adik, "Eh,mak panggil lah. Gi tengok jap." Then misi dijalankan. Tangan laju je amek ikan yang die da tangkap, letak balik dalam 'kolam' tu. *kening sebelah kanan diangkat.tersenyum senget* kuang-kuang-kuang.


yang sticker ni pulak, boleh exchange-exchange ngan geng-geng sume, tapi ADA SYARATNYA. if cantik berkilauan cam sticker atas ni, yg exchange tu kene ar sama taraf ataupun lagi tinggi. taley sticker biase-biase je. siap ade buku sticker kottttt. pastu berlagak hoi kamu semua, aku ada 4 buku sticker penuh!

petang-petang, habis kelas ugama (teringat cikgu KAFA sebut ugama), terus letak beg, penuhkan poket ngan stok-stok guli. Ape lagi. baling guli la. sapa paling banyak guli dialah juara. sangat poyo tapi itu kenyataannya. balik-balik, guli dari penuh dua-dua belah poket, terus kempis je. Adik menang. Malam tu, curik balik. gagagagagaga~

kelas Pendidikan Seni plak, beli 3,4 helai kertas warna, potong lurus-lurus, anyam jadi tikar. If tak cantik, buat lagi. Kat rumah bersepah satu dapur sebab berdedikasilah sangat kan buat homework anyam tikar ni ngan mak sambil mak goreng ikan kat dapur.dah siap,suruh mak sign. ye la. Mak sendiri pulak cikgu PS. hehehehe. tak cukup cantik, buat muke comel. PAK, tolong anyam pak. heeee~

compete sesama sendiri. Satu pemadam 10 or 20 sen. sanggup tu beli banyak-banyak sebab nak kumpul pemadam sampai complete satu dunia. Macam nak kalahkan atlas dunia pulak. Bukan guna pun. lagi-lagi pemadam comel-comel cam buah tembikai la, takpun hello kitty ke..sayangwohhh~ habis darjah 6 pun ade lagi berlambak lam kotak.hehe

sape ade pencil box besi ditambah lagi siap ada tingkat-tingkat tu dianggap WALABOM gile la. Seyes. Mana taknya, orang lain bukak zip. kita macam rak tuuuuu. mase darjah 4, ade sorang budak Auni exchange soh die gune pencil box kain berzip tu, then auni gune die punye yang besi ni. last-last jadi harta milik sendiri plak. Tak tau la mana budak tu dah. Kalau tak salah name die Sikin. Halalkan ek? huuuu~ :S

pembaris ada air kat dalam tuuuu. ha, siap ada benda berkilat-kilat lagi. Ceh! kalau patah, mengalir air mata darah woh. Kan pembaris ni siap ada cam bergerigi tepi-tepi dia kan? Auni selalu buat jadi pisau untuk main tanah liat. Kreatif kan? haha

bapak belikan benda ni 1997. Sangat teruja berhati gumbira tengok penguin-penguin ni kuar masuk. Masa tu yang ada auni and adik laki auni, eyan. So, the red one is mine, and the blue one is him. Then, kitorang cakap, "eh,along dah masuk dah lam rumah. abang ni lambat sangatlaaa". See, betapa tinggi keinginan kitorang nak jadi penguin!

these name card. haha! siap ade gambar westlife, backstreet boys, hero heroin winter sonata tu la, macam-macam agi. ade pakej tu 100 keping RM30 kalo tak salah. Pastu nak dapat name card ni bukan sebarang. orang yang nak mintak ni kene exchange. siap ade ape tu wish die lagi, 'call me when you free", "Njoy ur life 2 da max!" (ejaan memang macam ni ek), " nice to know u " and etc. Auni nak buat tapi sebab ramai sangat so waiting list panjang gila. *sampai sekarang tak dapat.seb bek tak bayar lagi.err...ke kene bayar baru dapat? heh~

popular tau benda ni.siapa lagi kalo bukan en fido dido 7up! Mak siap belikan satu bantal lagi yang katun fido ni. bantal ni secara tak rasminya jadi bantal auni sampai umur berapa entah. pastu dah heheheheee koyak. bukan koyak yang boleh dijahit tu. ni koyak yang HEBAT punya koyak.Entah cemane entah serius sangat penyakit die tu.

