Friday, November 20, 2009

Apa Nak Buat Masa Cuti Sekolah? (Khas Untuk Mereka yang Berumur 7 - 17 Tahun)

*gambar dipetik dari pokok utusanonline*

Hari ni, konpem semua budak-budak sekolah senyum sampai telinga. Happy tidak terkata. Cikgu-cikgu sekolah pun sama. Mana tak nya, hari ini sudah start CUTI SEKOLAH!!! yeay2!! haha. teringat time pakai baju kurung merah putih kotak kain biru gelap. TABIKA KEMAS. hehe. pastu, naik sikit dah level die. pakai baju kurung putih kain biru gelap rambut tocang dua. *skemanya aku macam anak cina kebun sesat* . Bila jadi prefect, pakai kain kaler merun. Rasa lagi besar dari orang lain sebab boleh pukul orang guna pembaris kalau bising and cubit bahu bila line assembly tak lurus. kekeke~

After that, tak main la kain biru gelap. Kain light blue terus! naik Form 3, then pakai kain hijau prefect. bahaha. *caye tak? i prefect dowh masa sekolah. tak faham.ngesh2* Tudung pun cantik je. Tak main dah ikat rambut ekor kuda.

4 huruf yang sentiasa ditunggu masa assembly adalah...jeng jeng JENG! mestilah C.U.T.I! Semua orang tak kira senior, junior, cikgu-cikgu, makcik dining hall, pakcik ba
s, guard sekolah, dan makcik cleaner , korang boleh nampak dah aura kebahagiaan terpancar dari muka. ngehehe. Including me. *durh..of course!* Kalau dengar pengumuman, "Pelajar-pelajar, minggu depan kita akan start cuti sekolah selama 2 bulan", muke I bajet relax je. after assembly, I la orang pertama yang menjerit dalam kelas, "Yahooooooo! Cutiiiiiii!!!".

Pastu otak kat kelas mula dah melayang. Cikgu a
jar kat whiteborad depan pun dah tak layan dah. biarkan sahaja. haha. Main topic kat depan mata sekarang adalah..... APA NAK BUAT MASA CUTI YE?

Kertas sudah dikoyak from buku Biology 2 bawah meja, pensil ketik sudah ditekan. List barang-barang nak bawak balik mula ditulis. bahaha. Antaranya;

1. Roti gardenia 50 sen = sekotak (feberet adik-adik saye ^_^)
2. Beli shirt baru (nak balik kenelah angkat beg penuh gaya)
3. Coklat-coklat seperti Snickers (perhatian! i love snickers! seb bek egypt ada..huhu) dan juga Skittles masam untuk makan dalam flight balik Sarawak (as I use AirAsia, no FOOD is served, kene beli di mana air tin sahaja berharga RM5!!)
4. Pen gel kaler-kaler (hadiah birthday adik-adik satu sorang)

Pastu, haa...part ni la baru best! Sampai-sampai sahaja kat rumah, first question yang ditanya adalah...

"Pak, cuti ni nak gi mana?"

hah! tak yah nak gelak. korang pun 2x5=8... eh salah 10. Pastu start la drama sebabak bapak.

"Kamu nak gi mana?"
"La..mana-mana je la"
"Duk rumah je laa. buat pe nak gi jalan-jalan"
"Pak, kan dah cuti!"
"haha. adalah.."
"beritahu je la!"
"Jom esok breakfast kat London, pastu lunch kat Paris, then dinner balik Malaysia" "BANYAKLAAHHH!"
"haha.ok2. kita akan ........................"

ni la die ayat yang dinanti-nanti seisi rumah.hehe *sengih macam kerang tepi laut*

Tapi zaman tu dah berlalu. Sekarang, masa cuti mereka adalah time diri ini punya kuliah. Masa diri ini cuti adalah masa dorang sekolah. Tapi tape, on je if jalan-jalan time weekend kan? kan? kannn?

