To My Nek Tom;
Assalammualaikum wbt. I think this is my first time to write you a letter. Before this I always pass my regards to you. Nenek dapat tak? I guess you got them all ^_^. So, how are you there? Everything is fine? I know you are good and happy. Haha. Ye la. Kan Nenek ceria orangnye? Heeee~
Azie kat sini ok je,nek. Nenek kat sane macam mane? Biasalah nek. Dunia sekarang ni penuh dengan peperangan, pergaduhan. Macam-macam berita masuk TV. Akhir zaman, nek. Tapi walau apapun, masih ada manisnya.^_^ Sebab tu orang cakap, enjoy your life, kan nek? HEHE.
Masuk tahun ni, dah 2 tahun dah Azie kat Mesir. InsyaAllah ade lagi 4 tahun yang perlu Azie habiskan before Azie jadi doktor. Nenek doakan la ek? Oh ye. Takut nenek terlupa. Sekarang Azie dah 19 tahun. HEHE. Cepat kan masa berlalu? Azie yang nenek kenal dari kecik yang selalu mintak nenek dukung and buatkan susu dah besar dah. Even boleh jadi isteri orang dah. HAHA. Tengah cari calon la ni nek. HAHA, gatal plak tetibe. Nenek jangan layan repekan ni semua. ;p
Mak Bapak sihat. Rasanya masa raya Haji hari tu, kalau tak salah ada kan mereka lawat nenek? Rindu nenek sangat. Masa raya Aidilfitri lepas kami semua lawat nenek jugak kan? InsyaAllah nanti Azie balik, Azie pergi jumpa nenek ek? Tadi Azie call mak. Mak baru je habis exam final dia. InsyaAllah awal tahun depan die dapat result and konvo. Nenek tolong doakan ye? Bapak pulak tadi Azie call die masih lagi program kat UKM. Jumaat ni die balik. Hari ape ntah Azie skype, die tunjuk banyak barang yang dia belikan untuk adik-adik semua. Tapi dia tak belikan untuk Azie pun! Heeeee. Tape, walaupun die tak belikan, Azie tetap tau, di hati die, die sentiasa sayang Azie. HAHA. Kan Pak? Kan? :)
Nek, ingat tak masa Azie 5 tahun? Yang Azie masuk pertandingan ratu cantik merepek sekolah tadika tu? HAHA. Ade kan nenek buatkan baju kimono yang nenek jahit tangan tu. Tiba-tiba tadi Azie teringat mana ye baju tu? HAHA.Teringat gak yang nenek and bapak letakkan bantal kat belakang untuk jadi belt die. Azie ingat lagi muka Azie yang dimekap ala-ala jepun. Haish~ Mane entah baju tu. Nanti Azie suruh mak carikkan.
Nenek, nanti-nanti nenek datanglah Mesir ye. Bumi Anbiya ni ibarat berlian dalam debu. HEHE. Berlian tu perumpamaan. Debu itu kenyataan. HAHA. Betul nek. Tak tipu. Kat mana-mana je berdebu. Haish. Rasa macam nak pakai je tudung saji tu. Tutup muka. HAHA. Tapi kalau nenek nak tau, hidup kat Mesir ni manis. Kat sinilah Azie belajar makna hidup. Kat sinilah insyaAllah kenal permata dikalangan kaca. Kat sinilah Azie tau erti kawan. Kat sinilah Azie mengenal kesabaran yang sangat tinggi. Oh ye, cakap pasal sabar, tadi kan nek, Azie pegi pasar. Beli ikan. Kat Souk Dirasat tu. Mengidam sangat sebab dah lama tak makan ikan fresh.HEHE. Kalau pegi pasar tak sah kot nek kalau Azie tak kene pijak kaki, tak kene tolak. Memang banyak bersabar.Hadeih. Dan tak dilupakan Azie belajar menjadi matang dalam setiap perkara. HEHE. Azie memang matang dari dulu nek. Matured bak kata orang putih. Cuma bertambah matang la sejak datang sini. HIHI
Nek, petang tadi tetiba mengidam makan kuih ape tu..penyaram. Tak sure la kalau orang lain tau ke tak. ala yang kuih colour coklat bulat leper yang digoreng tu. Kalau tak tahu, nenek suruh diorang kelik sini. Haa. Masa Ramadhan lepas asyik teringattttt je kuih nenek tu. Azie ingat masa tahun bila entah yang nenek buatkan satu-satu untuk kami semua kat dapur rumah nenek kat Kampung Pusa tu. Fresh + Sedap!! Tip Top 5 bintang A+ Azie bagi rating. HAHA. Dahlah teatime kan waktu tu. Semua kerumun nenek sebab berebut kuih. HAHA. Azie dok depan sekali. Ngeee~ Sebenarnye Azie ade amik lebih time tu. HAHA. Nenek tak marah kan??? Tu la nenek. Sape suruh buat sedap sangat. HEEE~
Adik-adik Azie sihat semuanya. Cuma Syahir tu je makin hyperactive. Ade ke petang tadi die buang beras kat dapur? Ade ke patut? Tak patut kan. HUHU. Si Ezhan pulak dah pandai berjalan. Arisya makin bulat. Eisham tahun depan masuk pra sekolah. Yang lain-lain semua biasa je. Makin bertambah besar. HUHU
Nek, nek ada tak jumpa kucing Azie? Nama dia Manja ngan Nemo? Kalau ade, nenek tolong jagakan ek? Kirim salam jugak kat Nek Hai, Nek Man, dan semua keluarga yang ada kat sana. InsyaAllah Azie sentiasa doakan untuk nenek. Sejak nenek tinggalkan kami semua tu, Azie kadang-kadang selalu nampak mak nangis2. Masuk tahun ni, kirenye dah hampir 6 tahun nenek takde di samping kami. Tapi sekarang dah ok dah insyaAllah. Lagipun, kami semua pasti nenek selalu perhatikan kami from sane kan?heee~
Ok lah nek. Sampai sini je la untuk kali ni. Nanti Azie cerita lagi. Surah Yassin dan Al-Fatihah selalu Azie kirimkan. Mintak-mintak sampailah ye kat nenek? Terubat sikit rindu Azie kat nenek. HEHE. Azie ingat lagi masa Form 1 tu, Cikgu Azie kat TKC panggil Azie bila tahu2 je nenek dah pergi. Azie nangis nek, sebab Azie tak sempat jumpa nenek for last time. And Azie akan ingat ayat last nenek sampai bila-bila. "Azie, belajar elok-elok tempat orang". Azie ingat sentiasa nek. Azie janji akan pulang dengan kejayaan. Doakan Azie nek.
Nenek pulak, mesti bahagia kan kat sana? InsyaAllah. Orang macam nenek insyaAllah dalam kalangan diredhai-Nya. Amin.
Bye2 nek. Senyum Sokmo. Heee~
Oh ye. Sebelum terlupe. Selamat Menyambut Awal Muharram Jumaat ni ye nek? ^_^
Yang benar
AuniShbini
Cucumu Yang Terbest.
haha~
16122009
2244 GMT+2
No comments:
Post a Comment