Tuesday, December 8, 2009

Utusan Pada Angin





Tunggu sebentar.
Jangan pergi dulu.

Angin,
Sampaikan ini pada dia
Andai masih ada ragu yang bertandang dalam jiwa
Andai masih punya tanda tanya
Andai masih wujud persoalan di minda
Usah risau.
Ia tetap milik kamu
dan masih kamu
sampai tika ini


Angin,
Ucapkan ini pada dia
Betapa dunia jadi semakin cerah paginya
Betapa malam jadi semakin indah bulannya
Kala dia sudah punya ruang dalam ceritera ini
Senyum tangis tiada sendiri lagi
Dan sentiasa ditunggu
Biar dalam kesamaran waktu
Biar masih pudar hala tuju.

Angin,
Tanyakan ini pada dia
Masihkah ada aku?
dan
Benarkah hanya aku?

Terima Kasih, Angin
Jangan lupa, ya?




4 comments:

Muhd Arif Ihtifazuddin bin Asmin said...

jiwang ahh akk TABIKA neyhh ;)

aunishbini said...

haha. arep jeles sebab taDika dye tak ajar. bahahaha!

p/s: sabar ye arep..ish2..ku bersimpati. ;p

XeN said...

angin winter ker?? ;)

aunishbini said...

tak ar. angin monsun timur laut
takmen la angin winter. haha!
=)