Thursday, December 31, 2009

Hari Ni LAST DAY OF 2009???

"We in this world is just like playing netball. everyone got their own aim. How to defend,how to shot, how to run fast as a center, how to block the opponents, everything is planned in their own mind. But the most important thing is the team, the one around them who always give support them everytime they got the ball ; the chances. To do the best is the duty of the holder of the ball. But in order to succeed, everyone must played well too"
- pengaruh main netball semalam. haha-

Eh, hari ni last day if 2009????
Wah. Ok2.
FUHHHH!

Berakhirnya satu tugasan. Presentation oh presentation. Puas hati and tenang kini. Alhamdulillah.

Well done to Dina Hesham Sabry, Kushairi Zuradi, Fairouz, Bayan, and Atiq. All are semester 3 MMMP. Disebabkan visitors tu datang lambat, berlaku lah gak beberapa masalah teknikal. Tapi tape. Yang penting semangat kita berenam ada. Kan?

And to Atiq if la kan he read this blog, JANGAN LUPE ANDA HUTANG SAYA SATU MAGIC! ^_^. Oh, bukan magic handphone itu ye. HOHO.

Thanks to Kak Da, Naz, Safwan, Anip yang turut datang bagi sokongan moral tadi. Thanks kamu-kamu sebab sudi luangkan masa bagi untuk kami berenam tadi. Also to Ebaa' and some Semester 7 students yang sangat excited nak tanye pasal law of abortion, insyaAllah will inform you guys the details later. But, I hope I answered your question about types of consent tadi. (macam la orang arab ni paham apa aku tulis...). Photo masa present tadi tade. Kak Da sempat ambik video je. nanti-nantilah auni gi umah kak da amik video tu k? Thanks kak da sanggup datang semata-mata nak bagi laser pointer tu. heeee. sayang kak daaaaaa! :)

Hari ni dah start cuti sebulan for study leave. And today is the last day of 2009. Tomorrow will be a new day, a whole new year. So, malam ni I masih belum ada rancangan. Sapa ada cadangan I should buat apa malam ni for celebrate this new year? Selain tidur dan tengok movie, sebab tu la yang I buat last year masa new year. Sumpah bosan. HUHU.

Cadangan terbaik akan menerima hadiah misteri. YA, HADIAH MISTERI! haha. Deadline is on 11.30pm GMT +2 . 31/12/2009. Hehehe


p/s : penat ulang alik jalan ke U, sepatutnya kene ada driver ni. haha
p/s/s: thanks for the spirit :)


Wednesday, December 30, 2009

I'm Killing the Electric Man

" I'm killing the electric man"

Ok, chill chill
heeee~
eceli dia nak cakap,

"I'm calling the electric man"

HAHA.
ye, dia nak call si electric man tu, bukan nak bunuh!!
siapa dia??
dialah baba rumah kami, *tidak disebut nama*

kitaorang ngadu pasal air panas suma, mintak tolong betulkan and pasangkan
so, tibe2 ayat di atas keluar
beberapa minit kemudian baru lah faham apa dia nak cakap eceli.
tape2 baba
percubaan yang baik =)

tadi habis main netball kat istad gam'ah
badan terasa sangat SIHAT
haha
Ye, memang ni la first time bersukan kat mesir ni
ni pun pasal netball, kalau tak, tatau la bile.
otak free, oxygen pun banyak dapat
so, lepas ni apa lagi
SELAMAT MEMASUKI DUNIA KESUKANAN
yeahhhhh
majulah sukan untuk negaraaaa!!!
*tak pasal-pasal je*

geng2 main netball tadi dengan muke seyes tahap KLCC. heee~

and now,
kitorang serumah ni masih menunggu si electric man tu
yang tak kunjung tiba lagi walaupun dah dipesan bape kali
dan
sekarang memang I rase macam.....

I'M KILLING THE ELECTRIC MAN!
anda semua, berjaga-jagalah.
*sila isytiharkan darurat satu mansoura.bahaha*

p/s: heading to 2010
p/s/s : i might not give the best advice, but i always have a heart and shoulder for you to stay through.

Tuesday, December 29, 2009

Lemparkan Dadu Anda !

hidup ni sebenarnya macam main ular-ular tu, alaaa board game yang ade ular tu. Huhu. Nak gerak, kita kene baling dadu kan? Banyak ke tak dapat, tak kisah, (kalau boleh banyak la. heeee) yang penting kita dapat gerak. Betul tak? Kadang-kadang dapat naik tangga, kadang-kadang, kene turun pulak. Betul kan? sama lah macam hidup ni. nak move on, nak naik, kene ambik chances yang ada dulu. Kalah menang tak kisah. kalau kita tak ambik chances yang ada, kita akan stuck kat tempat yang sama je. macam board ular-ular ni la. If you tak lempar dadu, then you akan stay sane je la sampai bila-bila.


Kalau ada peluang depan mata, jangan lepaskan. Tak rugi mencuba, tak salah try. Kalau gagal sekalipun, ia menambah pengalaman. Biar apa orang nak kata, kau ni mengada nya nak cuba. Cuba tanya dia balik, dia nak ke?

Itulah mind orang kita actually. Lebih-lebih lagi pemikiran orang Melayu. Bukan nak kritik, tapi inilah kenyataan. Orang Melayu kalau dia tengok orang melayu berjaya, kalau boleh dia nak jatuhkan. Sebab cepat jeles. cemburu. Cuba tukar sikit pemikiran macam tu. Tak akan ke mana dengan pemikiran macam tu. Sepatutnya kita macam serumpun buluh. Saling try support each other, sebab kita serumpun. bukan dari segi bangsa sahaja, tapi sama negara, sama manusia.

bukan nak cakap serius-serius kat sini. tapi, semua orang perlu dikejutkan dari mimpi dengan mengahadapi dunia sebenar. Hidup ni bukan pasal kita sahaja. Ramai lagi orang luar sana yang ada kaitan dengan kita. Sebab tu saya tak setuju sangat dengan statement tak kisahlah apa orang nak kata, janji aku puas. sebab pada pandangan saya, kita sometime perlu ikut norma masyarakat. semua orang ada rasa mahu diterima kan? jadi, untuk diterima dalam satu kelompok, kita perlu akur dengan norma-norma yang ada. tak termasuk yang buruk ek? haha

ok, berbalik kepada point saya nak cakap tadi actually. haha. terbawa pulak emosi ni melebih-lebih. ngee. PELUANG or chances. sebenarnya ada certain chances yang semua orang dapat, semua orang ada. tapi depends on orang tu nak ambik ke tak nak. Contohnya, ok, sapa nak jadi chairman this week? contohla. huhu

Ada yang cakap kat I masa kat TKC dulu, "auni, kau ni kalau boleh nak masuk semua kan?". haha. Oh ye. Except sport. tade tendency sangat dalam bab-bab ni. huhu. Betul. Dulu, masa kat TKC suma contest kalau boleh masuk selagi ada peluang. Bukan I nak mengada-ngada nak masuk semua. Bukan I nak saja-saja gi masuk semua contest. I did it because I have a mission. I have a vission.

