Tuesday, December 22, 2009

Panggil Aku Ini

2nd entry on the same day.
Yes, I know.
:)




Panggil aku layang-layang
cuba terbang melawan angin.

Panggil aku bayang-bayang
hidup pada sebatang lilin.

Panggil aku kunang-kunang,
mahu kerdipan di siang dingin.

Tapi
itu diri aku yang dulu
Yang ingin merentas tanpa apa yang jelas

Kini

Panggil aku layang-layang
punya tali kukuh di tangan

Panggil aku bayang-bayang
setia pada sinar di depan

Panggil aku kunang-kunang
terangi dalam sorotan bulan

Panggil aku begini
Kerana ini yang aku mahu
dan itu yang aku tuju
kerana
ini aku yang baru.
dan ku juga mahu kamu begitu.
10.28pm GMT+2
22122009

2 comments:

Hafeez Darraji said...

wah, smgt baru nih...
bagus2...
smoge trus menerus seterusnya...haha:)P

aunishbini said...

afiq, ni baru permulaan. nak jadi kuat gak cam nigella sativa.haha =)