So, adik-adik yang tengah seronok kat luar tu, ape kate usha some ways to spend your holiday penuh kualiti dijamin baek punyaaaa? JOM! *Kak Auni mau ikut boleh? please-please*

1. Stay kat hotel tepi pantai

Main tepi pantai adalah sesuatu yang sangat best terutama masa sunset. Amekla pakej 3 days 2 nights. carik hotel yang ada sediakan hiking, biking, kayak., etc. Contohnya, I used to stay kat Sematan Palm Beach Resort <--klik untuk ke link. BEST! makanan pun best. sampai je kat sana I terus jadi kanak-kanak ribena bermain sand castle. ahahak~ Malam bbq esok biking and kayak. Kalau adik-adik nak kayak sampai ke Mesir pun boleh, nanti Kak Auni amek adik kat Sungai Nil depan umah ni. Bawakkan Kak Auni kicap sebotol from Malaysia. Mekasey.

2. Road Trip

Tak perlu ke Chicago semata-mata nak buat road trip macam Oprah Winfrey. Apa yang adik perlu hanya lebuhraya yang aman damai. huhu~ Ajak lah beberapa kawan adik seperti Limah, Abu, Joe, dan Munah bersama-sama. Pastikan ada orang dewasa ya? Lesen kereta sorong adik tak boleh pakai tau? 2005, I joined my uncle road trip, travel from Kuching to Miri (with my family sekali la..). Then, kami round2 Bintulu, Sri Aman, Sibu and banyak lagi. Paling tak boleh lupa bila trip ke tempat di mana cinta emak dan bapak berputik..cewaaahhhh!!! ^_^ shewit gituu~

3. Bukak Bisnes


Adik ada kepandaian mengatur motosikal/kete? Adik ada ketereran menjahit? Adik ada kebijaksanaan baking cakes? (sangat menjelesi mereka yang pandai buat kek..my cake always turn out to be penyek) Ape lagi yang adik tunggu? Pegila keja kat bengkel. adik jual je pisang goreng, konpem laku. Cakes? Sentiasa ada yang nak tempah. Yang pandai menjahit, jahit baju. ha, raya haji nak dekat ni. Yang hensem tu, duduk je terpacak kat kedai pakcik awak tu, nanti akan ada gadis2 yang sentiasa SAJE nak beli something (berdasarkan kisah benar seorang kawan bernama *tut*) nanti mesti pakcik bagi komisen. See? RM400/sebulan konpem dah ada dalam poket. Yang masih sekolah rendah, tolong-tolong lah makcik jual kuih ke, pasti dapat habuan jugak ^_^

4. Jalan-jalan Cari Makan

Pesanan : SILA GUNA DUIT ADIK SENDIRI. Jangan nak mintak2 duit mak bapak ek? Ha, sekarang la masa nak gune duit simpanan adik. (oh auni, kamu la pembawa bad influence). huhu. Jangan bebankan mak ayah,tau? OK. Bosan dengan kedai mamak kat depan rumah? Bosan dengan nasi goreng cincai yang kamu masak everyday? Sekarang la masanya adik usha kat kedai-kedai makan tempat lain. For example, If adik tinggal kat Seksyen 8, pegi la try kat Seksyen 18 pulak. Pastu adik pulak try masak kat rumah. Kalau malas jalan-jalan, internet dan majalah WANITA yang ibu anda beli sarat dengan pelbagai masakan. Pastu, try la masak untuk family. Seyesli, mereka pasti terharu. FULAMAK! oh, pastikan anda tidak confuse yang mana satu garam, yang mana satu gula *ingatan untuk aina*

5. Try Something New

ATTENTION!! ini not including benda-benda yang jahat@buruk ye. Mari kita lihat contohnya.


- rock climbing?
- buat lanskap taman depan rumah
- sky diving
- masak telur dalam tanah (tak pernah pass!)
- masak megi gune api lilin (yang ni..pass! ^_^)
- hiking dengan abang ngah
- buat rumah barbie gune kotak peti sejuk
- buat pondok tepi rumah
- kalahkan jiran dalam galah panjang

6. Outdoor Activities
1999, I joined my dad pegi camping JAMBOREE ASEAN kat kaki gunung Santubong. (baik, sebenarnya budak-budak tak boleh ikut sebab ni untuk budak sek menengah. tapi I nangis-nangis sampai bapak bagi ikut. kuang3) pergh! mantap. dah nama dia ASEAN, so ade vietnam, thailand dan bermacam bagai lagi. huhu. Seronok! Masak-masak guna unggun, buat rakit, night walk. sangat best walaupun sekadar melihat. Meh la adik! Pack baju, rent a tent, camping dalam hutan! =) Syok tau...^_^