To find out which is my weakness and my strength. The weakness; improve it. The strength; mantapkan.

Ayah selalu cakap, kalah menang tu benda lain. Yang penting sekarang, you have to find yourself to boost your own self-confidence. Self-confidence is something yang orang lain takley tolong nak buildkan dalam diri u. It depends 100% on you. Kalau ada sport tournament, gi masuk. Ade contest story-telling, gi masuk. Ade contest sajak-sajak, gi masuk. Ada contest tulis cerita, gi masuk. Ikut kemampuan la. Takkan la sampai pack sangat hari-hari anda tu nanti. Hehe. I tak malu kalau I kalah, sebab sekurang-kurangnya, I cuba. Kalau tak, sampai bila I takkan tahu, oh..inilah kelemahan aku.

So, jangan lepaskan peluang yang ada. Walaupun orang nampak macam u tak dapat buat, orang pandang rendah kat u, orang kata 'ngade gile nak try. padahal bukan terer sangat". YOU! YOU OUT THERE! Biarlah die. Biarlah die nak cakap ape. Cube tanye sikit. Die berani ke nak amek peluang tu? Then, you prove to them that you can do it. Padan sikit muka mereka yang cakap banyak tapi hasil tarak ada.

And satu lagi, tau pepatah "yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat'" ? Haa. Walaupun dalam cuba mengambil chances2 yang ada ni, pastikan apa yang you ada sekarang you hargai. Jangan sekali-kali cuba buang dan abaikan mereka. Ingat, masa tak boleh diputar balik. We actually live on this second je. So, appreciate yang ada. Jangan jadi macam pepatah kat atas ni.

Jadi, apa actually i nak cakap?

HAHA

So semua, TAKE THE CHANCES, chance itu mungkin datang sekali seumur hidup. Grab it. Take it. Though you never know if there's solid ground below, or hand to hold, or hell to pay. (lagu celine dion pulak masuk line. heee) Ok? We need a platform to boost ourself inner strength. And this is it. Ingat, kalah menang lain cerita. Kalau ade orang cakap-cakap tu, biasa lah tu. Pemikiran die belum lagi ditukar. Yang die nampak problem in every chances. and bagi yang pemikiran dah tukar tu, tahniah, sebab die nampak chances in every problem. ^_^



p/s : bebelan ini hasil ilham dari 2 kisah.
p/s/s: don't ever doubt it. never less, but it getting more :)

My Dear Atie


Awak
Relaxla ok.
Walaupun saya sekadar menemani awak secara emergency,
saya tahu, awak berani apa walaupun without saya tadi.
you keep on petik walaupun dah banyak lari
if saya, dah lama saya buat benda lain. HEHE

Your strength bukan terletak kepada adanya saya kat tepi awak tadi
BUKAN awak, BUKAN
Saya teman awak sebab saya nak awak tahu yang kuatnya awak bukan sebab ada teman
tapi kuatnya awak sebab awak sendiri berani ke depan
the strength is in YOURSELF.

Tak semua orang berani macam awak
Tak semua macam awak
walaupun awak practice beberapa hari je
tapi awak cuba jugak ke depan
walaupun result dia tak seberapa mana
tapi yang penting awak berani, ok?

Next time ade lagi
kali ni, makesure awak buat betul-betul
walaupun tanpa saya ok?
but anything, i'm always here for you dear if nak mintak tolong ape-ape :)

Jangan jadikan kisah hari ni as penghalang
jadikan ni as batu loncatan
biar orang tengok awak macam hampeh tadi
nanti, buat comeback yang gempak!
Ha, kata nak practice sebulan
all the best tau?

tadi saya buat je apa yang terdaya tolong awak
sorry lah if tadi pun saya macam tak tahu nak tolong apa
sebab saya memang tak tahu apa-apa pasal gitar
huhu

nervous tu perkara biasa awak
kali ni dah jatuh, next time bangun balik
meshi?
^_^



p/s : presentation oh presentation....
p/s/s: jatuh itu perlu, supaya kita sentiasa beringat :)
p/s/s/s : waiting for you

Monday, December 28, 2009

Masa Jadi Emas




Baru sampai rumah
dari pukul 11.30am - 9.30 pm kat luar
dengan itu ini lagi
rasa macam semakin hari makin pack
but they do make me feel alive
HEHE
and Khamis ni pulak Dr. Nisrene suruh buat presentation kat depan visitor dari mana entah
bukan selalu kita dapat peluang macam ni?
entah-entah sekali dalam seumur hidup
so, amek je la
tak salah mencuba kan?
^_^


p/s: badan masih sakit. lenguh?? tak payah cakap. sakitttttt sangat. ni sume kesan volleyball semalam. nampak sangat dah lama tak bersukan.ngee~
p/s/s: cairo oh cairo


Sunday, December 27, 2009

Bila Saya Hanya Mampu Mengadu



saya rasa panas sangat
badan saya merah-merah sana-sini
ada rupa nak lebam-lebam jugak
kalau awak pegang saya
saya sakit sangat
rasa macam berdenyut-denyut je
kawan saya pulak sakit dah
penat kata dia
rasa macam lenguh-lenguh satu badan
sebab tadi tolong tuan saya
main volleyball
Sports Day Mansoura-Manchester Medical Programme 2009/10
dapat nombor 3
hebat kan?
......
3 daripada 3 teams yang bermain
HAHAHA
memang tak hebat.
*~*
yang penting still dapat hadiah. HAHA

tapi tuan saya cakap dia tak kesah menang kalah
sebab dia memang tak terel main
servis bola pun macam budak-budak
seb bek ada gak yang lepas
yang penting happy and freekan mind
yeah!
kami pun walaupun kami sakit gile now ni
tapi kami hepi
sebab dapat tolong tuan kami
and kami tau tujuan kami kat dunia ni bukan hanya untuk makan dan menaip menulis
tapi untuk bermain volleyball juga

sekarang pukul 9.24pm
cuaca SANGAT sejuk
asap kepul-kepul keluar mulut
tapi saya masih panas
dan masih merah
masih sakit
:(


p/s : saya adalah tangan, kawan saya adalah bahu

lagak seorang pemain dengan gaya siapa-berani-lawan-aku-ganyang-gila-sampai-melutut-tanak-men-dah
dan bola itu bukan bola volley
cuma hiasan semata-mata

p/s: bestnye kalau ade orang urut

Saturday, December 26, 2009

I See You on 26th







"I see You"

