Sunday, December 20, 2009

10 Songs in 1 Hour - Thanks Bang Yan =)

Bapak, emak dan adik-adik hari ini shopping barang-barang sekolah such as bags, buku, stoking, baju, bla bla. Al maklumlah sekolah nak bukak 2 minggu lagi. Zaman I for benda-benda tu dah berlalu. Macam dah lama, padahal baru 2 tahun kot tinggalkan zaman sekolah. Ceh.

Call bapak sekejap je sebab dorang tengah makan kat Singapore Chicken Rice. Ya, kedai itulah menjadi feberet family kami everytime kami keluar berjalan-jalan ke Kuching. HUHU. Sebabnya? Mudah sahaja. HEHE. Sebabnya, nasi ayam + air free = RM 4.90! Tak ke murah?? Dahlah nasi banyak, ayam banyak, sedap plak. Semua orang boleh bajet. HEHE

Then, after call and bapak hantar 2 gambar through MMS, call rumah pulak. Ada Bang Yan yang tengah menjaga Arisya. Ya perempuan-perempuan di luar sana. Adik lelaki saya ini memang calon suami paling sesuai. Dia boleh masak (nasi, megi, dan telur), dia boleh menjaga budak kecik (termasuk bancuh air), dia boleh diharapkan lah pendek kata. Sesiapa yang nak, sila isi borang dah jalani temuduga terbuka dengan Along dia dulu. Kepada Zan Zahidah Zainal, sila cepat ambik nombor sebelum habis. HAHA

Muka semua tengah syok menikmati makanan. Hee~ Along nak sikit!! dan baru perasan, semua pakai baju baru yang bapak beli from KL masa dia kat UKM 3 minggu hari tu. Huhu

Ok. Maybe bapak tak perasan gambar yang die hantar blur. Tapi yang penting sila fokuskan kepada Syahir yang berbaju merah. Kepala dia telah digondolkan kerana pandai-pandai berlagak jadi barber hari tu. Sila gelak kan dia. HAHA. *jahatnya Along..you look smart la! :). Cairrrrr Along. ngee~*


And hari ini melakar sejarah sebab call Bang Yan SAHAJA for 53 minutes and 56 seconds. Terima kasih kepada Low Rate Voip yang menyediakan perkhidmatan kredit EUR0.01/min. HUHU. Puas gila. And paling best, die mainkan gitar. Lagu-lagu tersebut ialah....

1. Kau Harus Ada -HUJAN
2. Hampir -HUJAN
3. Through My Window - Bunkface
4. Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda - Raihan dan HUJAN
5. Pagi Yang Gelap - HUJAN
6. Bila Aku Sudah Tiada - Hujan
7. Hiba - Hujan
8. Pergi - Aizat
9. Kotak Hati - HUJAN
10. dan beberapa lagu tak dapat dikenal pasti sebab bagi dia yang penting itulah lagu. :p

Ye, saya tahu. Memang banyak Hujan. Inilah kipas-susah-mati a.k.a die-hard-fan band indie HUJAN. Hoho. Jangan main-main. Semua dia hafal. And penutup 'conversation' kami, Eyan main gitar, and I nyanyi. Bahaha. Jangan gelak. Sedap woh. lalalala~ Okeyh. Tak la sedap macam korang-korang semua. Tapi yang penting masuk la kan. Kami mempersembahkan lagu Through My Window. (pakcik makcik bawah depan dan atas rumah, harap maaf. saya tak berniat merosakkan hari anda tadi ^_^)

Oh ye, sesiapa yang terer, tak terer sangat, tak tahu langsung, TAPI berminat nak masuk GMN Netball Tournament, sila kelik sini. Atau kontek sahaja cik adik manis kita Azza Farhah Junaidi 0119516215 atau Fatin Nadhirah Idrus -dentistry 1st year- 0119781628. Tidak dilupakan, HANYA UNTUK PEREMPUAN. Lelaki, shuh-shuh. Jangan berani. ngee~


p/s : kenyang dan happy sebab makan nasi ayam rumah Kak Da. Mereka buat open house tadi. Hee~ *makan nombor satu ye cik auni?*

4 comments:

yours truly. said...

saye orang first!
dpt no 1 tak lam list nih?
=P

aunishbini said...

Permohonan anda sedang diproses.
Sila tunggu surat rasmi kami untuk panggilan temuduga. Terima Kasih

;p

A.F.J said...

thanx bebeh 4 da iklan sampingan..
hihihihi~

cpt2!! auni wat team!!

aunishbini said...

Eh, ingat free2 kah buat iklan ni?
tade2.
cook door sebijik ;p