7. Movie Marathon dan sewaktu dengannya

Ni la benda yang paling best. ajak some friends for overnight, atau ajak je adik beradik anda, beli keropok then tengok DVD same-same! Kak Auni paling suka cerita Supernatural (sebab ada Dean ^.^) Takpun, if takde, Kak Auni bukak siri Upin Ipin..betul3! hihihi. Penah tengok Full House? Kak Auni sampai tidur kul 4 pagi sebab nak habiskan certain episode. haha. Kobar tak? Pastu, time nak tukar CD, stop jap, buat hot choc. bestnya minum Hot Choc tengah-tengah malam yang dingin lagi sejuk. My fav, tambah beberapa ketul marshemellow =)

8. Gi tolong EMAK!

Haa..sekarang la masa untuk berbuat bakti. Tak kisah la lelaki ke perempuan ke, tolong la emak walaupun sedikit seperti menjemur kain, masak nasi, jaga adik, leraikan pergaduhan adik-adik (kan macho tu?)
Tanam bawang, bersihkan longkang, mandikan kucing, kemas rumah. nak lagi? ha..anda boleh rujuk kepada mama anda untuk keterangan lanjut.

9. Sertai Kem-Kem

Motivasi ke, Summer Camp ke, Ukhwah Camp ke, join je! Adik boleh tambah kawan baru. Adik boleh dapat ilmu baru. Kan? dan yang paling penting, to boost your self-confidence. Sebab ni la yang penting di masa hadapan adik nanti. Dulu Kak Auni selalu main join je mana-mana camp (mostly ada je universiti or maktab2 buat camp free..hehe). Sampai sekarang, ada lagi kawan-kawan yang masih Kak Auni contact. Sume dah besar2. haha. Dan ilmu yang Kak Auni dapat, jadi panduan untuk hidup Kak Auni sekarang. Tak caye? Cubalah!

10. Register for Tuisyen

Masuk tuisyen untuk persiapan naik kelas nanti. contohnya, yang Form 2, amek kelas PMR. Yang darjah 4, ambik kelas Darjah 5. Adik-adik akan lebih bersedia! ....dan bapak Kak Auni ada promosi tuisyen hebat untuk cuti ini untuk anda semua di pusat tuisyen kami, PUSAT TUISYEN SISWA!! sila daftar! haha~ banyak tau kelebihan adik2 dapat. Contohnya, adik lebih prepare untuk silibus baru. Nanti kalau cikgu tanye, adik boleh la mengangkat tangan penuh rasa bangga dan berdiri dengan keyakinan yang hebat, dan menjawab soalan itu dengan penuh style. Hebat kan?

........and banyak lagi benda yang adik boleh buat! Jangan sia-siakan masa ni. Nanti adik takkan rasa dah bila adik dah masuk universiti nanti. banyak keje. Apalagi dah bekerja nanti? kan? kan?

Hey Adik!
Apa lagi duduk atas kerusi tu?
Dah-dah. tutup komputer.
Segera bertindak!
Kate generasi baru..kena lah mantap!
Fizikal, mental, rohani.
ok?
bagus
Azam baru?
belum terlambat lagi
haha
SELAMAT BERCUTI PANJANG!!!!!!!

^_^

6 comments:

Shafiqa Mohd said...

nk cuti jugakkk.
kte pn nk cuti jgk nnt.
yeay2x..
TAPI..
lepas cuti tu trus exam. :P

aunishbini said...

tu la masalahnya..haha
tape2, nnt after exam sem 3, kte cuti puas2 2 minggu stret.haha
yeay2!

Mr. Anonymous. said...

time aku dlu - built desktop sejibik, main games sampai muntah. hahaha. mmg sweet memory! :D

aunishbini said...

haha. pergh. mmg dari kechik2 suda avid gamer nampaknya. dulu buat kete, main smpai tertido lam tu. lagi hebat dr desktop. haha ^_^

Mr. Anonymous. said...

ahahaa! yela2 kalah2 :D

Kenari Putih said...

ok juga kan idea2 program yg kita boleh buat utk cuti sekolah ni.hihi.