-Jake Sully and Neytiri, AVATAR-

Today, we went to Cairo semata-mata nak tengok Avatar. HAHA. Memang cam lambat sikit dari orang lain yang dah tengok awal-awal, tapi hanya ni je masa yang kami serumah jumpa. Kebetulan plak hari ni memang officially tade kelas. Ape lagi, kol 8 berangkat terus ke Cairo. But on the way, got some probs dengan ada Arab gaduh kat stesen minyak melambatkan lagi perjalanan kitorang. But alhamdulillah, sampai gak City Star around 11.40am, and terus beli tiket for show on 1.00pm which is LE30 ( LE 15 ticket + LE 15 3D specs). HAHA. Next time kalau nak tengok movie 3D tak perlu la beli lagi kan, kan..??

Overall, the movie was superb + great!!!! :) You people out there, jangan lepaskan peluang experience the 3D world niiii!! PANDORA was ah-mezing. ow-sehm! Fuh. Speechless. Wonder how the director can imagine this movie 15 tahun yang lepas, masa 3D pun tade lagi. Haih~

But due to some probs semasa tayangan tadi dengan tiba-tiba lak sound die mereng semacam for about half an hour terus membunuh excitement kitorang. Haih~ kacau gile. Tapi, tak rugi la datang City Star hanya sebab nak tengok Avatar sebab memang berbaloi-baloi ^_^

So, since dah memiliki 3D specs, apa lagi, terus bergambar sakan jadi model sorang-sorang. HAHA, ape lagi? meh beli 3D specs yang anda boleh gunakan juga di tepi pantai dan di mana-mana sahaja yang sewaktu dengannya. YEAH. ngeee~ JOM ber3D bersama kamiii, auni aina wani dan zati ^_^

Ya, berbagai macam gaya boleh anda style kan dengan 3D specs ini. BAHAHA. It was my second-time 3D movie. First time, kat midval tengok Journey to The Centre of the Earth.



And i'm looking forward for 3D world of Alice in Wonderland next year starring.....JOHNNY DEPP!! :)


p/s : i never meant to. sorry. i see you :)


Friday, December 25, 2009

100th Post - Orphan Day =)

WOW! This is my 100th post! ah-mezing. haha! tak sangka dah lama gak bergelumang dalam dunia belogsphere ini, ye? haha. tapi masih beginner lagi, tak macam orang lain dah professional. To you my belog, love you so much, sebab kau la aku ada tempat nak luah benda-benda dalam hati, sebab kau lah aku dapat kawan, sebab kau lah hidup aku lagi bermakna, sebab kau lah family and kawan aku kat malaysia tahu aku sihat sejahtera kat sini, sebab kau lah aku jumpa tet..haha! Jangan nak buat kontroversi pulak ek dalam 100th post ni. Start la tu korang fikir bukan-bukan. Ish2. What actually i want to say is point die sebab adanya belog ini bolehlah rewind balik memori masa dulu. Sometime kita takkan ingat apa yang jadi dalam hidup kita. So, my dearest belog ni la yang akan kembalikan all da memories. heee~

Ok. Sudah.

Tadi attend Orphan Day dengan Zati dan Wani after solat jumaat kat Masjid As-Siddiq belakang Baron, tepi sungai Nil. This event was held by Mansoura-Manchester Student Council. Anak-anak yatim dijemput datang and ada program/aktiviti dianjurkan dengan dorang bersama kami, student2 medic Malaysia, Egypt, and Saudi Arabia. Bukan senang tau nak anjurkan benda-benda camni. So, apelagi, kami pun serbu la dengan penuh semangat di dada. Kitaorang first yang sampai woh. Sila tepuk. HAHA. Semangat gell kan? HEHE

So, the event start pukul 1.30 - 4.00 pm. Girls and boys lain-lain. So, tadi main ngan perempuan je. Kami :

1. Taaruf
2. Main pecah belon
3. Main-main
4. Bagi cokelat and jajan kat mereka2 ni
5. Performance from mereka
6. Solat Asar bersama
7. Bagi hadiah (cincin, sepit rambut.. ala girly things la. haha)

Sekejap je, tapi sangat satisfying wa cakap lu. Hee~ Memang kalau nak tengok dari luaran, takkan nampak apa-apa selain PENAT dan LAPAR. Tapi, tengoklah dari dalaman, semua tu SANGAT BERBALOI bila...........

ANDA DAPAT HUGS AND KISSES FROM MEREKA! bayangkan, mereka tanpa parents, tanpa family, and diorang anggap anda yang baru kenal sejam yang lepas,sebagai family, apa perasaan anda? Kalau lah boleh I describe kan dengan kata-kata (cewahh~haha). But what I felt there is UNDESCRIBABLE. dan nasib bek mereka comel. HEHE.

So, let me tell something about 2 girls : Marwah and Anonymous :)

MARWAH

I sampai-sampai je kat masjid tu, terus main mata ngan Marwah as she sat in front of me. Unexpectedly and suddenly and tiba-tiba je, this green girl terus duduk atas riba I and peluk. I baru sampai 1 minit kot and dia dah manja-manja dah. I am a stranger but yet, I felt so close to her. Pelik kan? and yes, GOSH- she got a beautiful smile! Apa lagi, suruh Wani ambik gambar.HEHE. And lepas ambik gambar terus dia cakap, "Aizah mama" - translation BM : Nak mak saya. And die terus pergi kat penjaga dia tu. But then I terfikir, die anak yatim piatu, dia tau ke yang tu bukan mak die? Rasa bersyukur sebab ada emak yang I tau dia adalah emak I. And she taught me to appreciate those around me selagi masih ada waktu. Marwah, may Allah bless you :)


ANONYMOUS

Anonymous sebab I tak tahu nama dia. I tanya dia tapi dia tak nak cakap. This girl TERSANGATLAH susah nak diambil diangkat dipeluk dicium, sebab dia stick dengan penjaga dia. as boleh tengok kat gambar kat atas ni, dia pegang erat sangat kaki penjaga dia everywhere she goes. dahla macam kerek. HAHA. tak-tak. dia baik.