ni wajib ada untuk setiap dak perempuan. Auni siap ada satu kotak khas yang ada koleksi baju-baju patung ni. ada koleksi baju tidur, koleksi baju sekolah. malam-malam after makan, bukak kotak, main sorang-sorang (ye la..mase tu ada si eyan tu je. die mane nak layan mende ni). then, mintak A4 kosong bapak, amek pencil colour, design baju for patung ni. Ade patung name Sally, ade patung nama ape ntah lagi.tak ingat. Ayat paling selalu auni gune time main-main ni, "Jom Sally. Kite nak pergi dinner. Nak pakai baju ape ye? Kite pakai baju seksi-seksi sikit cam Rosalinda" Adeih-adeih. Hancurrrrr~~~
*rosalinda -telenovela popular kat tv3 time sekolah rendah la.

lawan sapa tiup lagi besar. Pastu dah pecah, picit-picit, "TOK!" ketuk kat dahi. 10sen je. siap ade gula-gula sebijik lam tu.
biskut ni le jumpa kat pasar malam je sekarang. Rindu gila! Dulu if nak pergi piknik ke or ape ke, bapak mesti belikan biskut ni. pastu asing-asing kaler. kena bahagi sama rata tu. Ko amek 5 pink, aku 5 pink. Ko 6 hijau, aku pun 6...dan seterusnya sehinggalah tak larat nak makan sebab benda icing die tu manis kot! Pastu menangis tanak jumpa doktor gigi.erk!
mana nak jumpa dah benda ni! chewing gum ni classic kot. 10 sen dapat 2 kotak. ade perisa anggur, strawberry, pisang, dll. gi kelas KAFA, bekal ni lam poket. time cikgu ngajar, sorok-sorok bukak mulut.yum-yum. If ade instinct cam cikgu perasan makan, sorok bawah lidah or kat lelangit..."Eh, mana de saya makan ustaz" sambil buat muke inesen.
gaduh ngan adik sebab nak main. ye ar. masa tu, yang kitorang ade 9999 game in 1. sepanjang hayat main takkan habis kot. haha. main susun-susun tu, pastu race kete, pastu ade tembak-tembak.
cikgu tak datang? Cikgu tak masuk kelas? ape lagi.. jeng jeng jeng. kertas dilipat. dan benda ni pun terhasil!! kan ade 4 penjuru ni kan. so tiap tu ade kategori die cam "ko akan dapat laki hensem", "nanti korang honeymoon kat london", "ko lah paling cantik lam kelas". then we have to chant something pe bende ntah. so, this one cam your luck la. best kan? HAHA

bende ni ley dapat lam keropok ali baba. actually i wish i can get sort of rantai ke, cincin ke, belon ke lam keropok ali baba tu. but if dapat benda army ni, terpaksalah berputih mata bagi kat si eyan tu. tak tau la die buat ape ngan benda tu. name pun keropok ali baba. apa-apa dia bagi, amek sahajalahhhhh.*padahal keropok/coklat dalam tu tak makan pun!

sapa ingat iklan bunyik camni.. "TORA DATANG LAGI DENGAN .... " haaaaa. benda ni pergh-RM1.50 or RM 2.00 camtu kot. so pujuk parents tu memang kene banyak baca bismillah and kena gaya ar if nak beli benda ni. Berapa kali je entah dapat beli TORA ngan DING DANG ni. kira terer gak la kan pujuk-memujuk ni? heeee~


Digimon -memang sangap gile.
Pokemon, got cotcha all, its true...bla.blaa... and Team Rocket? Prepare for trouble, and make it double..ade satu pokemon ni yang pandai nyanyi sampai orang tidur. pastu kalo orang tidur, die conteng muka guna marker. pe ek name die?? HAA! Jigglypuff!
Sailormoon - dengan kuasa bulan, akan menghukummu!!! pastu putera mawar datang tolong.
Dragon Ball - selalu main-main ngan adik jadi Super Saiya. Arghhhhh!! Ame--ame--Han!! Bushhhhh! *gaya tolak bebola api dari sisi kanan*
Power Rangers - CHOP! Nak jadi kaler pink!! HAHA. yeahh.
Doraemon yang sampai sekarang ade tak pandai tua-tua, lagi, transformers la..




So, cuba korang ingat balik. Did these things bring your childhood memories back?


p/s: february no more. March -what awaits me?
p/s/s : kalau la u tau...
p/s/s/s : nak apam balik! <--makan je keje!!