When I found her, she was alone, looking for her 'mom'. Dia asek cakap, "Feyn ummi? Feyn ummi?" translation BM : Mana mak saya? mana mak saya?. Dia macam nak nangis dah. So tak tahulah kenapa, I terus angkat dia and cakap, "Leyh? Mush khaf. Ummi heyna. Ummi heyna" translation BM : "Kenapa ni? Jangan takut. Mak kat sini. Mak kat sini". Cepat je ayat tu keluar. Maybe sebab niat yang membara nak amik gak budak kerek ni, so ayat tu keluar tiba-tiba. But ajaibnya, budak ni tak meragam bila di bawak. Elok je die I pegang and peluk dia. Siap ambik gambar lagi. dalam masa yang sama dia keep on saying, " Feyn ummi, feyn ummi?". Again terfikir lagi, budak sekecil ni dah kehilangan seseorang tempat dia bergantung, and Ummi yang dia kenal bukan ummi yang sebenar. Tapi still, penjaga mereka jaga dengan baikkk sangat. Tak ada mengeluh sepanjang program tadi, and dorang join sekali kot budak-budak tu. Murninya kerja mereka. Hmm. Itulah kerja dari hati yang ikhlas. Oh ye,last-last, si anonymous dah jumpa 'ummi' dia and terus melompat from I. HUHU.


So, sit back and tengoklah gambar-gambar sepanjang program Orphan Day ni tadi. 1001 things we had learnt and they really inspired me ^_^








And for the last pics ni, see through their eyes. Apa yang diorang tahu zaman ni hanya keseronokan, keceriaan, colourful. Tapi diaorang tak tahu apa yang menanti pada masa hadapan. Dapatke dorang lalui tanpa parents? Memang dorang ada penjaga, tapi anak orang tak sama dengan anak sendiri.

So, kene bersyukur sebab dari kecik kita ada mak ayah, yang sentiasa bimbing kita, sentiasa support kita. Marah-marah, tandanya mereka sayang.Mereka care pasal kita. Tegur-tegur semua tu adalah untuk kebaikan kita. Sebab mereka lebih awal makan garam. Mereka tahu fasa hidup kita sebab mereka pun pernah lalui gak dulu. Dan paling penting, kita dapat kasih sayang. Kasih sayang or english dia, LOVE, boleh ubah satu dunia. Yes, it can change the world - to be a better place. LOVE akan menyebabkan kita rasa wujud. LOVE menyebabkan kita rasa hidup. Betul kan? and kasih sayang from mak ayah kita jangan dipersiakan sebab itulah yang jadi pembakar diri kita, untuk jadi lebih baik, seterusnya balas balik segala jasa mereka walaupun kita tahu tak akan pernah terbalas semua tu.

And here are some videos to share.

A girl baca Surah Ar-Rahman (die hafal~)




They sang lagu "Ummi"




Err..a karate-show i guess? hehe~



Sekian. Tamat laporan saya untuk Orphan Day hari ini. HAHA

p/s : 3. Alhamdulillah.

Thursday, December 24, 2009

That Summer No More




deep down in my heart
i feel we become apart
if before was like summer
but now a sunshine is never

what did i do
u didn't say the truth
i know i am not the way you are
but that dont give a damn for who we are
this is what we behold
for so long as the sky can told
we are different many ways
but i shall say these are keeping us always.

but now as time clicking away
you have your own world
and i still stay
hoping for a tick will be cold
and to you i run
for answers to be found

i must say
i can never hate you for this
i have tried and i failed
though now we seems astray
because the song we played just like harmonist
and the lyrics so smooth we have laid.

If this is what you want
then i have to give it
but just one i want to remind
play safe in this ship
because you are my friend
and will always be.
when you have no one
i still stand here for you to seek.
because i know
true friends never apart
maybe in distance but not in heart
:)

24122009
8.08pm GMT+2

p/s: mereka di rumah ada bbq dan bergumbira tanpa dirikuuu!! waaa! Nak bbq gak! Nak! Nakkk! :'(


Wednesday, December 23, 2009

Masih Ada BelasMU







"I believe in HIM
and I really do
HE said
"dalam setiap kesusahan ada kemudahan"
and I do believe in HIS promise
alhamdulillah. syukran. "

:)


Just called my family. Mereka dalam on the way pergi ke Betong, cuti-cuti malaysia kat umah uncle talib a.k.a Mok Leb. heee. Patutlah call rumah takde orang angkat rupanya semua tade. Ceh.

Angkat-angkat je phone, suara bapak macam happy semacam. Semua orang macam gembira. Dah lama dah tak rasa macam tu. Last time rasanya setahun yang lepas. It felt like something yang I penah ada tapi dah hilang. And now I found it.

Then, here the good news come. teng teneng... HEHE~

Ainaa Alwani Shbini dapat scholarship yayasan to further study kat Sabah!!

Disebabkan result 4A1B in UPSR hari tu, so hanya layak mohon pertukaran pelajar Sabah & Sarawak je. I know die memang simpan niat nak ikut macam along dia, tapi rezeki masing-masing lain. And ni pun dah kira sangat ..sangat...SANGAT bersyukur!! :) Biasiswa woh. SCHOLARSHIP. Yuran semua tanggung. Duit masuk. Keja adik belajar jeeeee hehe. (jangan lupa along ok? RM100 pun tape.bahaha. nanti2 along lawat kat sabah. btw,along sendiri tak penah gi sana!!!)

Tiba-tiba teringat masa I first time fly ke KL. Yes, 13 years old. haha. Bapak and emak hantar kat airport Kuching je. So, pepandai sendiri la nak register kat TKC with some pegawai Yayasan. Tak homesick langsung sebab perasaan TERUJA naik flight tu terasa GILA GILA GILAAA. Babai2 kejap, terus masuk flight. Takde nangis2. HAHA! ^_^ Tapi after balik mid year, hampeh. Nangis memanjang, haha wekkk :p sampai nak quit. Nasib baik ada bapak and emak terus bagi sokongan motivasi berbagai macam. haha. Sayang bapak dan emak saya! :)

Before fly sane, kene ar kan prepare beli itu beli ini. teringat lagi mak siap suruh bawak bawang lagi kat asrama. Ye kawan-kawan, BAWANG. Bawang merah woh jangan main-main. Ada ikan bilis lagi. HAHA. Dia kata, mana tau kot-kot teringat nak rasa macam kat rumah. HEE~ Masa Form 1, biaselah tu. Tapi bukan makan pun. Last2, tong sampah makan. and i wonder, Ena bawak tak food2 macam tu tak nanti? ngee~ Dia ke sabah 3rd jan ni. Selamat menempuh alam sekolah menengah berasrama jauh dari keluarga ye dik. If along boleh buat 5 tahun tu, adik pun boleh ok? Along believe in you. And I'm so proud of u. SANGAT. Hee~

p/s : bukan dari langit, tapi dari hati ... :)


Tuesday, December 22, 2009

Am I Going to Finish Strong?

Yes, I know.I know
This is the 3rd post for today.
*gile rajin. bahaha!*

this evening, i got this video from someone
and it taught me
to be strong
and stronger.
And I will insyaAllah.*mata bersinar-sinar.heee~*






p/s : if i fell and i cant get up, do u think i'm gonna give up? NO. But if i fail, i try again, and again, and again, but i just want u to know that it's not the end. It matters how you gonna finish; are you gonna finish strong? and you'll find that strength to get back up. ^_^

p/s/s : tertegun :)

Panggil Aku Ini

2nd entry on the same day.
Yes, I know.
:)




Panggil aku layang-layang
cuba terbang melawan angin.

Panggil aku bayang-bayang
hidup pada sebatang lilin.

Panggil aku kunang-kunang,
mahu kerdipan di siang dingin.

Tapi
itu diri aku yang dulu
Yang ingin merentas tanpa apa yang jelas

Kini

Panggil aku layang-layang
punya tali kukuh di tangan

Panggil aku bayang-bayang
setia pada sinar di depan

Panggil aku kunang-kunang
terangi dalam sorotan bulan

Panggil aku begini
Kerana ini yang aku mahu
dan itu yang aku tuju
kerana
ini aku yang baru.
dan ku juga mahu kamu begitu.
10.28pm GMT+2
22122009

I wish














I wish ... ... ... ... ... ... ...









dandelion of me :

Monday, December 21, 2009

I Am The Modern Cinderella



I am the modern Cinderella
I wish I was more like Twilight's Bella
But I am locked away
It's like that everyday

I am the modern Cinderella
I wish I was the Enchanted Ella
But I ain't that strong
In this journey so long

but I know

I am the modern Cinderella
Never mind Bella
You have your Edward
and I have no coward
facing the dark core and more

I am the modern Cinderella
Never mind Ella
You broke the spell
and I broke my tale
where the sparkle I found and bound

I am the modern Cinderella
where the clock strikes midnight
and I am catching the light
glass shoes I wear
but the pebbles I aware

I am the modern Cinderella
never the original
never mind Bella
never mind Ella
I dont run in flight
I am prepared to fight

I am the modern Cinderella
See me as I am
See me the real me
Not the person I pretend to be

I am the modern Cinderella
Not like original
Not like Bella
Not like Ella

as I am the modern Cinderella.
no more fairytale
hand to hold or hell to pay
The choice is all mine
and to YOU, Allah, I confine.

3.49 pm GMT +2
21122009



Sunday, December 20, 2009

10 Songs in 1 Hour - Thanks Bang Yan =)

Bapak, emak dan adik-adik hari ini shopping barang-barang sekolah such as bags, buku, stoking, baju, bla bla. Al maklumlah sekolah nak bukak 2 minggu lagi. Zaman I for benda-benda tu dah berlalu. Macam dah lama, padahal baru 2 tahun kot tinggalkan zaman sekolah. Ceh.

Call bapak sekejap je sebab dorang tengah makan kat Singapore Chicken Rice. Ya, kedai itulah menjadi feberet family kami everytime kami keluar berjalan-jalan ke Kuching. HUHU. Sebabnya? Mudah sahaja. HEHE. Sebabnya, nasi ayam + air free = RM 4.90! Tak ke murah?? Dahlah nasi banyak, ayam banyak, sedap plak. Semua orang boleh bajet. HEHE

Then, after call and bapak hantar 2 gambar through MMS, call rumah pulak. Ada Bang Yan yang tengah menjaga Arisya. Ya perempuan-perempuan di luar sana. Adik lelaki saya ini memang calon suami paling sesuai. Dia boleh masak (nasi, megi, dan telur), dia boleh menjaga budak kecik (termasuk bancuh air), dia boleh diharapkan lah pendek kata. Sesiapa yang nak, sila isi borang dah jalani temuduga terbuka dengan Along dia dulu. Kepada Zan Zahidah Zainal, sila cepat ambik nombor sebelum habis. HAHA

Muka semua tengah syok menikmati makanan. Hee~ Along nak sikit!! dan baru perasan, semua pakai baju baru yang bapak beli from KL masa dia kat UKM 3 minggu hari tu. Huhu

Ok. Maybe bapak tak perasan gambar yang die hantar blur. Tapi yang penting sila fokuskan kepada Syahir yang berbaju merah. Kepala dia telah digondolkan kerana pandai-pandai berlagak jadi barber hari tu. Sila gelak kan dia. HAHA. *jahatnya Along..you look smart la! :). Cairrrrr Along. ngee~*


And hari ini melakar sejarah sebab call Bang Yan SAHAJA for 53 minutes and 56 seconds. Terima kasih kepada Low Rate Voip yang menyediakan perkhidmatan kredit EUR0.01/min. HUHU. Puas gila. And paling best, die mainkan gitar. Lagu-lagu tersebut ialah....

1. Kau Harus Ada -HUJAN
2. Hampir -HUJAN
3. Through My Window - Bunkface
4. Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda - Raihan dan HUJAN
5. Pagi Yang Gelap - HUJAN
6. Bila Aku Sudah Tiada - Hujan
7. Hiba - Hujan
8. Pergi - Aizat
9. Kotak Hati - HUJAN
10. dan beberapa lagu tak dapat dikenal pasti sebab bagi dia yang penting itulah lagu. :p

Ye, saya tahu. Memang banyak Hujan. Inilah kipas-susah-mati a.k.a die-hard-fan band indie HUJAN. Hoho. Jangan main-main. Semua dia hafal. And penutup 'conversation' kami, Eyan main gitar, and I nyanyi. Bahaha. Jangan gelak. Sedap woh. lalalala~ Okeyh. Tak la sedap macam korang-korang semua. Tapi yang penting masuk la kan. Kami mempersembahkan lagu Through My Window. (pakcik makcik bawah depan dan atas rumah, harap maaf. saya tak berniat merosakkan hari anda tadi ^_^)

Oh ye, sesiapa yang terer, tak terer sangat, tak tahu langsung, TAPI berminat nak masuk GMN Netball Tournament, sila kelik sini. Atau kontek sahaja cik adik manis kita Azza Farhah Junaidi 0119516215 atau Fatin Nadhirah Idrus -dentistry 1st year- 0119781628. Tidak dilupakan, HANYA UNTUK PEREMPUAN. Lelaki, shuh-shuh. Jangan berani. ngee~


p/s : kenyang dan happy sebab makan nasi ayam rumah Kak Da. Mereka buat open house tadi. Hee~ *makan nombor satu ye cik auni?*

Saturday, December 19, 2009

Kepada Adik-Adik Along Tersayang

Ke hadapan belakang kanan kiri adik-adik along yang sentiasa along ingati dalam senyum dan tangis.heee~ ;


Abang Eyan,
Selamat menjalani life after SPM. Along tahu mesti heaven gila kan sekarang? HAHA. Berapa banyak dah lagu abang dah pandai mainkan kat gitar? Jangan lupa ajar along nanti tau!

Lyaa,
How's your bf? TET! haha. Apa-apapun, jangan leka. Itu pesan along. And tolong mak ye kat rumah. Jangan tengok tv je. Movie kat astro tu ulang-ulang. HUHU

Aina,
Along sentiasa doakan adik dapat SBP/MRSM. InsyaAllah. Teruskan berdoa. Eh, jaga bilik along elok2 tau?

Aisya,
Along tau eca dah pandai jaga adik2. Dah besar adik along. Ngee~ Nanti along bagi coklat ok? Muahhhh!

Eisham,
Jangan tanya bila along akan balik rumah. Sedih along dengar. Huhu. next year along balik ok? (Next year macam lame je. padahal lagi 2 bulan masuk 2010. Bahaha)

Syahir,
Sudah-sudahlah tu buat kecoh kat rumah. Beras mak kat dapur jangan buang dah. Orang kat Afghanistan mane dapat makanan.Hehe

Ezhan,
Miss you so muchhhh! Along nak tengok ezhan jalan. Tapi sayang, kat rumah internet tak ok. Tak dapat skype. And, tolong jangan gigit orang dah! ;p

Arisya,
Dapat gambar arisya hari ni from Fieyzah. How come u become so cute,huh? Missing you so much my dear. Makin bulat. Huhu.


Bang Yan, Lyaa, Ainaa, Aisya, Eisham, Syahir, Ezhan, Arisya:
Along rindu. Sungguh! :'( Tapi Along masih ada perjalanan yang jauh nak dilalui. So, doakan Along. Nanti Along balik. InsyaAllah summer next year. Winter ni Along tak balik sebab cuti sekejap je. Bapak selalu pesan kat along, jangan tergoda oleh perasaan. Nanti along rugi seumur hidup. Ye, Along sentiasa ingat. Bapak pun kata, rindu tu cuma permainan perasaan. Ye, Along sentiasa ingat. Cuma kadang-kadang along rindu sebab itulah hati perempuan. Fragile. Emo lebih sikit. Huhu. Tapi Along tahu, adik-adik along pun sentiasa doakan kejayaan along kan? Kan? Tak ke? Hah! Gi doa CEPAT! Ngee~ Along tak penah lupakan korang semua. Oh, ye nanti beritahu kat bapak jangan lupa hantar gambar-gambar korang semua tau? Yang recent je. 2,3 tahun lepas tak perlu lah. HEHE. Muahh!!

Salam rindu + sayang + peluk + cium + baling bantal + simbah air + main tembak-tembak;

-along-

p/s : waiting for more pics from Fieyzah and Bapak
p/s/s: congratz. Good Luck final! :)
p/s/s/s: nak siapkan thesis!! *semangat je lebih*
p/s/s/s/s: huh? 2 minggu lagi nak 2010??

Friday, December 18, 2009

27 Azam Saya Yang Kamu Tak Perlu Tahu =)







SALAM MAAL HIJRAH 1431H




Azam saya?
Heeee~

1. Tidak ada malas-malas bangun subuh dah lepas ni
2. Sentiasa merancang berpandangan depan
3. Kurangkan masa bercakap dengan Todi
4. No more MAKAN BANYAK. Tapi, kadang-kadang, ok lah kan? ngee~
5. Kurangkan makanan yang menembamkan diri saya
6. Hijrah ke arah lebih baikkk...yezzzaaa! ngee~
7. Jadi pembunuh nyamuk handalan
8. Lebih bersabar..(terutamanya kepada air dan elektrik yang suka menghilangkan diri)
9. Mantapkan iman dan study
10. At least sehari ade gak belajar sekali.uhuk3
11. Cinta?
12. Belajar cara buat nasi kerabu dan nasi dagang. (kepok lekor dah pass. sila jeles)
13. Menjadi seorang yang terel berjalan ke kuliah 10 minit je dari rumah
14. Siapkan thesis cepat-cepat. Dapatkan full marks.Malas dah nak fikir. fenin-fenin
15. Kurangkan careless. Ye, saya penah tertinggal seketul ayam chicken tikka kat kedai baju Ravin.
16. Tidak memutuskan tali sandal saya.
17. Tidak akan terlekat kunci rumah kat pintu lagi. Penat dah nak tarik-tarik.
18. Dapatkan keredhaanNya dalam semua perkara. InsyaAllah
19. Dapatkan mumtaz! amin~
20. Tak rosakkan headphone.
21. Jaga bateri handphone elok-elok. Masuk tahun ni, dah 3 kali tukar.
22. Tolong Wani dengan Mr. A bukan nama sebenar. HAHA
23. Jadikan Zati lebih tinggi. Ngee~
24. Ajar Aina tarik rambut sendiri bagi bunyi-bunyi :p
25. Jadi pembunuh nyamuk handalan..eh. dah tulis kan kat atas?
26. Kurangkan menaip post panjang-panjang dalam blog. (macam takkan je...)
27. Stay as diri saya sendiri. YEAH! ^_^

FUH! ade 27 semuanya. Ni untuk tahun baru Hijrah je. Tahun baru 2010 ade list baru. HAHA. Apa-apapun, May all our wishes come trueeeeeee!

Muahhh!





p.s : Dua hari ini.


Thursday, December 17, 2009

The World Isn't Really It Is




"The world isn't really it is
It is just your perception, what you think about it."

-Dr.Khaled Ibrahim, my tutor Sem 3-

He aint a philosopher.
He is just a typical doctor-well, he is a physiologist.
But somehow, I felt very proud to have my path crossed with him in this Sem 3

Walaupun dia garang
(I tulis dalam bahasa melayu so dia tak faham kalau2 dia terbaca satu hari nanti. HAHA)
tapi.....
Dia tetap baik
He leave an impact to me
He does
and he always does
I just love all the words that he utters in every our PBL
He is not just giving us what doctor always do like explaination about bla..bla..
but he did explain about things around us, about life, about everything that sometime we ignore. yang kita pandang enteng. (cikgu BM! saya guna word enteng!!! wahh!)
and this one really left a deep impact in me

Benda ni memang pelik kalau kita fikirkan
Tapi sebenarnya, memang benar
Tak payah susah-susah fikir
Cuba kita tengok, sebenarnya dunia ini adalah apa yang kita nak nampak
apa yang kita mindset kat kepala kita
sebab tu la semua orang ada pandangan berbeza

Dunia mimpi for example
Does it really happen??
TAK
Semua tu hanyalah dalam kepala minda kita
tak mustahil apa yang kita tahu hari ini
esok akan berubah
kan?

So, semuanya terletak pada kuasa pemikiran kita
Think positive, and positive things will come
Think negative? Negative shall it be


EH jap!!!!

Hari ini belajar cara measure blood pressure.
Lepasa ni boleh lah check blood pressure kucing uncle hajimi saya
BAHAHA


Muke serius. Maka,takutlah kamu bakal pesakit saya. HAHA

TET! Woh-mau berlagak. Tadi dapat dengar Nuha punya pulse. HAHA

Dan memperkenalkan, Dr.Fatin dan Dr.Atie merangkap photographer kedua gambar di atas tadi. HEE~

Oh. Duhai Jubah Black
Hari ni saye sudah meletakkan stetho saye betul2 kat auditory canal
ngeee~
*sile ucap tahniah*
HAHA
Kali ni, memang dengar. heee~ :)


p/s : Tahniah to soccer team Malaysia yang jadi JUARA kat SEA Games lawan Vietnam petang tadi. WOH. After 20 years kot..


Wednesday, December 16, 2009

Sampaikan Surat Ini Kepada Nek Tom, Ok?





To My Nek Tom;

Assalammualaikum wbt. I think this is my first time to write you a letter. Before this I always pass my regards to you. Nenek dapat tak? I guess you got them all ^_^. So, how are you there? Everything is fine? I know you are good and happy. Haha. Ye la. Kan Nenek ceria orangnye? Heeee~

Azie kat sini ok je,nek. Nenek kat sane macam mane? Biasalah nek. Dunia sekarang ni penuh dengan peperangan, pergaduhan. Macam-macam berita masuk TV. Akhir zaman, nek. Tapi walau apapun, masih ada manisnya.^_^ Sebab tu orang cakap, enjoy your life, kan nek? HEHE.

Masuk tahun ni, dah 2 tahun dah Azie kat Mesir. InsyaAllah ade lagi 4 tahun yang perlu Azie habiskan before Azie jadi doktor. Nenek doakan la ek? Oh ye. Takut nenek terlupa. Sekarang Azie dah 19 tahun. HEHE. Cepat kan masa berlalu? Azie yang nenek kenal dari kecik yang selalu mintak nenek dukung and buatkan susu dah besar dah. Even boleh jadi isteri orang dah. HAHA. Tengah cari calon la ni nek. HAHA, gatal plak tetibe. Nenek jangan layan repekan ni semua. ;p

Mak Bapak sihat. Rasanya masa raya Haji hari tu, kalau tak salah ada kan mereka lawat nenek? Rindu nenek sangat. Masa raya Aidilfitri lepas kami semua lawat nenek jugak kan? InsyaAllah nanti Azie balik, Azie pergi jumpa nenek ek? Tadi Azie call mak. Mak baru je habis exam final dia. InsyaAllah awal tahun depan die dapat result and konvo. Nenek tolong doakan ye? Bapak pulak tadi Azie call die masih lagi program kat UKM. Jumaat ni die balik. Hari ape ntah Azie skype, die tunjuk banyak barang yang dia belikan untuk adik-adik semua. Tapi dia tak belikan untuk Azie pun! Heeeee. Tape, walaupun die tak belikan, Azie tetap tau, di hati die, die sentiasa sayang Azie. HAHA. Kan Pak? Kan? :)

Nek, ingat tak masa Azie 5 tahun? Yang Azie masuk pertandingan ratu cantik merepek sekolah tadika tu? HAHA. Ade kan nenek buatkan baju kimono yang nenek jahit tangan tu. Tiba-tiba tadi Azie teringat mana ye baju tu? HAHA.Teringat gak yang nenek and bapak letakkan bantal kat belakang untuk jadi belt die. Azie ingat lagi muka Azie yang dimekap ala-ala jepun. Haish~ Mane entah baju tu. Nanti Azie suruh mak carikkan.

Nenek, nanti-nanti nenek datanglah Mesir ye. Bumi Anbiya ni ibarat berlian dalam debu. HEHE. Berlian tu perumpamaan. Debu itu kenyataan. HAHA. Betul nek. Tak tipu. Kat mana-mana je berdebu. Haish. Rasa macam nak pakai je tudung saji tu. Tutup muka. HAHA. Tapi kalau nenek nak tau, hidup kat Mesir ni manis. Kat sinilah Azie belajar makna hidup. Kat sinilah insyaAllah kenal permata dikalangan kaca. Kat sinilah Azie tau erti kawan. Kat sinilah Azie mengenal kesabaran yang sangat tinggi. Oh ye, cakap pasal sabar, tadi kan nek, Azie pegi pasar. Beli ikan. Kat Souk Dirasat tu. Mengidam sangat sebab dah lama tak makan ikan fresh.HEHE. Kalau pegi pasar tak sah kot nek kalau Azie tak kene pijak kaki, tak kene tolak. Memang banyak bersabar.Hadeih. Dan tak dilupakan Azie belajar menjadi matang dalam setiap perkara. HEHE. Azie memang matang dari dulu nek. Matured bak kata orang putih. Cuma bertambah matang la sejak datang sini. HIHI

Nek, petang tadi tetiba mengidam makan kuih ape tu..penyaram. Tak sure la kalau orang lain tau ke tak. ala yang kuih colour coklat bulat leper yang digoreng tu. Kalau tak tahu, nenek suruh diorang kelik sini. Haa. Masa Ramadhan lepas asyik teringattttt je kuih nenek tu. Azie ingat masa tahun bila entah yang nenek buatkan satu-satu untuk kami semua kat dapur rumah nenek kat Kampung Pusa tu. Fresh + Sedap!! Tip Top 5 bintang A+ Azie bagi rating. HAHA. Dahlah teatime kan waktu tu. Semua kerumun nenek sebab berebut kuih. HAHA. Azie dok depan sekali. Ngeee~ Sebenarnye Azie ade amik lebih time tu. HAHA. Nenek tak marah kan??? Tu la nenek. Sape suruh buat sedap sangat. HEEE~

Adik-adik Azie sihat semuanya. Cuma Syahir tu je makin hyperactive. Ade ke petang tadi die buang beras kat dapur? Ade ke patut? Tak patut kan. HUHU. Si Ezhan pulak dah pandai berjalan. Arisya makin bulat. Eisham tahun depan masuk pra sekolah. Yang lain-lain semua biasa je. Makin bertambah besar. HUHU

Nek, nek ada tak jumpa kucing Azie? Nama dia Manja ngan Nemo? Kalau ade, nenek tolong jagakan ek? Kirim salam jugak kat Nek Hai, Nek Man, dan semua keluarga yang ada kat sana. InsyaAllah Azie sentiasa doakan untuk nenek. Sejak nenek tinggalkan kami semua tu, Azie kadang-kadang selalu nampak mak nangis2. Masuk tahun ni, kirenye dah hampir 6 tahun nenek takde di samping kami. Tapi sekarang dah ok dah insyaAllah. Lagipun, kami semua pasti nenek selalu perhatikan kami from sane kan?heee~

Ok lah nek. Sampai sini je la untuk kali ni. Nanti Azie cerita lagi. Surah Yassin dan Al-Fatihah selalu Azie kirimkan. Mintak-mintak sampailah ye kat nenek? Terubat sikit rindu Azie kat nenek. HEHE. Azie ingat lagi masa Form 1 tu, Cikgu Azie kat TKC panggil Azie bila tahu2 je nenek dah pergi. Azie nangis nek, sebab Azie tak sempat jumpa nenek for last time. And Azie akan ingat ayat last nenek sampai bila-bila. "Azie, belajar elok-elok tempat orang". Azie ingat sentiasa nek. Azie janji akan pulang dengan kejayaan. Doakan Azie nek.

Nenek pulak, mesti bahagia kan kat sana? InsyaAllah. Orang macam nenek insyaAllah dalam kalangan diredhai-Nya. Amin.

Bye2 nek. Senyum Sokmo. Heee~
Oh ye. Sebelum terlupe. Selamat Menyambut Awal Muharram Jumaat ni ye nek? ^_^

Yang benar






AuniShbini
Cucumu Yang Terbest.
haha~
16122009
2244 GMT+2

Tuesday, December 15, 2009

Love is a Derivation?





Lub...dub. Lub...dub.


Officially,yang Auni belajar tadi, ini adalah Sounds of Heart. Maksudnya, satu dunia mengakui lub...dab...lub....dab.... adalah bunyi jantung. heee~ Tak caya? Kelik sini.

Secara tidak langsung indirectly nya, Sounds of life. Sounds of joy. Sounds of tears. Sounds of Smile.Sounds of....dah-dah. stop. jangan suka memanjangkan cerita,ok? *~* HUHU

Kelas praktikal auni tadi belajar guna stethoscope. Tau tak stethoscope tu macammane? Ha.. erm..dia ada 2 err...tiub yang letak kat telinga. Then ada satu macam bende leper bulat kat hujung die. Yang menggabungkan mereka berdua ini adalah seperti hos paip. Senang cite, macam ni la.

EHEH.saje nak cite panjang. ala, konpem semua orang tau. HUHU.
tak kisah. Nak cita gak. BAHAHA.

Tapi point die bukan ni. Point Auni satu je. HEHE
Auni rasa.....(this is my theory ek?)
perkataan LOVE is derived from this word; LUB

Hujah saya yang pertama :
Heart is always symbolize Love

Masuk kepada hujah saya yang kedua ya,tuan pengerusi:
LUB is sound of heart.

Hujah saya yang ketiga dan terakhir:
Don't you feel the connection between them??? ngee~

So I LOVE YOU, I HEART YOU, and so on tu

is it derived from heart sound....lub..dub...lub...dub??

Siapa yang rasa ni mungkin benar?

1. Si Pemikir teori
2. Todi
3.
4.
5.
.....


Oh. tidak dilupakan. Ni masa praktikal.
Muke eksyen berlagak terel jadi doktor.
Penuh fokus plak tu. Ceh.
thanks Kak Da yang merelakan jantungnya didengar.
Tapi I tak dengar apa-apa pun
HEHE
:)



p.s : terjerit masa praktikal sebab masa tengah try stetoskop ade orang ketuk kuat kat chest piece tu. HAHA. Tape. Dimaafkan. :)
ape-ape pun, I DO heard that sound. That lub..dub..lub..dub..
masa try kat Aina's heart.
Ah-mezing. ngee~
*subhanallah*

Monday, December 14, 2009

Jangan Sakiti Aku





SAKIT
memang sakit
bila kau buat aku begini
bila kau bisa menjadikan aku seperti ini

SAKIT
memang sakit
kalau kau tahu rasa itu
pasti kau takkan berani melakukan ku sebegitu

SAKIT
memang sakit
cuba engkau yang aku sakiti
pasti engkau pantas berlari

SAKIT
memang sakit
belum sempat tangan ini seakan menampar
namun kau hilang terus tanpa dikejar

SAKIT
SAKIT
SAKIT

Tolong jangan sakiti aku lagi
walaupun aku tahu ini bukan yang pertama
dan
pasti ini bukan yang terakhirnya
aku merayu padamu
aku melutut padamu
jangan sakiti aku lagi

tolong....
jangan sakiti aku lagi

wahai nyamuk.
sakit woh. merah dah tangan ni.



p/s: i'm not a blood donator kat korang semua lahhhh!!!! *~*